4; TERTANGKAP

53 8 0
                                    

Seoul Police Station
2:30 a.m.

Sehun menyorok di luar pagar bangunan balai polis tersebut. Eunji pula masuk ke dalam untuk melihat pegawai polis. Tidak sampai 2 minit Eunji keluar semula.

"Macam mana noona?"

"Dekat dalam tu ada 10 orang pegawai polis. And noona dah pengsankan mereka. Bilik yang kumpul barang siasatan ada dekat sebelah bilik soal siasat. So bila Sehun masuk pintu utama terus jalan dekat laluan sebelah kiri."

"Ok, tapi macam mana noona pengsankan diorang?" Setahu Sehun noona tak boleh pegang benda. Iyelah diakan hantu.

"Noona hembus nafas noona kat diorang. Terus pengsan." Kata Eunji dengan selamba.

"Er, ok Hun masuk dulu. Noona tak ikut ke? Ke nak tinggalkan Hun?" Tanya sehun dengan gusar. Hantu ni bukan boleh percaya sangat.

"Yah, noona nak jaga pengawai polis tu. Takde maknanya nak tinggalkan Sehun. Cepatlah pergi. Nanti pengawai polis tu sedar." Eunji menolak badan Sehun.

Dengan keluhan berat, Sehun masuk ke dalam balai polis dengan berjalan perlahan. Eunji pula mengawal pengawai polis yang pengsan tadi. Sehun mematikan semua suis lampu dalam balai polis tersebut. Aircond pun dia tutup.

Sehun berjalan ke arah kiri dan akhirnya dia jumpa bilik yang tertera Pengumpulan Barang Siasatan di pintu tersebut.

Sehun membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Mujur pintu itu tidak berkunci. Dia masuk ke dalam bilik tersebut tanpa meng'on'kan suis lampu. Dia hanya menggunakan lampu suluhnya.

Bilik tersebut agak besar jadi susah untuk Sehun cari barang tersebut. Banyak barang yang dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam dan tertera nama suspek atau mangsa disitu.

Sehun mencari beg plastik yang bernama Jang Eunji iaitu nama noona. Pada masa yang sama..

Eunji berkeliaran di office tempat 10 pengawai polis berada. Dari tadi dia asyik senyum kepada seorang pengawai polis yang bernama Lee Jong Suk.

Hensem jugak abang polis ni. Kenapalah aku mati awal. Kalau tak, boleh kahwin dengan dia.

Tanpa Eunji sedar seorang anggota polis telah sedar.

"Kenapa nih?" Anggota polis tersebut memegang kelapanya yang berdenyut. Dia melihat office tersebut dalam keadaan gelap. Kenapa dia boleh tertidur? Anggota-anggota yang lain juga tertidur sepertinya.

Omo, abang polis ni dah bangun! Apa aku nak buat?

Eunji terus menghembuskan nafasnya kepada anggota tersebut berkali-kali malangnya anggota polis itu telah memakai mask muka.

"Bangun! Balai polis kita kena ceroboh!" Jerit anggota polis itu yang bernama Park Bo Gum.

Semua anggota polis bangun apabila mendengar dia menjerit dan serentak itu dia menghidupkan semua suis lampu yang terpadam. Anggota polis yang baru bangun menjadi kelam kabut.

"Cari semua bilik! Suspek mungkin masih ada lagi!" Kata seorang pengawai polis yang merangkap Inspektor disitu.

Semua anggota gigih mencari penceroboh disemua tempat. Tandas, jail, bilik soal siasat, luar balai dan banyak lagi tempat.

Eunji semakin gelisah. Apa akan jadi dengan Sehun? Dia masih tak keluar lagi dari bilik tu!! Eunji mengambil keputusan untuk pergi kepada Sehun.

"Sehunna cepat sikit!" Eunji semakin takut. Sehun masih membelek beg plastik tersebut.

"Kejap Hun nak am.."

Tupp!

Lampu bilik tersebut tiba-tiba menyala.

"Angkat tangan anda sekarang!" Anggota polis itu mengacukan pistol kepadanya.

Mampus! Aku dah kena tangkap!

Sehun sudah berdiri kaku. Tangannya diangkat ke atas seperti disuruh. Polis yang bernama Lee Jong Suk itu bergerak perlahan ke arah Sehun dan kemudian menyentuh badan Sehun dari atas sampai ke bawah  untuk mengesan sebarang senjata api atau alat tajam.

Dia hanya menjumpai lampu suluh, pisau dan gunting dalam jaket Sehun. Dia kemudian mengari tangan Sehun dan membawanya ke luar dari bilik tersebut bersama bukti tadi.

"Tuan, ini suspek yang menceroboh balai polis kita." Dia mengheret Sehun ke kerusi yang disediakan menghadap Inspektor.

Semua anggota polis tadi berkumpul di situ. Ada yang mengeleng melihat situasi tersebut. Tak pernah lagi ada kes menceroboh balai polis. Ini kes pertama di Seoul!

Sehun hanya diam membisu. Seorang anggota polis menanggalkan mask dan cap pada sehun. Ada yang terkejut melihatnya. Dan ada juga membuat muka tenang.

"Macam pernah tengok je mamat ni." Kata Park Bo Gum anggota polis yang mula-mula sedar tadi.

"Kan, macam familiar." Kata Lee Jong Suk pengawai yang menangkap Sehun tadi.

"Nama kamu siapa?" Tanya inspektor tersebut. Pennya sudah berada ditangan tanda bersedia untuk mencatat.

Tiada balasan.

"Kamu tinggal di mana?" Inspektor tersebut bertanya lagi.

Masih tiada balasan.

"Kenapa kamu menceroboh balai polis ni? Adakah kamu seorang pengganas?" Tanyanya lagi. Dia berasa sedikit geram kerana suspek lansung tidak bersuara.

Ade ke patut dia cakap aku pengganas? Hello! Muka hensem macam ni dikatakan pengganas?

Sehun masih diam membisu. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Apa motif kamu sebenarnya. Kenapa kamu bawa lampu suluh, pisau dan gunting? Dan kenapa kamu berada di bilik pengumpulan bukti?" Tanya inspektor itu lagi sambil tangannya mengangkat barang yang disebut tadi.

"Saya tahu kamu pasti ada sebab jadi bagi tahu saya kenapa kamu masuk dalam ni." Tanya inspektor itu lagi sambil mulutnya diketap menahan marah.

Sehun masih diam tidak terkutik.

"Saya tanya sekali lagi kenapa kamu ceroboh balai polis ni!" Inspektor tersebut sudah tidak dapat menahan marahnya lagi. Tangannya dihentak beberapa kali diatas meja. Anggota polis lain hanya melihat. Mereka juga tidak berani bersuara. Hanya menatap muka suspek yang blur itu.

"Tuan, saya rasa saya kenal suspek ni. Kalau tak silap dia ni dari kumpulan idol terkenal, EXO." Kata anggota polis yang bernama Park Bo Gum itu.

"Kumpulan terkenal, kamu tahu nama dia?" Tanya inspektor itu. Marahnya kembali surut.

"Nama dia apa ye? Ohun.... Bihun... zehun..ahh Hah! oh sehun nama dia tuan." Kata Lee Jong Suk bersungguh.

Gosh! Dia dah tahu nama aku.! Rahsia kau hampir terbongkar Sehun.. Chill.. Rilexx..huhh.. Dia masih tak tahu motif kau datang sini. Rilex jee..

"Kalau macam tu cuba call agensi dia dan bagitau dia ada kat sini." Arah inspektor tersebut. Senyuman kecil terbit di mukanya. Siap kau Oh Sehun!

"Baik tuan!"

"Anyeonghaseyo! Encik, ini agensi SME ke tempat Oh Sehun kumpulan EXO tu? Baiklah, saya nak maklumkan yang anak buah encik ada di balai polis sekarang ni. Yaya Oh Sehun encik. Okey kami akan tunggu encik."

Tuhan selamatkan aku! Aku taknak masuk dalam jail. Habislah kalau satu SME tahu aku buat kes! Lagi teruk bila satu dunia tahu!

Eunji duduk disebelah Sehun sejak tadi. Dia berasa amat menyesal sebab dia, Sehun yang dapat masalah.

"Sehunna, mianhei." bisik Eunji dengan perlahan kepada Sehun.

Sehun dengar apa yang dibisikkan Eunji. Dia lansung tidak menyalahkan Eunji. Pada masa kini, satu demi satu persoalan muncul dalam kotak fikirannya. Hanya tunggu masa untuk dibongkarkan!

Oh Sehun Help MeWhere stories live. Discover now