5; GAS BERBAHAYA

43 8 0
                                    

S.M.E
Dorm EXO

Toktoktok!!

"Siapa yang ketuk pintu pagi buta ni?" Bebel Suho. Dia menggagahkan dirinya untuk turun dari katil.

Dia menoleh sekilas ke arah katil Sehun. Tiada orang. Mungkin Sehun pergi ke dapur. Suho kemudian keluar dari bilik itu.

Dia membuka pintu tersebut seraya terkejut melihat manager Jang yang berada di depan pintu.

"Hyung, kenapa datang pagi buta ni? Pagi besokkan boleh." Tanya Suho. Dia melihat muka manager Jang seperti mempunyai masalah.

"Suho ikut hyung sekarang. Kita dah takde masa."

"Ikut apa nih? Takde masa? Hyung, cuba bagitau dulu."

"Sehun dekat balai polis! Kita kena pergi cepat sebelum orang lain tahu! Cepat ikut hyung sekarang."

"Hah! Sehun dekat balai? Biar betul ni hyung." Suho mengelengkan kepalanya. Dia seperti tidak percaya. Buat apa Sehun pergi balai? Dia berlari ke arah dapur. Memang Sehun tiada!

"Sapa dekat balai?" Tanya Kris dan Luhan yang sudah berdiri di belakang Suho. Mereka terjaga tadi apabila mendengar bunyi kuat seperti bercakap di luar.

"Hyung tunggu kejap, saya nak masuk bilik." Kata Suho.

"Nae, Sehun ada dekat balai polis." Terang manager Jang sekali lagi kepada Luhan dan Kris.

Mulut luhan dan kris serta merta terlopong!

Suho kemudian keluar bilik dengan memakai cap dan mask.

"Kris dan Luhan jaga ahli kita yang lain. Aku nak ikut manager dulu. Kalau ada apa-apa hal call aku." Kata Suho. Kris dan luhan mengangguk tanda mengerti. Suho menyarung kasut sneakersnya dan menyusuli manager Jang.

Kris dan Luhan masing-masing tidak bersuara. Betul ke apa yang diorang dengar tadi? Luhan yang paling tidak percaya. Bukan ke Sehun keluar beli slurpee? Ke dia kena rompak tadi?

Seoul Police Station
4:00 a.m.

Sehun masih diam membisu dari tadi. Kepalanya ditundukkan kebawah menghadap ke lantai.

Sehun semakin resah. Apa dia nak bagitau dekat member EXO dan manager Jang? Apa alasan dia nak bagi kat CEO mereka Lee So Man??

"Anyeonghaseyo, kami penjaga Oh Sehun." Sapa Suho dan manager jang dengan hormat kepada inspektor yang menyiasat Sehun sebentar tadi.

Tiba-tiba Sehun mendengar 2 suara yang amat dikenalinya. Dia pantas mengangkat kepala dan menoleh ke arah suara tersebut.

Suho hyung pon ada sekali! Aku ingat manager Jang je yang datang.

Sehun melemparkan pandangan kosong ke arah Suho dan managernya. Dia pun tidak tahu kenapa. Mulutnya seperti dikunci. Dia kembali menunduk.

Suho dan manager Jang terkejut melihat Sehun. Tangan Sehun digari!

"Sehun kenapa encik?" Tanya manager Jang.

"Dia ada buat salah ke?" Tanya Suho pula.

"Dia ditahan kerana menceroboh balai polis ini." Kata inspektor Park Beom dengan tenang.

Suho membesarkan matanya ke arah Sehun. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Salahkan?

"Encik polis salah orang kot, Sehun kami takkan buat macam tu." Kata Suho pula. Dia masih tak percaya.

"Kami tak salah orang encik, anggota polis kami jumpa encik Oh Sehun berada di bilik pengumpulan bahan bukti di dalam balai polis ini. Encik Sehun juga ada membawa peralatan berbahaya seperti pisau dan gunting." Kata inspektor itu lagi.

Oh Sehun Help MeWhere stories live. Discover now