Rayyan melangkah secara perlahan ke peti sejuk Dila untuk mengambil mayonis. Dia sengaja membuat secara senyap kerana tidak mahu dua orang wanita yang sedang rancak berbual sedar akan kehadirannya.
"Mana dia? Mayonis mayonis. Oh ni!" Seraya itu Rayyan memicit mayonis tersebut ke dalam pinggannya dan menutup pintu peti sejuk.
Baru sahaja dia hendak melangkah, matanya terpandang wajah Fatihah yang muram. Lantas terdetik dihatinya untuk mendengar perbualan dua orang wanita tersebut.
"Bakal mertua aku datang rumah.."
"Untuk batalkan pertunangan kau ke?"
'Pertunangan? Oh ye,dia dah bertunang. Batalkan pertunangan? Oh! Bolehlah aku masuk line!' Desis hati kecil Rayyan. Bibirnya menguntumkan senyuman penuh makna.
"Tak. Untuk cepatkan tarikh nikah."
Prang!!
Berderai kaca di atas lantai.
'Cepatkan apa?'
"Rayyan?"
..........................
"Kau rasa dia dengar tak?" Soalku. Risau juga jika singa tu curi curi dengar perbualan aku dengan Dila.
"Entahlah. Kau buat tak tahu je macam kau tak cerita apa apa dekat aku. Okay?" Dila memberi idea.
Aku mengangguk-anggukan kepala. Usai berpelukan dengan Dila,aku meminta diri untuk beransur pulang. Dah lewat,karang mak bising telinga ni jugalah jadi mangsa.
Sebaik sahaja Fatihah balik,Dila berlalu ke dalam dan terus ke halaman rumahnya di mana Rayyan dan suaminya sedang berada.
"Fatihah dah balik?" Soal Akim.
Dila mengangguk sambil menyambung ayam yang di makannya separuh.
"Betul ke tarikh nikah dia dipercepatkan?" Soal Rayyan menginginkan kepastian.
"Ye. Saya sebenarnya kesian dengan si Tihah tu." Ujar Dila.
"Kenapa pula sayang?" Soal Akim sedikit buntu.
"Sebab dia tak setuju pun dengan pertunangan ni semua. Takde satu pun yang dia buat dengan rela. Semuanya dipaksa. Alih-alih harini bakal mertua dia datang rumah untuk cepatkan tarikh nikah. Dia ada sebulan je lagi nak merasa hidup bebas,lepas tu takde dah." Cerita Dila panjang lebar.
Akim terdiam sejenak sebelum memberikan pendapatnya.
"Zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan aturan keluarga ke? Rayyan apa kata kau buat satu rombongan percutian dalam Malaysia." Akim memberi cadangan.
"Percutian? Kau ingat aku ni takde kerja lain ke? Walaupun syarikat tu bapak aku punya,tapi dia bagi amanah dekat aku. Mana boleh suka suki je aku nak buat macam tu. Tak masuk akal!" Ujar Rayyan kurang bersetuju.
"Banyak songeh pula dia ni. Kau ada beritahu aku yang syarikat buat lawatan pergi Sabah kan? Untuk perasmian projek baru. Hah kau bawa lah Fatihah ikut sekali. Bolehlah dia tenangkan minda dia sebelum dia kahwin. Kan sayang?" Akim memberi cadangan lagi.
"Betul tu Rayyan. Saya setuju dengan cadangan Akim. Lagipun Fatihah tu jarang ada masa untuk diri dia sendiri. Selalunya dia akan habiskan masa dekat pejabat sampai lewat petang baru dia balik rumah." Dila membuka cerita.
"Fatihah tu PA saya,Dila. Memang logik lah kalau saya bawa dia sekali sebab dia yang kena catat semua maklumat kalau ada mesyuarat ke apa apa nanti. Memang Fatihah kena ikut pun." Ujar Rayyan.
"Ha lagi senang! Masa dekat sana nanti kau rancanglah aktiviti yang best best sikit. Pastu kau add lah aktiviti untuk menenangkan jiwa,mental,hati dan semualah." Akim memberi cadangan.
YOU ARE READING
Encik Singa Pujaan HatiKu
Romansa"Apa masalah tengku sebenarnya?...." Nurul Fatihah. "Masalah apa? You cakap guna ayat penuh boleh?" Tengku Rayyan Shah. 'Kenapa lah ada manusia macam ni dalam dunia ni?!' Nurul Fatihah? Seorang yang ceria,peramah and suka menyanyi. TETAPI!..Bila bek...