Si Hitam mula kelaparan dan langsung menarik-narik baju Bintang. Alololo comelnya si Hitam pabila buat muka Puss.
"Alah,lapar ke. Sabarlah Hitam. Orang pun lapar. Sekejap lagi ada bandar di depan. Kita singgahlah menginap," ujar Bintang apabila dia pun merasa kelaparan.
Si Hitam pun hanya diam sahaja seperti mengerti apa yang disampaikan Bintang.~~~~~~~~~~
"Akak Melsiar,kita singgah kat bandar berdekatan nak tak?" tanya Mutiara.
"Haah kenapa?Mutiara lapar? Akak pun lapar."
"Yaa,Mutiara lapar. Kak,kenapa kalung bola Mutiara bersinar?"
"Entahlah Mutiara. Akak pun tak tahu," ujar Melsiar. Dia kelihatan seperti teringat pesan Panglima Rejau sebelum mereka memulakan adventure.
Melsiar Flashback on
"Melsiar,kalau kamu terlihat kalung bola Mutiara bersinar itu tandanya dia berdekatan dengan adik lelaki kembarnya,Bintang. Dia juga mempunyai kalung bola yang sama dengan Mutiara. Jadi tolonglah cari adik kembarnya."
"Baiklah,panglima. Tapi seharusnya kita berhati-hati dengan tentera Velmor kan?"
"Sememangnya kita cuba jarakkan dengan soldier itu!" jawab Panglima Rejau yang sedang mengilap pedang. Dia pun merasa cemas untuk membiarkan Mutiara mengembara.
"Baiklah panglima."
Melsiar Flashback Off
~~~~~~~
Dalam kejauhan,kelihatan segerombolan tentera Velmor menuju ke arah Bintang dan si Hitam. Bintang menyuruh si Hitam menjadi gelang dan dia segera memakainya. Dia terus memasukkan kalung bola yang kelihatan bersinar terang.
"Hoiii budak! Kenapa kamu berada di sini? Mau mati awal!" teriak seorang tentera Velmor ke arah Bintang. Tentera itu seperti mahu menerkam Bintang.
"Ma...maaf tuan. Saya ingin masuk ke dalam bandar untuk mencari tempat penginapan," jawabnya sambil terketar-ketar.
"Kamu tidak boleh masuk sekarang! Ada pembunuhan yang berlaku sebentar tadi!" bentak tentera yang berada di sebelahnya sudah.
Ada satu suara yang kedengaran dari pintu masuk bandar yang hendak Bintang tujui.
"Biarkan dia. Pergilah sambung tugas kalian!" perintah orang tersebut. Dia kelihatan biasa-biasa sahaja dengan memakai topi yang runcing,jubah yang panjang separas lutut dan sebatang tongkat di tangannya."Baik tuan." ujar seorang tentera Velmor tadi. Tentera tersebut terus berkawad berlalu dari sana.
"Terima kasih tuan. Hampir saja kena heart attack!" Bintang mengucapkan terima kasih. Benar sahaja jantung Bintang hampir tercabut apabila seorang tentera Velmor meneriakinya.
"Welcome and no problem. Nama saya Ahli Sihir Victoria. Penjaga bahagian Barat Kota Langit," jawab Victoria seperti tahu apa yang berada di dalam fikiran lelaki yang berhadapan dengannya.
"Oh my Star. Tuan adalah wanita. Maaf saya tidak bermaksud apa-apa."
"Tidak apa. Dan jangan panggil saya Tuan. Saya baru berumur 15 tahun. Panggil Vic."
"Baiklah cik er Vic," ucap Bintang dengan segan.
"Saya Bintang dari Hutan Rembat. Salam perkenalan." Bintang menghulurkan tangannya untuk berjabat. Huluran tangan Bintang disambut oleh Ahli Sihir Victoria.
"Salam perkenalan. Mari saya bawa masuk ke dalam Bandar Megah."
Mereka berlalu masuk ke dalam bandar. Tidak sampai seminit,sebuah kumpulan menyerang tentera Velmor dan menghancurkan pintu besar Bandar Megah dan tanpa menggunakan apa-apa. Ternyata Singa Emas yang menyerang Bandar Megah.
"Ahhh celaka kau Singa Emas! Beraninya kau ceroboh tempat aku!" jerit Ahli Sihir Victoria. Dia menghalakan tongkatnya ke arah langit. Vic membaca jampi dan pancaran biru keluar dari hujung tongkatnya."Prossperto!"
Bandar Megah dikelilingi belon seperti pelindung. Konco-konco Singa Emas mengerang kesakitan dan darah keluar dari mata,telinga,hidung dan mulut mereka. Mungkin disebabkan pelindung Victoria.
"Wahh hebatnya Vic." gumam Bintang. Si Hitam sudah berubah ke bentuk asalnya.
"Ahh magik ini tidak mampu melakukan apa-apa ke atas ku,Victoria!" teriak Singa Emas dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Sangat menakutkan,rupanya seperti Joker. Sememangnya Singa Emas bangsa Joker.
"Memang,Singa Emas. Inikan baru adil. 1 by 1,come on man!"
Sebentar lagi pertarungan di antara Ahli Sihir Victoria dan Singa Emas akan bermula. Penduduk Bandar Megah mulai ketakutan dan masing-masing membawa diri masuk ke kediaman mereka. Bintang hanya tersengih menjamah makanannya bersama si Hitam di sebuah restoran tidak jauh dari lokasi pertarungan.
"Muskirios" gumam Victoria dan menghalakan tongkatnya ke arah Singa Emas. Dentuman kuat kedengaran. Singa Emas tersasar dari sihir Victoria.
"Hahaha tersasar. Magic Card. Black Hole!" Sebuah lubang besar berada di bawah Victoria yang sedang tersenyum.
"Globalisme!" teriak Victoria sebelum lubang tersebut menyedutnya ke dalam.
"Arghhhh!" teriak Singa Emas sebelum akar-akar panas menjerutnya dari bawah. Lubang hitam besar sudah pun tiada. Victoria ketawa melompat apabila strateginya mengena umpan.
"Aku tau kau yang membunuh Tok Gelama kan semata-mata untuk mencari Bola Magik yang telah dikatakan menghilang sejak 17 tahun lalu." ujar Ahli Sihir Victoria seperti tahu siapa yang melakukan pembunuhan misteri itu. Singa Emas tidak menjawab sebaliknya hanya menyumpah seranah terhadap Victoria.
"Woiii kamu tentera Velmor! Bawa penjenayah ini ke penjara Biduan!"
"Baik tuan."
YOU ARE READING
Revolusi Kembar:Magical Ball
AdventureApakah yang terjadi kepada kembar putera dan puteri ini selepas Kota Langit diserang oleh pemberontak yang mengakibatkan kembar ini terpaksa berpisah? Mutiara merupakan kakak kembar kepada Bintang namun diambil oleh Panglima Rejau. Dia tidak menyeda...