"Cepat,cepat. Pemberontak sedang melancarkan serangan!"
"Tolong,tolong,tolong !"
Kedengaran berbagai suara meminta tolong dan membantu askar Kota Langit menumbangkan pemberontak. Namun semua itu hanya sia-sia kerana pemberontak mendapat bantuan musuh luar."Tuan,apa yang perlu kita lakukan?" tanya seorang kolonel.
"Cepat!Lindungi istana." arah Panglima Rejau.
Nampaknya Kota Langit bakal runtuh,fikir Panglima Rejau."Kanda,sebaiknya kita memisahkan putera dan puteri ini supaya musuh tidak mengenal mereka!" ucap Permaisuri Bulan dalam keadaan sedih.
"Baiklah,hanya kita,Nenek Bayung,Panglima Rejau dan beberapa panglima kepercayaan Kanda sahaja yang mengetahui kewujudan waris ku." ucap Maharaja Langit sambil membisikkan sesuatu ke telinga anak kembarnya itu.
Tidak semena-menanya sebuah pancaran terang masuk ke tubuh pasangan kembar tersebut."Panglima Rejau,beta arahkan kau membawa puteri beta dan pergi jauh membawanya!"
"Baiklah tuanku. Patik akan membawanya."ucap Panglima Rejau sedang bersiap-siap untuk bertolak menaiki pedati kuda.
"Wahai bonda,ambil lah putera ku ini!" ucap Permaisuri Bulan sebelum mencium lembut dahi puteranya.
"Baiklah anakku,selayak kemahuan mu" Nenek Bayung tergesa-gesa membawa putera tersebut.
"Beta berharap selepas umur anak kembar ku genap 17 tahun,arahkan lah mereka keluar dari melihat dunia. Biarlah mereka membalas dendam bagi kerajaan Kota Langit. Kuasa mereka terletak pada tanda lahir mereka. Ajarlah mereka permainan pedang, ajarlah mereka sihir,ajarlah mereka magik dan ajarlah mereka akan keadilan" Maharaja Langit memerintahkan perintah sebelum dirinya dan permaisuri bertukar menjadi kalung bola magik sebesar guli dan terkalung ke leher pasangan kembar tersebut.
"Sampai di sini sahaja pertemuan kita,panglima." ucap Nenek Bayung sebelum melontarkan sebuah gelang ke lanta dan membentuk gerbang dan menuju ke tempat yang jauh.
"Baiklah,Nenek Bayung. Selamat tinggal" ucap Panglima Rejau sebelum membawa puteri kerajaan Kota Langit menaiki pedati kuda terbang.
Akhirnya kehilangan Maharaja dan Permaisuri menyebabkan askar Kota Langit melarikan diri dan Kota Langit diruntuhkan. Pembangunan Kota Langit yang baru diambil alih oleh negara musuh,negara Persiana.
Askar-askar Kota Langit yang melarikan diri terpaksa berada di bawah pemerintahan kuku besi Maharaja Peranta dari negara Persiana. Namun kemunculan sepasang kembar tidak diketahui selama 16 tahun.
~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Revolusi Kembar:Magical Ball
AdventureApakah yang terjadi kepada kembar putera dan puteri ini selepas Kota Langit diserang oleh pemberontak yang mengakibatkan kembar ini terpaksa berpisah? Mutiara merupakan kakak kembar kepada Bintang namun diambil oleh Panglima Rejau. Dia tidak menyeda...