Sehun masuk ke dalam tandas. Dia membilas mukanya agar segar kembali. Banyak lagi tarian yang diorang kena practice memandangkan tinggal sebulan lagi sebelum diorang mengadakan concert tour.
Betul ke idea tadi? Aku tak yakinlah.. Macam mana kalau tertangkap? Jatuhlah reputasi aku!
Flashback
"Noona janganlah nangis. Hun rasa Hun ada idea." Pujuk Sehun.
"Apa?"
"Apa kata kita cari petunjuk?" Cadang Sehun.
"Cari petunjuk apa?"
"Ala, petunjuk tu boleh membawa kita ke pada bukti. Bukti tu kita boleh tahu siapa atau mengapa dia bunuh noona. Macam mana nak bersihkan nama noona kalau kita takde bukti." Terang Sehun. Tak sangka dia boleh jadi sebijak itu!
"Haahla, kalau macamtu apa kata kita cari dalam balai polis?"
"Erm, tempat lain selain balai polis takde ke? Hun takut kita ehh Hun tertangkap nanti. Noona takpelah. abang polis tu tak nampak." Balas Sehun sambil memuncungkan mulutnya.
Betul juga kata Sehun. Diorang pasti akan tertangkap nanti. Tak pasal-pasal idol terhensem ni masuk lokap.
"Sehunnie, noona rasa balai polis je tempat sesuai untuk cari petunjuk. Tempat lain noona rasa takda dah. Kita pergi jelah balai polis.." Rayu Eunji.
End flashback
"Sehunnie cakap apa tadi!!? Live With Crazy Ghost?? Apa Sehun ingat noona ni gila lah! Memang nak mati cepat budak nih!" Tegur Eunji yang entah dari mana datang. Matanya merah bersinar tidak seperti selalu. Tangannya pula seperti ingin mencekik leher Sehun. Sebijik macam pontianak!
Apa aku nak buat nih. Lari? Nanti dia kejar.
"Noona, rileklaa.. Emm Hun tak sempat nak fikir tadi hehehe. Sebab tulah bagi nama tu. Mianhei noona." Pujuk Sehun sambil badannya dijarakkan dari noona. Tak nak wei mati awal..
"Em, maaf diterima." Eunji sudah kembali ke bentuk asal.
"Macammana? Jadi tak pergi?" Tanya Eunji lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Sehun. Akhirnya dia mengangguk tanda bersetuju.
"Yes! Kita pergi malam ni okey?"
"Awalnya. Pergi besok tak boleh ke?" Tanya Sehun sambil mengelipkan matanya beberapa kali. Ingat comel?
"Mana boleh. Noona ada 4 hari lagi kat dunia nih."
"Emm, nae. Kita pergi pukul 2 pagi boleh tak? Hun kena pastikan yang semua hyung Hun tidur dulu. Nanti rahsia kita terbongkar kalau diorang sedar."
"Okey. Ingat tau, jangan lupa pulak." Eunji terus lesap dari pandangan Sehun.
"Sehunna, kau buat apa tu?" Tanya Luhan yang sedang berdiri tegak di pintu bilik air. Dia baru masuk ke dalam tandas kemudian melihat Sehun sedang menghadap tepat ke dinding. Seperti sedang bercakap.
"Takde apa." Sehun terus bergegas keluar dari tandas.
"Pelik." Gumam Luhan. Dia terus menyambung hasratnya untuk melabur.
Mereka menyambung practice seperti biasa. Mereka berlatih tarian Monster dan Lotto. Apabila jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m mereka terus berhenti berlatih.
Masing-masing buat hal sendiri. Suho dan Kris pergi ke pejabat Lee Soo Man bersama manager mereka encik Jang untuk berbincang jadual tour. Lay dan Kai pula sambung menari.
Chanyeol dan Baekhyun pergi balik ke dorm untuk mencipta lagu baru. Sehun, Luhan dan D.o juga balik ke dorm. D.o ingin masak untuk makan malam manakala Sehun dan Luhan hanya bermain video game di ruang tamu. Xiumin, chen dan tao pula pergi berjalan ke luar.
Malam itu setelah jam menunjukkan pukul 1:30 a.m. , Sehun terus bersiap untuk ke balai polis. Dia sengaja bersiap awal. Biar lambat asal selamat. Dia melawat semua hyungnya. Takut masih ada yang belum tidur. Nasib baik semua dah tidur.
Dia memakai pakaian serba hitam. Dia memakai jaket bersama jeans yang bewarna hitam. Tidak terlupa juga dia memakai black cap Nike. Akhir sekali dia memakai mask untuk menutup mukanya yg flawless gituu.. ehem supaya orang lain tak dapat cam dia.
Sehun melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan perlahan agar tiada sesiapa mendengar. Tiba-tiba..
"Pencu..!"
"Yahh! Ni Sehunlah." Kata Sehun separuh berbisik. Dia menekupkan tangannya pada mulut Luhan.
Luhan mengurut dadanya. Mati-mati dia ingat ada pencuri pecah masuk.
"Sehunna, kenapa pakai macam ni? Hyung ingat perompak tadi."
"Hun nak pegi beli bubble tea. Tetiba je teringin nak minum bubble tea."
"Sehunna, cuba tengok jam." Luhan menunjukkan jarinya ke arah jam dinding.
"Its already 1:40 a.m. mana ada kedai bukak dah." Kata luhan lagi sambil mengelengkan kepalanya.
"Yeke.. Kalau macam tu hun nak beli slurpeelah. 7eleven kat 24 hours." Kata Sehun sambil tersengih. Dia tak sangka pulak Luhan tak tidur lagi. Tadi dia check Luhan elok je terpukang atas katil.
"Macam-macamlah Sehun ni. Pergilah. But make sure jangan lambat sangat. Bahaya jalan sorang-sorang." Pesan Luhan. Manalah tau nanti sasaeng fans culik dia ke apa ke..
"Naee, tapikan kenapa hyung tak tidur lagi?" Tanya Sehun. Dia mahukan kepastian. Mana tahu ni hantu menyerupai manusia!
"Hyung nak tidurlah ni. Tadi haus tu pergi dapur jap."
"Ouh.. Pergilah tidur.. Palli,palli!! Nanti mata dapat panda eyes." Kata Sehun kemudian dia memecut keluar dari dorm.
"Makin peliklah budak ni." Luhan menggeleng kepalanya lantas bergerak masuk ke biliknya semula.
"Mana noona nih." Keluh Sehun. Dia mengambil keputusan untuk naik keretapi bawah tanah kerana jarak agensinya dari balai polis itu hanya 10km. Orang awam pun biasanya takda dah waktu-waktu macam ni.
"Sehun rindu noona ke?" Tanya noona Eunji sambil melentokkan kepalanya ke bahu Sehun.
"Yah! Noona pergi mana tadi? Puas Hun tunggu." Sehun sudah mula merajuk. Ialah dia sorang-sorang je naik keretapi tu. Ingat tak takut ke?
Eunji duduk seperti biasa. Bukan selalu nak bermanja.
"Noona ada je." Balas Eunji dengan selamba.
"Tak nampak pun."
"Noona menyorok belakang Sehun tadi."
"Emm." Balas sehun pendek.
"Bila nak sampai ni?" Tanya eunji.
"Tunggu jelah noona." Kata sehun dengan malas. Dia pon sebenarnya tak tahu berapa lama lagi nak sampai.
°°°° °°°° °°°° °°°° °°°°
Thanks
read
👻👻
Vote
and
comment
YOU ARE READING
Oh Sehun Help Me
FanficHidup Oh Sehun menjadi haru-biru apabila berjumpa dengan roh Eunji. Ya! Hanya Sehun satu-satunya yang dapat melihat roh Eunji! Lee Eunji, staff berdedikasi di SME telah difitnah. Dia difitnah membunuh diri. Eunji hanya bergantung harap kepada Sehun...