_So rockabye baby rockabye_
"Hello." Sapaku. Satu dua tiga. Senyap. Bisu ke apa pemanggil ni? Ohhh dia alim ke? Ok ok aku bagi salam eh?
"Asalamualaikum." Tiga saat berlalu. Tak jawab jugak. Sah bisu si pemanggil ni. Aku tengok balik skrin Oppo aku. Nombor yang tak ku kenali. Entah entah hantu kut. Huhu seram!! Misteri nombor hantu akan datang.
Aku pun end call . Dah yang call aku tu tak jawab kan jadi letak jelah telefon. Kut ye pun bisu buatlah bunyi ke ketuk telefon ke. Entah entah dia pekak kut! 'Dah Tihah tak payah nak buat andaian sendiri. Sambung kerja kau!' Bebel hatiku. Hak alah hati ni bising ah kau!
Interkomku berbunyi. Tengku singa udah panggil gais!!
"Ye tengku?" Jawabku.
"Bawakan fail yang I suruh you simpan tu." Arah Rayyan.
Fail? Yang mana eh?
"Fail yang mana tengku? Ada banyak fail yang tengku suruh saya simpan." Soalku. Sediakan penghadang untuk serangan kejap lagi. Jeng jeng jeng!
"Fail yang aku kasi dua hari lepas. Warna biru. Kau tak ingat ke? Nyanyuk dah ke? Tua dah?" Marah Rayyan. Halamek tanya je kut.
"Emm baik Tengku. Tengku nak sekarang ke?" Weh Tihah salah soalan!! Mati mati.
"Eh taklah minggu depan. Tahun depan pun takpe. Simpan buat pekasam ye Fatihah. Sekaranglah! Apa tanya soalan bodoh ni?!" Sinis jawapan daripada Rayyan.
Mak! Dia kata adik bodoh mak! Huhu nak nangis.
" Yelah yelah kejap saya bawak dekat tengku." Aku membuka laci terakhirku yang menempatkan fail-fail penting. Fail biru dicari sebelum aku menutup laci dan tak lupa kunci laci. Sekarang banyak orang panjang tangan. Kesian tak cukup dengan tangan panjang dah tu kepochi pulak! Heh tak sodar diri orang bayar gaji.
"Nah tengku fail." Aku menghulurkan fail tebal kepada Rayyan. Kalau korang semua perhatikan betul betul,muka Tengku Rayyan Shah ni sebenarnya kacak tau. Cumanya dia jarang senyum. Kali terakhir aku nampak dia senyum masa seorang perempuan ni datang. Masa tu hari ketiga aku kerja dekat syarikat ni. Dah nak dekat dua bulan lepas tu terus si Rayyan ni berubah jadi ha macam ni lah. Macam singa tak makan setahun.
"Am I too handsome Fatihah?" Soal Rayyan. Tak lupa senyuman sinis dibibir.
Weh dia nampak aku usyar dia lah! Kantoi! Sila sediakan simen untuk diletakkan dimuka.
"Em..eh mana..mana ada tengku." Nafi aku.
"Petang ni I ada meeting tak?" Tanya Rayyan. Fail yang aku serahkan tadi dibelek lagi.
"Ada dengan Syarikat KJaya." Jawabku. Rayyan hanya mengangguk. Dia nak suruh aku jadi tugu negara ke apa? Lenguh kaki dah ni oi!
"Ada apa apa lagi tengku?" Soalku. Rayyan menggelengkan kepala. Hok aloh! Kalau dah takde apa-apa beritahulah awal awal. Takdenya aku nak terpacak macam mannequin dekat depan dia.
Balik je dekat tempat aku,aku terus mula membebel. Dalam hati jelah. Kang volume terkuat kantoi pulak.
Aku aturkan folio pasal projek yang nak dibentangkan sekejap lagi. Lepas aje atur,aku tengok jam. Ada lagi lima minit sebelum mesyuarat mula. Aku pun menapak ke bilik CEO untuk panggil Rayyan.
"Tengku mesyuarat dah nak mula ni." Kataku. Rayyan angguk sebelum menyarungkan kotnya. Lalu kami beririgan berjalan ke bilik mesyuarat. Amacam? Sweet tak PA dengan bos? Hahaha!
"You ingat sweet couple ke Fatihah?" Soal Rayyan. Weh dia boleh baca fikiran aku ke? Omo!!
"Eh mana ada. Tengku perasan lah!" Ujarku. Ha cover cover!
Rayyan tergelak kecil. Aku rasa macam pipi aku dah jadi warna merah dah ni. Dasyat betul effect blusher yang aku pakai tadi. Aku pun senyum jelah. Malu-malu kucing lah katakan. Hihihi.
Bunyi ketukan dipintu membuatkan aku dan Rayyan memandang ke arah pintu lut sinar tersebut. Satu figura yang aku kenal sangat tapi dekat mana eh? Aku usyar balik muka Rayyan. Senyum tadi dah hilang dan muka dia macam tengah tunggu masa je nak meletup. Rahang dia bergerak-gerak. Uuuu seram duh!!
"Cik ni daripada Syarikat KJaya ke?" Soalku. Aku tengok perempuan ni pandang Rayyan. Rayyan pun pandang dia. Ni apa ni? Kes lawan mata siapa menang ke apa?
Aku melambai-lambaikan tangan dihadapan kedua-dua peserta lawan mata. Perempuan tu berdeham dan mengalihkan matanya memandangku lalu tersenyum. Ni bukan..
"Ye. Saya wakil dari Syarikat KJaya. Nia Syahirah." Dia menghulurkan tangan. Ye dia! Dia ni lah yang rapat dengan Rayyan dulu.
"Sila duduk cik." Aku menyambut hulurannya dan menjemputnya duduk. Aku tengok muka Rayyan dah semacam dah. Lantak koranglah bukan masalah aku pun!
Lepas aje keluar pada bilik mesyuarat,aku rasa macam baru keluar dari zon sejuk. Rasa macam pendingin hawa tu rosak sebab terlampau sejuk padahal baru lagi kut. Muka Rayyan macam nak telan orang aje. Garang nak mampus!
"Fatihah!" Panggil seseorang. Aku pun menoleh ke belakang.
"Oh Cik Nia. Ada apa?" Soalku mesra.
"Awak ni PA Rayyan kan? Harini Rayyan ada any appoinment tak?" Soal Nia.
"Takde. Kenapa ye?" Selaku PA,biarpun takde apa apa mesyuarat ke apa aku kena tahu Rayyan ke mana. Buatnya tiba-tiba Tengku Rashid turun padang tak ke naya aku nak jawab.
"Boleh tak saya nak jumpa dia kejap? Dekat dalam?" Berat permintaan Nia ni.
"Macam ni. Cik Nia tunggu kejap dekat sini,saya nak jumpa dengan Tengku Rayyan dulu." Kataku. Nia hanya mengangguk.
Aku menapak ke bilik Tengku Rayyan. Masuk aje bilik dia,aku tengok Rayyan tengah picit dahi.
"Em tengku. Cik Nia cakap dia nak..." belum sempat aku habiskan ayat Rayyan dah potong.
"I don't want to see or meet anyone today." Ujar Rayyan keras.
"Tapi tengku.."
"Kau tak faham bahasa ke Tihah? Aku cakap aku taknak jumpa sesiapa harini. Keluar!" Marah Rayyan.
Aku pun apa lagi,belah lah. Okay jadi jawapan dia tak lah kan?
Muka Nia resah macam cacing kepanasan masa aku datang balik jumpa dia.
"Dia tak nak jumpa saya kan?" Soal Nia. Rasa bersalah pula tengok muka dia.
"Bukan macam tu,Cik Nia. Em..tengku ada hal. Jadi dia tak boleh jumpa sesiapa lepas ni. Saya minta maaf eh cik." Ucapku. Nia menggelengkan kepala sambil tersenyum. Senyuman tu pun nampak terpaksa.
"It's okay. It's not your fault."ujar Nia. Aku mengangguk dan mulai mengatur langkah sebelum namaku dipanggil sekali lagi.
"Fatihah,can you do me a favour?"
"Boleh je asalkan tak memudaratkan kesihatan saya dan bercanggah dari agama." Jawapanku membuatkan Nia tergelak kecil.
"Takdelah. Ni tolong serahkan surat ni dekat Rayyan. Cakap dekat dia yang surat ni penting untuk dia." Nia serahkan sekeping envelope putih dekat tangan aku.
"Em okey cik." jawabku. Hanya ada satu je soalan yang sedang berpoco-poco dekat dalam otak aku ni.
Siapa sebenarnya Cik Nia ni?
Tbc..
Vote,Comment,Share!!
YOU ARE READING
Encik Singa Pujaan HatiKu
Romance"Apa masalah tengku sebenarnya?...." Nurul Fatihah. "Masalah apa? You cakap guna ayat penuh boleh?" Tengku Rayyan Shah. 'Kenapa lah ada manusia macam ni dalam dunia ni?!' Nurul Fatihah? Seorang yang ceria,peramah and suka menyanyi. TETAPI!..Bila bek...