🍃 11 🍃

114 6 1
                                    

Chanyeol mengemas semua dokumen dokumen yang perlu dibawa ke China lalu dimasukkan ke dalam beg. Hari ini dia harus bertolak ke China selama seminggu atas urusan kerja jual beli tanah untuk projek pembinaan yang akan dibina disana. Selama keberadaannya disana, segala tugasnya disini, dia serahkan kepada Sehun. Jadi dia tidak perlu risau. Sambil dia sibuk mengemas semua dokumen penting, tiba tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk" arah Chanyeol. Tangannya lincah menyusun segala dokumen diatas meja tanpa memandang kearah pintu.

Pintu terbuka.

"Kau dah nak gerak ke ? " soal Sehun. Dia berjalan mendekati Chanyeol dan berdiri disebelah Chanyeol sambil matanya memerhati rakannya itu menyusun dokumen.

"Ya. Kejap lagi nak gerak la ni. Aku nak kemas dokumen ini dulu. Takut nanti tercicir, susah pula." Jawap Chanyeol mendatar. Sehun hanya menganggukkan kepala.

"Kau tolong uruskan kerja aku dekat sini tau selama aku dekat sana. Kalau ada apa apa call je aku" pinta Chanyeol.

"Kau jangan risau la urusan dekat sini. Aku boleh handle"

"Hmm.. okay "

Setelah segala dokumen dokumen penting  sudah dimasukkan ke dalam beg, Chanyeol langsung mencapai telefon dan kunci keretanya diatas meja. Dia berdiri dari kerusi.

"Aku pergi dulu"

"Okay , jaga diri bro" Sehun menepuk bahu Chanyeol perlahan.

"Okay"

Chanyeol bergerak ke muka pintu dan keluar. Dia berjalan pergi ke hadapan pintu lift, button down ditekan. Apabila pintu lift terbuka, Chanyeol langsung masuk kedalam. Sampai di tingkat bawah, Chanyeol keluar dari lift dan dia terus berjalan ke pintu utama. Apabila dia keluar dari pintu utama, Chanyeol berselisih dengan seorang perempuan. Tiba tiba langkah kaki Chanyeol terhenti apabila dia seakan mengenali perempuan yang berselisih dengannya tadi.

"Dayeon ? "

Pantas Chanyeol menoleh kebelakang untuk melihat perempuan itu, tapi malangnya kelibat perempuan itu sudah tiada. Kening Chanyeol bertaut.

"Perempuan tu macam Dayeon. Ke hanya perasaan aku je ?" Chanyeol menyoal dirinya sendiri.

"Tak. Tak mungkin itu Dayeon. Haish, Chanyeol ! Kau menghayal ni. " Chanyeol mengetuk ngetuk kepalanya sendiri. Cuba untuk menyadarkan diri. Dia terlalu rindukan Dayeon sehingga menyangka bahawa perempuan tadi itu adalah Dayeon. Chanyeol menarik nafas panjang dan dilepas berat.

Dia meneruskan jalannya untuk pergi ke tempat parking kereta. Chanyeol masuk ke dalam perut kereta, beg kerja yang sentiasa dia bawa kemana mana itu dilempar ke tempat duduk penumpang di tepinya. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya mula bergerak menuju ke airport.

Sampai di airport, Chanyeol parkingkan keretanya. Setelah sudah parking, enjin dimatikan dan di keluar dari kereta . Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Chanyeol menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefonnya dan langsung mengangkat panggilan itu.

"Hello Mark, ada apa ? " Soal Chanyeol sambil kakinya berjalan masuk ke dalam airport.

"Bos , saya ada info dan saya pasti bos akan terkejut dengan info yang saya nak sampaikan ini" kata Mark dalam talian. Chanyeol mengerutkan dahi mendengar kata kata bodyguardnya itu.

"Apa dia ? " soal Chanyeol.

"Kim Dayeon. Dia pergi ke pejabat bos tadi. Saya rasa dia pergi sana nak minta kerja bos "

"What ?!" Chanyeol terkejut.

Langkah kaki Chanyeol serta merta terhenti mendengar info dari Mark tadi. Dayeon pergi pejabat dia ? Berarti perempuan yang berselisih dengan dia tadi itu memang Dayeon ?

"Kau serious tak ni ? Kau jangan tipu aku " soal Chanyeol meminta kepastian.

"Betul bos. Saya tak tipu, dia memang datang ke pejabat bos tadi. "

"Okay. Thank you for your infomation. Good job" Puji Chanyeol.

"Baik bos"

Klek. Panggilan ditamatkan. Chanyeol tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang cantik. Dia betul betul tak menyangka Dayeon akan datang ke pejabatnya untuk meminta kerja. Hatinya terlalu gembira dengan berita ini. Itu bermakna dia akan selalu berjumpa Dayeon. Bahkan setiap hari.

Dengan perasaan yang gembira, Chanyeol mencari nama seseorang di dalam telefonnya. Setelah jumpa, Chanyeol langsung mendail nombor tersebut. Telefon diletakkan pada telinga, menunggu panggilannya diangkat.

"Hello Sehun " kata Chanyeol setelah panggilannya diangkat.

"Ha kenapa ? Ada apa apa yang tertinggal ke ? " Soal Sehun risau. Takut jika rakannya ini tertinggal sesuatu, kang susah pula jadinya nanti.

"Eh tak la. Aku cuma nak bagitau kau ni, nanti kalau ada seorang perempuan nama dia Kim Dayeon datang nak inteview kerja jadi P.A. Kau terima okay " pinta Chanyeol. Hatinya meronta ronta ingin balik ke pejabat semula tapi tak boleh. Dia harus pergi juga ke China.

"Kenapa pula ? Kau kenal ke perempuan tu ? " Soal Sehun hairan. Dia pelik dengan Chanyeol. Biasa dalam hal memilih pekerja ,Chanyeol la yang paling cerewet. Tapi kali ini tiba tiba pula main terima je. Gila tak hairan ?

Chanyeol berdecit kecil.

"Haish, kau tak payah tau aku kenal ke tak. Yang penting kalau dia datang, kau terima terus. Tapi kau jangan sebut nama aku tau " Sengaja Chanyeol tak mahu beritahu namanya, dia yakin pasti Dayeon tidak mahu bekerja disitu bila tahu kalau dia pemilik syarikat itu. Biarlah nanti bila dia balik dari China baru gadis itu tahu. Suprise sikit.

"Hmm, baiklah Encik Park Chanyeol " Jawap Sehun. Dia mengalah.

"Okay. " Terus Chanyeol mematikan panggilan itu.

"See, Dayeon ? Kau memang ditakdirkan untuk aku, sayang. Kau sendiri yang datang dekat aku" kata Chanyeol sendirian. Dia ketawa besar. Dia rasa sangat gembira, dia rasa dia sudah menang. Tapi belum lagi, selagi tiada khabaf bahawa gadis itu mengandungkan anaknya, dia belum lagi menguasai gadis itu. Dia hanya perlu tunggu sahaja khabar gembira itu, jika benda itu jadi automatic Dayeon akan jadi miliknya selamanya. Itu yang dia harapkan.

🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Bersambung...

🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Macam mana reaksi Dayeon nanti kalau tahu syarikat yang dia minta kerja itu syarikat Chanyeol ? Hah, tunggu next part okay . Hehehe . Thank you read and don't forget to vote okay :)

[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now