Bab 10

8.9K 230 11
                                    

"Kau ok tak dik?" soal Fatiqah. Wajah adiknya yang sedikit pucat dipandang.

Fatihah sekadar mengangguk sambil menutup mulut yang luas ternganga kerana menguap.

"Kau jadi ke nak keluar harini?" Soal Fatiqah lagi.

"Keluar pergi mana? Sakit kepala semalam tak hilang lagi kut." Jawab Fatihah.

"Mak kata kejap lagi tunang kau nak ajak keluar?" Ujar Fatiqah.

Fatihah memandang muka kakaknya kemudian mengjongketkan bahunya.

"Entah malas nak ambil tahu. Adik tak tahulah apa yang bagus sangat dekat Shah tu sampai mak nak dia sebagai menantu. Mak tak ingat ke yang dia pernah.."

"Dia pernah apa? Adik,semua orang layak untuk dapat peluang kedua. Bagi mak,Shah pergi mesti ada sebab dia yang tersendiri." Aku mati kata. Mak tak faham dan mak tak tahu betapa sakitnya hari-hari yang aku perlu lalui setelah beberapa tahun dia tinggalkan aku sendiri.

"Mak tahu tak betapa kecewanya adik masa dia tinggalkan adik? Rasanya mak tak tahu kut sebab mak hanya nampak Shah tu macam malaikat. Takpelah mak bela lah dia,adik malas nak ambil tahu." Luahku lalu aku mendaki anak tangga untuk ke kamarku.

Air mata yang daripada tadi ditahan,perlahan-lahan mengalir di pipi. Sakit tapi apa yang aku mampu buat? Demi kebahagiaan seorang insan yang aku terlampau sayang,aku berkorban.

......................................

"Lama lagi ke Alin? Along penat dah ni!" Rungut Rayyan.

Rayna mencebikkan mulutnya sambil membetulkan kebaya biru yang elok tersarung dibadannya.

"Yang ni ke yang merah tadi?" Soal Rayna.

"Ambil jelah dua dua. Along juga yang nak bayar bukan kau! Cepatlah!"Arah Rayyan seraya mengangkat punggungnya dan menuju ke luar butik tersebut.

"Eh along! Sabarlah!!"Jerit Rayna sambil mengejar langkah abangnya.

Rayyan berpaling ke arah adiknya sambil mengangkat jarinya yang menunjukkan angka lima.

"Lima minit. Lambat along tinggal."Arah Rayyan lagi sebelum..

Bukk!

"Aduh!"

"Oi jalan tak tengok depan ke?!" Marah Rayyan sambil membetulkan bajunya sebelum mengalihkan pandangan ke depan semula.

"Excuse me! Kau yang jalan tak tengok depan. Buta!" Marah insan di hadapannya.

Kata-kata Rayyan terbantut sebaik sahaja melihat insan yang sedang berdiri di hadapannya.

"Fatihah?"

"Singa!" Mulut! Tihah mulut kau Tihah!

Rayyan mengerutkan dahinya. 'Dia panggil aku singa? Aku tak salah dengarkan?'

"Emm maksud saya,tengku! Tengku buatpa dekat sini? Tak sibuk ke?" Fatihah! Soalan apa yang kau tanya ni? Apasal kau menonjolkan sangat kebangangan kau ni?

"I bawa Alin beli baju untuk pertandingan apa entah." Jawab Rayyan.

'Oh encik singa bawa adik dia beli baju. Kau tak nak tumpang sekaki Tihah? Mana lah tahu boleh dapat baju free kan!' Bisik hatiku jahat.

"Erhem!"

Alamek! Macam mana aku boleh lupa makhluk dekat sebelah aku ni?

"Ni siapa Fatihah? Kawan you ke?" Soal Rayyan.

Taklah tengku. Ni bukan kawan. Ini makhluk yang dikutip dari planet sesat. Saya pun tak kenal dia ni.

"Shahril. Her fiance." Cis makhluk asing planet sesat! Suka hati kau je. Huh!

Encik Singa Pujaan HatiKuWhere stories live. Discover now