10 p.m.
Sehun merenung langit gelap di balkoni biliknya. Angin sepoi-sepoi meniup halus mukanya yang putih gebu. Dia terkenangkan keluarga Eunji. Pasti mereka tidak dapat menerima kenyataan anak kesayangan mereka telah meninggal dunia. Dia melihat 5 tiket penerbangan yang berada di dalam tangan kanannya. Tiket yang sudah renyuk sedikit.
Tanpa sedar air mata hangat mengalir di pipinya. Apa dosa Eunji sampai dia dibunuh. Lagipun keluarga Eunji susah. Hanya Eunji yang bekerja dalam keluarganya. Ayah Eunji sudah lama meninggal dunia. Dia harus menyara ibunya yang sakit dan 3 orang adik yang masih bersekolah.
Sehun mengeluh perlahan. Tiket penerbangan tersebut dimasukkan kedalam poket seluarnya.
"Sehun-nah kau tengok apa tu?" Tanya Suho yang sedari tadi melihat gelagat Sehun.
"Takde apa." Air mata dipipi dikesat laju oleh Sehun.
"Kalau kau ada masalah, bagitahu hyung. Mana tahu hyung boleh tolong."
"Mana ada. Sehun takde masalah pon. Kalau ada Sehun bagitahu. Sehun nak masuk tidur dulu. Dah mengantuk."
"Ok, hyung nak ingatkan besok kita ada talkshow dekat Infinity Challenge dalam pukul 2. Pukul 1 Sehun dah kena ada dekat pejabat manager. Jangan lambat."
"Ok."
Suho melihat Sehun yang sudah baring diatas katil. Dia mengeluh perlahan. Sehun seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
⛅☁⛅
"Sehun! Kamu buat apa depan pejabat hyung ni?" Tegur Jong Gi dengan ramah. Senyuman dihadiahkan kepada Sehun.
Sehun hanya tersenyum paksa. Tak guna! Dah bunuh noona boleh lagi dia senyum macam malaikat.
"Takkan nak lawat hyung pon tak boleh?"
"Eh, bila masa hyung cakap kamu tak boleh melawat hyung? Kamu ni dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah. Kuat sangat merajuk."
"Mana ada merajuk."
"Hahaha ikut kamulah. Eh, jom masuk." Password bilik dibuka.
"Kamsahamida..."
"So, straight to the point. Kenapa Sehun datang sini? Kalau disebabkan gaji, gaji kamu dibayar on-time."
"Aniya, bukan sebab gaji. Sehun sebenarnya datang sini nak tanya hyung tentang sesuatu."
"Ok, Sehun nak tanya apa?"
"Sejak akhir-akhir ni Sehun agak boros. Jadi, hyung ada tak jalan penyelesaian macam mana nak tangani sikap boros ni?" Cakap Sehun dengan laju. Tak sangka otaknya berfungsi dengan sangat baik.
"Itu ke sebab kenapa Sehun nak jumpa Hyung? Ingatkan masalah apa lah tadi hahaha. Biasanya sifat boros ni susah nak kawal sebab ianya bermula dari diri kita sendiri. Kita sendiri perlu ada kesedaran untuk berubah supaya menjadi seorang yang berjimat-cermat. Tapi hyung ada satu idea. Apa kata Sehun cuba kawal perbelanjaan. Contohnya beli perkara yang penting je. Sehun juga boleh cuba menghadkan penggunaan kad kredit. itu adalah salah satu cara yang efektif."
"Gomawo hyung. Nasihat hyung memang berguna sangat. Sorry sebab ganggu hyung pagi-pagi buta ni."
"Tak pe, tak ganggu pun. Kamu boleh datang bila-bila masa yang kamu mahu. Hyungkan pengurus kewangan dekat sini."
Sehun sudah bangun dari tempat duduk. Hatinya sudah tidak tahan duduk berlama disitu. Rasa macam nak bagi penumbuk extra pelempang pun ada dekat Jong Gi.
"Aigooo, lupa pulak hyung accountant dekat sini hahaha. Okey lah, kalau Sehun ada masalah nanti, Sehun cari hyung. Sehun pergi dulu. Annyeong!"
"Annyeong."
Jong Gi melemparkan senyuman palsu kepada Sehun. Dia rasa pelik. Apa yang Sehun cuba lakukan? Kenapa Sehun tanya tentang Eunji dekat Sun Woo? Takkan dia dah tahu sesuatu?
"Wahhh, pandai betul Hun berkata-kata tadi. Mintak nasihat kewangan. HAHAHAHA."
"Tak kelakarlah." Muka Sehun masam mencuka. Sakit hati kena gelak dengan Eunji.
"HAHAHAHA." Makin kuat ketawa Eunji. Tiba-tiba dia melihat muka Sehun seperti nak menangis.
"Alah Sehun, janganlah nangis. Noona gurau je. Lepasni noona dah tak gelak dekat Sehun. Noona janji."
Berjaya jugak taktik lapuk Sehun. Ingat dia betul-betul nak nangis ke? Eh hello, dia lelaki sejati okey. Saje je buat gimik supaya Eunji berhenti mengilai. Ketawa dia dah sama level dengan hantu kak limah.
"Hun tahulah yang Hun ni boros. Tapi tak payahlah gelak macamtu. Terasa tahu tak?"
"Sorry okay?"
"Hmm."
1:20 p.m.
"Mana Sehun? Dah lambat ni."
"Tu Sehun." Kai menudingkan jarinya ke arah Sehun yang sedang berjalan perlahan menghampiri van.
"YAHH OH SEHUN! Kenapa kau lambat sangat? Program dah nak start tahu tak. Ni dah pukul 1:20 pm." Marah manager Jang.
"Maaf." Balas Sehun sepatah. Cukup untuk membuat manager Jang ternganga luas. Selama ni kalau dia marah Sehun, Sehun mesti akan membuat aegyo atau cari gaduh dengannya. Sehun memang degil. Tapi harini tak. Dia mengelengkan kepala. Jangan fikirkan sangat.. Mungkin Sehun sudah mencapai kematangan.
"Ah nae, masuklah cepat. Lain kali jangan lambat lagi." Sehun hanya menganggukkan kepala.
YOU ARE READING
Oh Sehun Help Me
FanficHidup Oh Sehun menjadi haru-biru apabila berjumpa dengan roh Eunji. Ya! Hanya Sehun satu-satunya yang dapat melihat roh Eunji! Lee Eunji, staff berdedikasi di SME telah difitnah. Dia difitnah membunuh diri. Eunji hanya bergantung harap kepada Sehun...