Bab 6 Pertarungan Mutiara

58 6 0
                                    

"Terima kasih pak cik kerana membenarkan kami menginap di sini selama beberapa hari. Terima kasih juga untuk pemberian yang pak cik berikan semalam."ujar Gotham sambil menyalam ketua desa dan beberapa penduduk. Bintang dan si Hitam sudah bersiap sedia di atas tunggangannya.

"Sama-sama,wahai anak muda. Sebenarnya pak cik berat membenarkan kamu meneruskan perjalanan kerana jalan yang akan kamu lalui selepas ini amat susah." jawab ketua desa. Mukanya yang berkedut menunjukkan riak kerisauan.

"Tidak apa pak cik. Mungkin dengan bantuan Mutiara Biru akan memudahkan urusan kami." ujar Gotham dengan bersahaja tapi di dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Dia juga resah tapi dalam masa yang sama bertekad untuk membalas dendam.

~~~~~~~~~~~~~

"Haihh jauh lagi kah akak? Ni dah dekat setengah jam tak jumpa kampung ke pekan. Aishh panasnya!" Mutiara mengipas mukanya yang berpeluh dan berwarna merah seperti ketam rebus. (Haha teringat pulak ketam kari,Terliur dah!)

"Sabarlah. Yang time jalan bukan main excited kau ehh!" Melsiar hanya menunjukkan tanda bersabar. Demi menghilangkan bosan dan kepanasan yang menyengat,Mutiara menutup matanya dan bersiul kecil. Angin sepoi-sepoi membuatkan rambutnya terbuai.

Mutiara menenangkan fikiran sambil membaca mantra untuk memanggil angin tapi sebuah hal lain yang terjadi. Angin menjadi kencang dan sebentar lagi akan menjadi taufan.

"Arhhh! Akakkkk!"
"Mutiara,berpegang pada tali kuda mu!" teriak Melsiar. Mutiara memegang erat dan menjampi tali itu supaya mengikatnya bersama kuda itu. Melsiar sedaya upaya bertenang dari taufan angin yang mulai terjadi. Melsiar membuat jampi untuk memberhentikan taufan yang semakin menganas.

"Winderton!" Melsiar mengarahkan tongkatnya ke arah taufan itu.
"Wahai angin taufan berhentilah! Di mana asal mu,kembali lah ke tempat mu!" Secara beransur,angin taufan itu menghilang. Tumbuhan  yang berdekatan hancur.

"Akak!" teriak Mutiara yang seperti mayat mukanya.
"Mutiara,kau baik-baik saja kan?!" tanya Melsiar.
"O..ok!" jawab Mutiara tergagap. Tiba-tiba seekor haiwan berkaki 6 melambung di hadapan mereka. Mereka melihat sekeliling dan terkejut dengan apa yang berada di sekitar mereka.Tapi yang lebih mengejutkan mereka ialah di mana mereka! Mereka kini berada di alam Animel! Melsiar baru menyedari bahawa mereka telah diangkut pergi ke alam Animel sewaktu dia membaca jampi. Pak Angin  yang jahat! Semakin jauh lah mereka dari tujuan! Melsiar memberitahu supaya menunggang cepat ke arah Timur. Dia hanya berdecak kesal kerana tidak menyangka akan bertemu dengan Pak Angin yang miang!

"Ahhhh!" Mutiara berteriak apabila dia merasakan sesuatu yang berbulu memegang bahunya. Meremang bulu roma oii! Dia berpaling ke belakang melihat apakah itu! Melsiar yang telah jauh ke hadapan terdengar teriakan Mutiara,langsung dia menoleh ke belakang.

Seorang perempuan berambut blonde diikat,bermata coklat pekat dan berpakaian seperti harimau.
"Haiii!"ujar perempuan itu. Dia mengelus lembut rambut Mutiara yang berwarna emas coklat separa pinggang. Mutiara tidak menjawab tapi dia memerhati perempuan itu dengan pandangan hairan.
"Err hai...! Sa-saya Mutiara!" Mutiara membalas seraya mengangkat tangannya seperti berikrar.
"Kenapa kamu ada di sini? Sepatutnya kamu beredar sebelum Ratu Mexiax menghidu bau kamu! Ohh dan saya Diagres." Ujar Diagres sambil memperkenalkan dirinya.

Melsiar datang menghampiri dengan senyumannya. Dia amat mengenal rakannya yang satu itu. Sangat lincah,ceria dan jinak. Tidak seperti kaum Animel yang lain. Kaum Animel yang lain sangat liar dan susah dijinakkan kecuali mereka tidak boleh mengingkari perintah ratu mereka, Ratu Mexiax.

"Haii kawanku,Diagres! Long time no see huh !" Ucap Melsiar sambil mengusap dagu Diagres. Diagres kesyokkan dengan usapan Melsiar dan membuat bunyi kucing.
"Hai Melsiar! Kenapa kamu berada di sini? Kamu tahu kan Hutan ini menuju ke istana."
"Tahulah! Semua ini salah Pak Angin! Asal nampak perempuan cantik apabila dia lalu pasti angkut sekali ke sini!" Melsiar menunjukkan muka menyampah dengan perangai Pak Angin.
"Yaa sudah! Mari ikut saya!" Diagres berlari sepantas harimau sambil mereka mengikutinya dari belakang.
"Kalau ya pun dia tu laju,jangan lah laju sampai lupakan kami pula!" Teriak Melsiar agar dapat didengari Diagres yang semakin jauh ke depan dan mengetap gigi. Mutiara hanya tersengih melihat perangai kawan barunya. Ternyata cute juga Kak Diagres ni! Fikir Mutiara sambil mengikuti Mutiara yang sedang dengan muncung itik sedepa. Tanda merajuk dengan Diagres kerana meninggalkannya!

Diagres ketawa ringan dan menggelengkan kepalanya. Dia berhenti dan berteriak.
"Iyalah! Cepat sikit! Aku tunggu,siput!"
"Woiii! Aku yang cantik ini kau panggil siput!"Jerkah Melsiar. Dukkkk!!! Mutiara ketawa terbahak-bahak kerana bunyi ketukan di kepala Diagres boleh dikatakan agak kuat.
"Ishh sakitlah! Kepala aku bukan keraslah macam si Tengilung! Baik kau pergi ketuk badan dia yang macam Titanium dah aku tengok! Kepala aku juga mangsa tangan kau!" Diagres hampir menangis dan tidak berhenti merungut sepanjang perjalanan mereka ke arah Pintu Timur yang dijaga oleh Tengilung.

Malang tak berbau,mereka ditahan oleh askar Ratu Mexiax. Mereka digari dan dibawa masuk ke istana Imel kecuali Diagres yang dibiarkan tidak digari. Diagres dengan selamba bersiul nyaring dan menyeringai menampakkan fangs nya yang comel kecil.

Di Istana Imel❤

"Salam Ratu. Ada puak Human telah masuk ke alam Animel. Ini mereka!" Ujar askar itu dan menyuruh Melsiar dan Mutiara ke depan. Diagres hanya senyum menunduk.
"Baiklah. Wahai puak Human,kenapa kalian berada di sini?" Tanya Ratu Mexiax. Melsiar mendongak dan dia tidak menyangka Ratu Mexiax seorang yang cantik rupawan,jinak dan lemah lembut.
"Kami berada di sini kerana Pak Angin tiba-tiba membuat taufan dan secara tidak sedar kami sudah berada di sini. Sebenarnya kami ingin melalui Pintu Timur yang dijaga oleh Tengilung,Ratu." Ujar Melsiar menjawab pertanyaan Ratu Mexiax dengan memandang tepat ke arah matanya. Tanda yang dia bercakap benar kerana Ratu Mexiax merupakan seorang yang tidak berapa percaya dengan kaum Human.

"Kalau begitu, beta benarkan tetapi dengan satu syarat!" Ucap Ratu Mexiax sambil mengumpal hujung rambutnya yang panjang berwarna merah menyala.
"Apakah syaratnya Ratu?" Tanya Melsiar dengan teruja.
"Beta ingin budak perempuan di belakang kau bertarung dengan salah seorang pengawal Imel beta! Lairax!" Ratu Mexiax memanggil Lairax atau lebih tepat adik dan pengawal terhebatnya.

Mengejutkan! Seekor Animel jenis human dan phoenix. Berambut separa bahu yang berwarna perang merah,bermata coklat gelap dan memegang sebuah cokmar panjang berbentuk garpu! Haha garpu,kalau ada big food di sini untuk raksasa,silakan guna senjata Lairax sebagai menjaga sopan ah wahai Beaster!

Perkarangan Istana Imel❤

Semakin banyak puak Animel mulai berada di perkarangan Istana Imel untuk menyaksikan pertarungan di antara Mutiara dan Lairax. Mereka berbisik dan kadang-kadang Mutiara terdengar bisikan mereka yang sengaja dikuatkan.

Sebelum memulai fight,mereka menundukkan badan tanda hormat kepada lawan masing-masing. Dengan sebatang tongkat tinggalan Permaisuri Bulan untuk Mutiara digenggam kemas. Lairax dengan selamba merenung mata Mutiara,menunjukkan fangs nya dan bersedia untuk menyerang. Lairax mulai menyerang dengan kecepatan sederhana. Mutiara bingung sekejap namun dengan cepat dia menghalakan tongkatnya ke arah Lairax.

"Windtimes!" Namun nihil. Pancaran biru laut terkena pada dinding istana dan dengan gerak perlahan,runtuhan bergerak jautuh ke bawah seperti slow-motion. Giliran Lairax. Dia menghentak cokmarnya ke tanah dan muncul seekor beast untuk puak Animel. Beast yang Lairax panggil ialah seekor haiwan purba dan menyerupai singa besar serta bertanduk.

Gegaran dirasakan,Mutiara lantas menjampi beast tersebut. Nasib ayahanda angkatnya arif dengan beast dan monster.
"Wahai Beast Animel yang diseru oleh Tuanmu! Kembali lah asal mu dan walau diseru ketika pertarungan,tetaplah di sana! Aku arahkan kembalilah ke lembah Genap!" Serta merta sebuah pintu besar atau lebih kepada rekahan gempa yang besar,muncul rantai besi yang mampu mengikat kaki beast itu dan menariknya masuk ke dalam rekahan. Lairax yang terkejut,dan kesal kerana ini pertama kalinya beast yang diserunya diambil kembali.

Lairax yang kekurangan tenaga dan stamina akibat menyeru beastnya mulai menunjukkan tanda. Mutiara mengambil kesempatan.
"Necklares!" Sebuah rantai berwarna biru mengelilingi Lairax dan mengikatnya. Dia pasrah dan mengaku kalah kerana cokmarnya sudah terbaling jauh. Di sudut lain,dia mengumpal rambutnya dan berkata.
"Interesting! Its like she win. And like I said,dia bukan calang-calang orangkan? Diane!"
"Benar Mexiax! Ternyata waris Maharaja Langit dan Permaisuri Bulan sudah menampakkan diri mereka. Dan ramalan Nek Wix semakin terjadi!" Ujar perempuan yang dipanggil Diane sambil mengangguk-anggukkan kepalanya yang ditutup kerudung. Siapakah Diane ini dan Nek Wix? Ramalan? Huhh,misteri!

Revolusi Kembar:Magical BallWhere stories live. Discover now