Bab 5 Kembar Laut

53 7 0
                                    

Bintang,si Hitam dan Gotham menyusuri Pantai Kepah menuju sebuah kampung yang berdekatan. Apabila mereka memasuki Kampung Pasir kerana tanah di sana hanyalah pasir dan tidak dapat bercucuk tanam. Keadaan di sekeliling hanyalah bunyi cengkerik dan tak ramai penduduk yang lalu lalang. Lebih menakutkan,dua kepala monsters bergantungan di sebuah restoran dan jalan tersebut dipenuhi tulang-belulang.

"Err seramnya. Kenapa kampung ni sunyi aje and ada tulang?" Bintang menyoal apabila bulu romanya tegang kerana aura dingin yang melanda sebaik mereka masuk ke kampung itu.

"Entahlah." Gotham menjawab selamba. Dia hanya beriak biasa seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Selang beberapa minit,kedengaran suara orang meminta tolong. Tapi yang lebih menghairankan semua penduduk tadi bergegas masuk dan menutup pintu. Tiada lagi orang yang lalu lalang selain kami dan orang yang meminta tolong dan tadi.

"Tolong! Tolong! Tolong!"teriak orang itu meminta tolong kepada Bintang dan Gotham. Pakaian orang itu koyak rabak dan kesan sebatan di badannya.

"Jangan kamu berani menolongnya! Dia beraninya mencuri Mutiara Jed! Aku takkan lepaskan sesiapa yang membantunya!" teriak satu suara yang nyaring. Seorang budak perempuan berpakaian hitam,rambut biru panjang,mata biru laut dan membawa tali sebatan. Dia bersiap sedia untuk menyebat orang itu tapi dihalang oleh Gotham dengan pedang besarnya. Gotham melancarkan serangan pedangnya.

"Croptimius!" jerit Gotham sambil menghalakan pedangnya ke arah budak perempuan itu. Satu gegaran kuat terasa dan sebuah hayunan angin membuatkan budak perempuan itu terluka di bahagian bahu. Darah membuak keluar.

"Shit!"budak perempuan itu mencarut. Macamlah cantik sangat mau mencarut. (Memang pun). " Drognool!" seekor  monster keluar dari laut. Mukanya seperti sotong kurita,mempunyai sisik dan insang,gigi jerung dan yang menakutkan raksasa itu ada 4 mata. Ahhh creepy!

Dumm... Damm... Dumm...
Langkah monster itu sangat berat sehingga tanah di sekitarnya pecah. Monster itu mengenggam Gotham sehingga pedang besarnya terjatuh. Sekarang Gotham berada di dalam tangan raksasa Drognool itu!

"Ahhhh!" jerit Gotham apabila tangan raksasa itu mengenggamnya seperti ingin memecahkan tiba-tiba satu tali kuat melilit kaki monster itu dan mengalirkan kuasa listrik.

Garrgghhhh...
Bunyi monster itu amat membingitkan telinga. Gotham terlepas dari cengkaman monster itu. Dia terpandang seorang lagi perempuan seperti tadi tetapi dia memakai baju putih.

"Kakak! Berhentilah!" rayu perempuan itu. Ahhh! Bintang baru sedar yang mereka adalah kembar. Tapi keduanya keluar dari laut syaitan.

"Aku takkan sesekali mungkir janji! Ke tepi!" Kembar yang satu menolak adiknya.
"Baiklah! Kalau itu kemahuan mu! Ternyata tugas kakak sudah selesai. Dresselle panggil kakak untuk di punish kerana melanggar peraturan alam duyong!" ujar adik kembarnya dengan tenang. Dengan serta merta satu tumbuhan menjalar keluat dari laut dan menarik kakak kembarnya.
"Ahhhhhhh!" teriak kakak kembarnya.

"Maafkan kami kerana menganggu urusan manusia. Kami adalah kaun duyong,penjaga laut Langit." Setelah itu,dia berjalan masuk ke dalam laut dengan bertukar ke rupanya yang sebenar.

"Ahh penatnya!" ujar Bintang.
"Aiii bukan Bintang yang bertarung. Abang juga. Apasal penat la pulak?" balas Gotham.
"Hihi penat tengok abang fight. Huuh cayalah bang!" balas Bintang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Yayyy!" ujar penduduk Kampung Pasir. Mereka mengangkat Bintang dan Gotham seraya berterima kasih kerana menyelamatkan kampung mereka.

Bintang dan Gotham dijamukan dengan pelbagai jenis makanan laut kerana kampung ini dekat dengan laut yang dijaga baik.

"Terima kasih kerana telah mengamankan kampung kami,wahai pemuda."ujar ketua desa Kampung Pasir sambil menyalam tangan Bintang dan Gotham.

"Semestinya satu penghormatan untuk mendapat layanan baik dari Kampung Pasir yang terkenal dengan makanan laut,tanaman subur dan gems !"ujar Gotham selesai dia menghabiskan berpinggan-pinggan makanan sedangkan Bintang belum menghabiska walau setengah makanannya. Dasar kuat makan si Gotham! Tapi kuat!
"Sebenarnya saya ada permintaan pak cik." Ucap Gotham selepas beberapa ketika dia berbual dengan ketua desa. Manakala, Bintang sedang tertidur pulas di biliknya bersama si Hitam.

"Silakan anak muda. Apakah permintaan mu?"tanya ketua desa.

"Saya ingin Mutiara Biru,yang berwarna sama dengan laut Langit yang telah hilang beberapa tahun lalu. Saya tahu Mutiara Biru masih ada di kampung ini kerana ramai yang ingin mendapatkan mutiara itu,maka ketua desa yang terdahulu telah mengwar-warkan bahawa mutiara itu hilang di dalam laut. Tapi ternyata,Mutiara Biru itu
dijaga oleh kaum duyongkan?" Gotham meneka kerana sudah lama dia ingin mendapatkan Mutiara Biru untuk kegunaan pada masa hadapan. Mutiara Biru berkaitan dengan masa,boleh beralih ke masa silam,melihat masa depan,menghentikan masa,mengulang masa dan ialah,semuanya berkaitan dengan masa. Mungkin ada gunanya jugakan!

"Baiklah! Sebelum kalian meneruskan perjalanan,pak cik akan menyerahkan Mutiara Biru kepada kamu. Pak cik tahu kamu boleh menjaganya kerana sekiranya mutiara ini terletak di tangan yang salah maka,kejadian dahsyat yang lalu akan berulang." Ketua desa memberikan kata putus setelah dia berfikir dan berbincang dengan yang lain selama setengah jam.

"Terima kasih,pak cik. Saya amat menghargainya."ujar Gotham dengan senyuman lebarnya. Aikk ternyata abang kepada Ahli Sihir Victoria kacak juga ya!

"Silakan masuk berehat,wahai pemuda. Sebentar lagi pagi akan menjengah." Ketua desa mempersilakan Gotham berehat.
Dia pun masuk ke biliknya dan tidur hingga ke pagi.

Revolusi Kembar:Magical BallWhere stories live. Discover now