Dorm EXO
Suho baru bangun dari tidur. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Dia menoleh ke katil Sehun. Lesap lagi?
Dia kemudian masuk dalam bilik air dan membersih diri. Setelah siap dia keluar bilik menuju ke dapur. Dia melihat D.o. sedang menyediakan breakfast.
"D.o., kau masak apa tu?" Tanya Suho.
"Aku buat salad buah, roti bakar dan telur hancur je." Terang D.o.. Tangannya sedang ralit menggaul salad buah.
"Biar hyung tolong sekali." Kata Suho. Dia kemudian membantu mengoreng telur hancur dan membuat jus carot untuk minuman.
Selepas makanan siap di hidang, satu persatu ahli EXO datang. Ada yang dah mandi dan ada juga yang belum.
"Dah jom makan." Arah Suho.
"Kejap! Sehunna mana hyung?" Tanya Baekhyun.
"Aah, aku pun lupa nak tanya tadi. Sehun mana?" Tanya D.o. pula.
"Tidur lagi agaknya. Mungkin dia penat." Kata Luhan.
"Tak, Sehun dah lesap." Kata Suho. Muka Suho yang tadinya ceria terus berubah.
Ahli EXO semuanya ternganga buat kali kedua. Sudu yang dipegang mereka hampir terlepas.
"Aku bangun dari katil tengok dia dah takda." Kata Suho lagi.
"Bilalah kita nak tahu cerita sebenar kalau dia asyik lesap je." Keluh Kai.
"Dah la, mungkin dia nak tenangkan diri. Jom kita makan." Kata Suho. Ahli lain hanya menurut.
MinTTea Cafe
"Anyyeong."
"Anyeong, duduklah." Sehun menunjukkan seat didepannya kepada Sun Woo. Sun Woo segera duduk diatas kerusi tersebut.
"Sorry Sehun. Hyung ada hal sikit tadi."
"Its okay. Sehun pun baru sampai. Hyung nak air apa? Biar Sehun order."
"Hyung nak Iced Americano."
"Okay!"
Setelah 3 minit menunggu akhirnya air yang dipesan Sehun sampai. Sun Woo menyedut rakus air minumannya. Mungkin kehausan.
"Ada apa Sehun nak jumpa hyung ni? Bukan selama ni Sehun dan ahli yang lain berurusan dengan boss Jong Gi?"
"Ouh saje je. Sehun sebenarnya nak buat account peribadi baru. So Sehun nk minta advice dari hyung. Hyung kan dari bahagian kewangan. Jong Gi hyung garanglah. Sehun tak berani nak tanya dia." Terang Sehun panjang lebar. Harap lakonannya menjadi.
Serentak itu Sun Woo menghamburkan ketawanya. Geli hati dengan penerangan Sehun.
"Sehun-na, Jong Gi hyung baiklah. Dia tak garang pun. Cuma dia seorang yang serius semasa bekerja. That's all."
"Hahaha, Sehun memang takut dengan muka orang yang serius. Even Suho hyung buat muka serius pon Sehun takut. Muka macam singa!"
"Ada-ada lah kamu ni Sehun. Kalau Suho tahu kamu mengata dia, menyinga dia nanti."
"Dia takkan tahu. Hyung-ah, hyung kenal tak Jang Eunji?" Tanya Sehun tiba-tiba. Muka Sun Woo yang ceria sebentar tadi terus berubah mendatar.
"Jang Eunji? Who's that? A girl? Kenapa Sehun tiba-tiba tanya?"
"A girl. Im just curious about her."
"Why?"
"Like seriously hyung tak kenal Jang Eunji? She was a SME staff. An editor staff. Dia mati kerana membunuh diri."
"Omo! Hyung memang tak tahu berita tu. Bila berlaku?"
"A week ago. Hyung pergi mana masa tu?" Tanya Sehun. Dia semakin curiga dengan Sun Woo. Sun Woo seperti menyembunyikan sesuatu.
"Hyung balik kampung. Kesian betul staff tu. Baru kerja dekat sini dah bunuh diri. Mungkin dia hadapi tekanan." Tutur Sun Woo tenang. Namun riak wajah Sehun terus berubah.
Macam mana Sun Woo tahu noona baru kerja dekat SME ni? Cakap tadi tak kenal?
Tiba-tiba Sehun mendengar bunyi tangisan yang menyeramkan. Dia menoleh ke arah kanan. Jang Eunji yang setia dari tadi duduk ditepi Sehun sedang menangis teresak-esak.
Kenapa noona menangis pulak ni??
"Hyung, hyung pasti ke tak kenal staff Jang Eunji tu?" Tanya Sehun lagi sekali.
"Yes, memang hyung tak kenal Jang Eunji. Eh, Sehun cakap tadi nak buat account peribadikan? Jomlah discuss sekarang. Kejap lagi hyung ada meeting."
"Takpelah hyung. Next time okay? Perut Sehun tiba-tiba memulas. Salah makan agaknya. Anyeong!" Sehun terus bergegas keluar dari cafe. Dia bingit mendengar esakan Eunji yang semakin lama semakin kuat. Memang orang lain tak dengar esakan Eunji, tetapi dia yang mendengarnya rasa bagai nak luruh jantung. Esakan tangisan Eunji amat menyeramkan!!
Sehun mencari tempat yang agak tersorok dari pandangan orang lain. Dia kemudian melihat ke arah taman permainan terbengkalai yang berada agak jauh dari belakang bangunan SME. Taman itu tersorok dari pandangan orang kerana sekeliling taman dilindungi pokok-pokok terbiar dan semak-samun.
Sehun kemudian menarik tangan Eunji untuk mengikutinya. Sesudah sampai di taman, Sehun menyuruh Eunji menenangkan diri.
"Noona, kenapa noona nangis ni? Sehun ada buat salah ke?"
Eunji hanya mengelengkan kepala.
"Habis tu?"
"Noona dah tahu sapa yang bunuh noona! Dan noona dah ingat apa yang berlaku dekat noona. Huaaa!!" Semakin kuat tangisan Eunji.
Sehun diam membisu. Fikirannya cuba memproses apa yang yang dikatakan Eunji.
Tiba-tiba Sehun melompat-lompat dengan gembira. Eunji yang sedang menangis menatap kosong perangai Sehun.
"Yah! Sehunna! Kenapa Hun melompat-lompat tu? Dah macam orang tak betul noona tengok."
"Hahahaa, akhirnya noona dah ingat! Omo.. Tuhan sudah memakbulkan doa Hun supaya noona dapat ingat semula." Eunji hanya tersenyum kecil melihat gelagat Sehun. Namun senyumannya terus mati.
"Kenapa ni noona. Noona tak gembira ke?"
"Sehun..."
YOU ARE READING
Oh Sehun Help Me
FanfictionHidup Oh Sehun menjadi haru-biru apabila berjumpa dengan roh Eunji. Ya! Hanya Sehun satu-satunya yang dapat melihat roh Eunji! Lee Eunji, staff berdedikasi di SME telah difitnah. Dia difitnah membunuh diri. Eunji hanya bergantung harap kepada Sehun...