8; TERBONGKAR!

58 7 0
                                    

"Kematian noona bukan disebabkan bunuh diri. Jong Gi dan Sun Woo yang bunuh noona. Mereka aniaya noona. Noona dijadikan mangsa!" Beritahu Eunji dengan lirih.

Mulut Sehun sudah ternganga luas. Ohemji!! Jong Gi hyung dengan SunWoo hyung bunuh noona! Dasar lahanat! Dasar muka tayar buruk! Dasar penipu! Dasar laut! Eh? Lantaklah! Kedua-duanya dasar tak guna! Selama ni dia ingatkan Jong Gi tu macam malaikat. Baik je. Asyik tersenyum 24 jam. Rupa-rupanya macam hantu!

Sehun mengeluh kasar. Tangan Eunji diusapnya perlahan. Dia tahu bukan mudah untuk Eunji hadapi semua ini. Muda-muda dah mati. Kesian..

"Noona, janganlah sedih. Sehun janji akan bantu noona. Sehun akan pastikan Jong Gi hyung dan Sun Woo hyung meringkuk dalam penjara!"

"Gomawo Sehun-nah. Kamu baik sangat. Sampai sanggup tolong noona."

"Nak buat macam mana, noona yang paksa Hun. Terpaksalah Hun tolong." Seloroh Sehun. Lantas Eunji menghadiahkan jelingan maut kepada Sehun.

"Hahaha, gurau je. Hun ikhlas tolong noona. Rasa macam jadi penyiasat pulak. Eh, Hun ada practice dance ni. Petang nanti kita jumpa okey. Dekat bilik practice Sehun. Nanti kalau tak tahu tanya hantu mak cik cleaner! Arasseo? Jalja!" Sehun pantas membuka langkah untuk berlari ke bangunan SME semula. Dia sempat melemparkan lambaian kepada Eunji.

Eunji tersenyum riang. Dia berterima kasih kepada tuhan kerana menemukan dia dengan Sehun. Kalau tidak, mungkin rohnya tidak akan tenteram sampai bila-bila.

Bilik Latihan Tarian EXO

"Sehun-nah, kau dah sarapan?" Sapa Kai.

"Dah."

"Kau tahu tak D.o hyung masak special tadi. Rugi kau tak makan."

"Ouh." Sehun melihat muka Kai. Kelihatan sugul sahaja. Bukan dia sengaja tidak mahu melayan Kai. Otaknya kini sedang ligat berfikir macam mana nak buktikan yang Jong Gi bunuh noona. Kalau dia cakap je siapa nak percaya. Bukti tu penting.

"Sehun kau dah beberapa kali tersalah step." Tegur Suho.

"Mian!"

"Semua boleh bersurai sekarang."

Sehun hanya memerhati satu-persatu EXO members keluar dari bilik tersebut. Dia mengambil keputusan untuk berehat sekejap.

"Sehun, dah dapat idea nak buat apa?" Tanya Eunji yang muncul secara tiba-tiba dihadapan Sehun yang sedang duduk bersila diatas lantai. Sehun mengurut dada. Eunji memang sengaja nak dia mati awal agaknya!

"Dah. Noona.. Sehun nak minta tolong ni."

"Boleh je. Tolong apa?"

"Tolong jangan muncul tiba-tiba depan Hun. Hun ni muda lagi tahu tak. Taknak mati awal."

"Lah, ingatkan apa tadi. Memanglah noona muncul tiba-tiba. Takkan noona nak ketuk pintu dulu lepastu baru masuk. Noona mana boleh pegang benda."

"Ye tak ye jugak. Ikut suka hati noona lah nak muncul kat mana."

"Hehe, Sehun-nah bagitahulah idea apa. Noona dah tak sabar nak dengar."

"Idea dia macam ni, Hun akan pergi jumpa Jong Gi hyung dekat pejabat dia. Tugas noona ialah dapatkan password dekat pintu pejabat dia tu. Kita akan pergi pagi esok."

"Ouh, tapi Sehun nak cakap apa masa jumpa dia?"

"Entahlah. Hun belum fikir lagi. Malam nanti Hun fikirkan. Em, noona.. Hun nak tanya sikit. Rumah noona dekat mana?"

"Rumah noona dekat Cheongdam-dong. Kenapa?"

"Takde apa. Saja je. Hun nak minta maaf dekat noona. Sebab masa hari pengebumian noona Hun tak pergi." Sehun menundukkan sedikit kepalanya. Kesal kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir pada noona.

"Takpe. Noona ni bukan idol atau selebriti sampai Sehun nak pergi majlis noona." Lirih sahaja suaranya.

"Yah! Bukan macam tu laa.. Hun ada photoshoot dekat German untuk album terbaru. Hun memang nak pergi. Dalam ramai-ramai staff, noona paling rapat dengan Hun."

"Noona tahu. Staff mana yang tahan dengan perangai Sehun yang terlebih manja mengalahkan perempuan nih kalau bukan noona. Hehehe." Sehun memuncungkan bibirnya.

"Mana ada Sehun manja. Semua fans cakap Sehun handsome." Dia memuji diri sendiri.

"Mata fans kamu tu problem agaknya. Noona tengok kamu ni comel je. Macam baby pun ade jugak. Baby tua!"

"Yah! Sampai hati cakap Hun macam tu. Malaslah tolong noona." Sehun sudah berdiri. Dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik practice tersebut.

"Alo..alo.. janganlah merajuk. Tak handsome Sehun nanti. Noona gurau je." Buat kali ke berapa kali, Eunji muncul dihadapannya. Mukanya cuba dikawal agar tidak ketara riak terkejut. tengah merajukkan? Mesti kena kawal macho!

"Betul ni Hun handsome?"

"Betul, kamulah ahli EXO paling handsome, cerdik, dan comel."

"Haa, macam tu lah. Sehun nak balik dulu. Nak makan malam. Nanti D.o hyung merajuk pulak. Ingat tahu kita jumpa dekat pejabat Jong Gi hyung pukul 10 pagi."

"Baik boss!"

Oh Sehun Help MeWhere stories live. Discover now