Bab 2 Kemunculan Kembar

61 8 0
                                    

16 tahun...

"Mutiara,sudah tiba masanya ayah beritahu sesuatu pada mu."

"Ada apa ayah? Kedengaran seperti sesuatu yang serius," tanya Mutiara.

Panglima Rejau berfikir bagaimana cara untuk memberitahu Mutiara tentang kembarnya.

"Ayah ingin Mutiara hanya mendengar sahaja. Selama 16 tahun ayah membesarkan mu dengan ilmu peperangan,magik dan ilmu penyembuhan. Namun lusa merupakan ulang tahun mu yang ke 17 tahun. Kamu merupakan anak angkat ayah. Kamu merupakan anak kepada Maharaja Langit dan Permaisuri Bulan. Kamu mempunyai adik lelaki kembar bernama Bintang." Panglima Rejau menceritakan kepada Bintang dengan penuh perasaan sedih mengenangkan kejadian yang berlaku 16 tahun lalu.

Mutiara hanya sekadar diam dan matanya mula berkaca sebelum butir-butir mutiara mengalir keluar tanpa tertahan.

"Adakah ayahanda,bonda dan adik ku masih hidup?" tanya Mutiara dalam keadaan tersedu sedan.

"Adik lelaki kembar mu masih hidup,Mutiara. Namun ayahanda dan bonda mu berada bersama kamu sepanjang masa. Lihatlah kalung bola mu. Itu merupakan kalung perlindungan dari maharaja dan permaisuri.

"Apakah saya perlu mencari Bintang,ayah?"

"Iya. Kamu perlukan teman untuk mengembara dan mungkin ayah akan arahkan Melsiar mengikutmu."

"Baiklah ayah. Tapi Bintang berada di mana?"

"Ikutlah bintang pada waktu malam dan lihatlah langit pada waktu siang. Maka kamu akan berjumpa di Hutan Rembat."

~~~~~~~~~~

Tok,tok,tok!
"Nek Bayung. Bintang di sini," ucap Bintang. Dia resah memikirkan raut wajah Nenek Bayung yang telah menjaganya selama 16 tahun. Raut wajahnya menunjukkan ada hal yang perlu dilakukan. Bintang sudah tahu yang dia adalah anak Maharaja Langit dan Permaisuri Bulan. Dia juga mempunyai seorang kakak kembar.

"Masuklah Bintang. Kenapa kau mengelamun?"

"Tiada apa-apa nek."

"Nek nak kamu mengembara kerana kamu akan berumur 17 tahun dalam beberapa hari sahaja. Kamu perlu mencari kakak kembar mu agar kuasa kalian bersatu untuk menjatuhkan pemerintahan Maharaja Perantah!"

"Baiklah nek."

"Jangan lupa bawa si Hitam.Dia akan banyak membantu kamu nanti," ucap Nenek Bayung. Si Hitam merupakan haiwan ilmu yang membolehkan seseorang menggunakan sihir pada jangka masa yang lama.

"Ehmmm nek,bagaimana untuk mencari kakak kembarku?"

"Kakak kembar mu turut mempunyai tanda bunga di sebelah bahu kanannya dan mempunyai kalung bola yang sama dengan mu,Bintang."

"Tidurlah. Esok merupakan hari yang panjang untuk mu. Selamat malam Bintang."

"Selamat malam Nek Bayung."

~~~~~~~~~~

Mutiara mengikuti Melsiar keluar mengembara di Kota Langit yang telah dibangunkan semula. Mereka menaiki kereta kuda terbang supaya perjalanan lebih cepat.

"Akak,pada masa Kota Langit diruntuhkan,akak dah lahir ke?" tanya Mutiara.

"Akak dah lahir. Time tu akak baru umur 7 tahun. Mujur ada Panglima Rejau selamatkan akak. Kalau tak,nasib akak lah jadi tawanan Maharaja Perantah."

"Akak,bagaimana keadaan di luar tu?"

"Keadaan di luar sangat teruk Mutiara. Cuma Bandar Terang dengan Bandar Kunang aje yang cantik. Kalau harapkan kampung di luar bandar tu memang tak terkawal. Penduduk kelaparan,sakit dan ada yang dijadikan tawanan."

"Kesiannya penduduk Kota Langit."ucap Mutiara. Setelah itu,dia diam sebelum sampai ke destinasi.

~~~~~~~~~~

"Hitam oh Hitam. Lembap lah kau ni. Orang dah ready setengah jam kau pulak yang over. Apasal banyak pulak makanan kau bawa ni. Nek ada bagi kitorang duit lah!"

Si Hitam hanya menjelirkan lidah dan berlari apabila dikejar Bintang. Haiwan ini walauoun kuat makan,tetap sahaja lincah dan susah ditangkap.

"Hitam cepatlah ikut Bintang naik Bargadu! Nanti hilang pulak excited si Bintang tu." ucap Nenek Bayung sebelum Bintang menyalamnya dan berangkat jalan.

Bintang dan Hitam hanya menaiki bargadu. Bargadu memang besar tapi lajunya seperti kuda terbang cuma bargadu tak boleh terbang. Berat sangat. Bintang hanya mengikut peta yang diberikan oleh Nenek Bayung yang telah dijampi di sebuah buku nipis panjang.

Revolusi Kembar:Magical BallWhere stories live. Discover now