2; KHAYALAN

82 12 3
                                    

Sehun mencelikkan matanya yang tak seberapa besar itu. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

Maknanya semalam hanya mimpilah, kan?. huh! tragik giler mimpi aku semalam. ada ke patut jumpa dengan noona Eunji. Noona Eunji kan baru je mati.

Sehun melihat jam loceng. Sudah pukul 8 a.m. Dia mencapai tualanya dan kemudian masuk ke dalam bilik air.

Sehun nembuka bajunya dan kemudian apabila dia ingin membuka seluar...

"Jangan!!!"

"Suara sapa tu?" Sehun terus pusing ke belakang dan..

"Aahhh!!" Sehun dan Eunji menjerit serentak.

Omo, apasal noona ada dalam bilik air.. maigaddd!! terdedah aurat aku!!

Sehun terus memakai kembali bajunya.

"Sehun, kenapa bising tu?" Tanya Suho dari luar bilik.

"Takda pape. Air masuk mata." bohong Sehun.

"Ouh, cepat sikit mandi. lepastu turun makan." kata Suho lagi.

"Nae hyung." Balas Sehun. Selepas dia pasti hyungnya tiada dia terus menjerit kepada noona Eunji.

"Yah!! noona!! tolonglah jangan kacau Sehun.. please!!" Rayu Sehun sambil menutup mata dan menyilangkan tangan ke badan. Kakinya pula dihentak-hentak ke lantai tanda protes.

"okey, noona takkan kacau Sehun kalau Sehun tolong noona. please Sehun.." Kata Eunji.

Aduh, nak terima ke tak? kalau aku tak terima nanti dia kacau aku. Kalau aku terima nanti dia tak kacau. Tapi patut ke aku percaya cakap dia? Dia kan hantu. Hantu mana boleh dipercayai.

"Okey, Sehun setuju! Now Sehun nak mandi ni. Tolonglah keluar sekarang dari sini!" Pinta Sehun yang separuh menjerit. Tak sanggup rasanya nak berlama dalam bilik air dengan hantu.

"Gomawoyoo Sehunniee." Balas Eunji. Dengan sekelip mata dia terus lenyap dari pandangan Sehun.

Aigo.. nak mandi pon tak selesa.

Sehun kemudian menyambung mandi. Dia tidak membuka baju mahupun seluar. takut noona Eunji masuk balik dalam bilik air tu tanpa diundang.

Selepas siap mandi, Sehun terus turun ke bawah untuk makan.

"Sehunnie kenapa kau lambat sangat. Sejuk dah spagetti nih." Kata D.o.

"Entah, cepatlah makan. nanti hyung habiskan." seloroh Chanyeol. Mulutnya penuh dengan spagetti air tangan D.o. Pelahap sungguh si yoda ni.

"Hehehe." balas Sehun acuh tak acuh. Ahh!, kepalanya tengah berserabut. Kenapalah dia boleh nampak noona? Yang paling tak guna sekali, kenapa dia terima permintaan noona Eunji?

Makanan dihadapannya lansung tidak dimakan. hanya disentuh 2-3 kali dengan garfu.

"Kenapa kau tak makan?" tanya Kai kehairanan. Spagetti ni kan favourite dia.

"Kau marah kat kitaorang ke sebab tinggalkan kau bersih sorang-sorang bilik practice tu?" Duga Luhan. Dia juga merasa pelik dengan Sehun. Mungkin Sehun marah dengan diorang. Tapi dia yang mulakan game tu.

"Hah? Takda apalah." Kata Sehun yang sudah berhenti mengelamun.

"Hun nak pergi bilik practice dulu. Bye." Kata Sehun. Dia terus keluar dari dorm tersebut.

Semua ahli EXO tercengang. Mulut Baekhyun sudah ternganga luas. Chanyeol yang dari tadi makan pun berhenti makan. D.o pula sudah merasa kecewa kerana Sehun lansung tidak menyentuh makanan itu. Lay pula masih bingung dengan situasi tersebut.

Oh Sehun Help MeWhere stories live. Discover now