Bab 4 Rahsia

59 8 0
                                    

"Akak mari kita ke restoran itu." ujar Mutiara sambil menarik tangan Melsiar ke arah sebuah restoran di Bandar Megah.

"Kamu ni kan memang kuat makan tapi tetap beauty and slim! Kan kita baru makan Kuih Gandum." balas Melsiar sambil menjentik dahi Mutiara. Dia menunjukkan sebuah meja tidak jauh dari Bintang dan si Hitam yang sedang gelojoh makan. Tapi Melsiar tidak menyedari kehadiran adik lelaki kembar Mutiara.

"Ouchhh. Akak sakitlah." Mutiara merengek dengan muka yang comel sekali seperti mata kaum Minieow.

"Alalala comelnya. Akak jual ko kang dekat Hunter,baru kau tau!" ujar Melsiar sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berbadan besar yang sedang meminum arak.

"Tak payah susah-susah kak," Mutiara mengelengkan kepalanya sambil memesan makanan yang mungkin mustahil dihabiskan oleh 2 orang wanita.

"Siapa nak habiskan semua makanan ni? Akak taknak." Melsiar membalas sedia sebelum Mutiara bercakap. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Mutiara.

"Hehehe biasalah kak. Baru merasa makanan luar. Selalunya Panglima Rejau atau akak yang masak." Mutiara berkata seraya berbisik ke arah telinga Melsiar. Melsiar hanya mengelengkan kepalanya dan sambil menunjukkan isyarat yang semua makanan itu dihabiskan oleh Mutiara.

Bintang melambaikan tangan ke arah Victoria yang baru selesai menguruskan Singa Emas. Kehebatannya memang sepadan dengan gelaran Ahli Sihir.

"Cayalah Vic. Memang fuhh tayangan free." ucap Bintang sambil mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Dia memang kagum dengan kehebatan Victoria.

"Wauu pesona ahli sihir. Tapi apa pun Singa Emas tu kan pembunuh upahan dari bangsa Joker."

"Ehmm betul,betul,betul." Giliran Bintang mengiyakan.

~~~~~~~~~~

"Hoargghh. Penatnya. Woi Hitam, tepilah sikit!" Bintang menguap sebelum dia mengundurkan si Hitam yang sudah lama terlena. Akhirnya, Bintang pun terlelap selepas beberapa minit menjejak katil.

"Ahhh tolong, tolong. Kak tolong Bintang!" Bintang terbangun dan menampar pipinya. "Ahh mimpi. Aku rasa macam real lah." Bintang terdiam setelah mendengar suara orang di depan pintu biliknya. Dia berjalan terjengket-jengket ke arah pintu untuk mendengar suara siapa yang sedang berbisik.

     Bintang terdiam untuk beberapa saat mendengar apa yang dibisikkan orang itu. Bintang tidak mendengar apa-apa tapi dia seperti mengenali suara itu. Suara Ahli Sihir Victoria dengan suara garau seorang lelaki. Tok,tok,tok. Bintang terkejut lalu melompat ke arah katil dan berpura-pura tidur. Dua orang itu membuka pintu dan masuk ke dalam bilik yang disewa oleh Bintang.

"Ahh tolonglah jangan apa-apakan aku!" batin Bintang yang sedang berpeluh.

"Panglima,inilah budak yang hampir sama dengan muka Mutiara namun saya belum melihat tandanya," ujar Victoria sambil berbisik.

"Tidak apalah Victoria. Yang penting budak ini selamat dan tolong hantar dia dengan orang kita."

"Baiklah panglima." balas Victoria sebelum mereka keluar dari bilik Bintang. Bintang hanya diam dan menyambung tidurnya sementara matahari terbit. Dia berfikir bahawa mereka bukan musuh.

~~~~~~~~~~

Pagi menjelang,Bintang dan si Hitam berkemas dan bersedia pergi dari Bandar Megah sebelum dihalang oleh Victoria. Dia membawa seorang lelaki berbadan besar,gagah dan mempunyai pedang sebesar tugu Bandar Megah.

"Bintang tunggu. Saya bawa kawan untuk kamu ikut mengembara ke Bandar Utama Diraja. Ini adalah abangku,Gotham." Victoria memperkenalkan abangnya.

"Hai.saya Bintang."

"Haiii," suara garau yang menyapa amat menakutkan.

"Terima kasih Vic. Saya jalan dahulu."

"Byeee Bintang,Abang," Victoria melambaikan tangannya. Mereka membalaskan lambaian tangan.

"Abang,zaman pemerintahan Maharaja Langit bagaimana?" Bintang tiba-tiba bertanya selepas beberapa lama mereka menunggang haiwan masing-masing.

"Pada zaman itu, Maharaja Langit dan Permaisuri Bulan baru sahaja mendapat cahaya mata. Tapi mereka tidak menghebohkan perkara tersebut kepada rakyat kerana pada waktu itu ada beberapa panglima dan rakyat memberontak. Mereka membunuh askar Kota Langit dan ingin membunuh waris Maharaja Langit. Namun kehilangan Maharaja,Permaisuri dan anak mereka tidak diketahui sampai sekarang." balas Gotham panjang lebar kerana pada masa itu dia hanyalah seorang ahli pedang biasa.

"Jadi rakyat Kota Langit yang masih ada bersembunyi selepas Kota Langit runtuh dan dibanngunkan semula. Mereka masuk ke dalam Kota Langit dengan memberikan panglima penjaga pintu besar duit emas iaitu emas daggon." Gotham memberikan penerangan  kembali.

"Ohhh macam tu. Jadi di mana anak Maharaja Langit dan Permaisuri Bulan sekarang?" Bintang menyambung pertanyaannya.

"Itu adalah RAHSIA, Bintang." ujar Gotham sebelum keadaan mulai sepi.

Revolusi Kembar:Magical BallWhere stories live. Discover now