Bab 8

8.5K 245 4
                                    

"Kau nak aku buatpe?" Soal Rayyan. Wajah Akim yang sedang tersenyum sinis dipandang.

"Aku nak kau.." Akim menayangkan sehelai kertas yang telah ditulis segala perancangannya dihadapan muka Rayyan.

"Gila!" Komen Rayyan setelah membaca perancangan Akim.

"Belum cuba belum tahu bro. Cuma satu je aku minta." Ujar Akim.

"Apa?"

"Buang perangai singa kau."

"Tak janji."





Buat kali kedua aku bawa kereta macam pelesit. Ok drama! Dah berpuluh kali aku bawa kereta pelesit. Ni semua sebab makhluk tu. Makhluk Allah yang tak habis-habis nak ganggu hidup aku. Siapa lagi? Shahlah!

"Kak Tirah!" Jeritku lagi. Deja vu sangat!

"Dik sebelum akak jelaskan apa-apa,kau bawa kereta elok-elok dulu. Akak taknak kau kemalangan pula sebab dapat tahu pasal berita tadi." Ujar Kak Tirah. Aku dengar bunyi tawa dari corong telefon. Oh no!!!

"Kak tolong cakap ini semua mimpi je." Pintaku. Aku mendengar kak Tirah menghela nafas berat.

"Dik,kau balik dulu. Bukan akak boleh bagi kata putus pun sekarang. Kau balik dulu. Bincang dengan mak." Ujar Kak Tirah. Aku memberhentikan keretaku sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah.

"Yelah kak. Jumpa dekat rumah." Aku menamatkan panggilan. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Memang mampus juga makhluk tu harini. Kalau tak harini,esok juga aku bunuh dia!




Aku menarik nafas sedalam yang mungkin sambil menayang senyuman yang cukup manis. Ok tipu je. Sebab kalau tengok sekali pun boleh tahu senyuman aku tu plastik. Aku memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Automatik,semua mata memandang ke arah ku. Poyo giler!

"Adik! Panjang umur. Meh duduk sini." Mak menepuk sofa bersebelahan dengannya. Aku ragu-ragu. Nak duduk ke naik atas terus?

"Mak ni kut ye pun,bagilah dia bersihkan diri dia dulu." Ujar Kak Tirah. Kak Tirah! Wo ai ni!!

"Yelah yelah. Cepat sikit ye dik. Jangan buat orang tunggu." Kata mak. Tetamu yang lain gelak je. Diorang tak tahu yang mak sebenarnya tengah perli aku.

"Mak biarlah dia. Dia nak tenangkan diri pun tak senang. Mak pula yang melebih kenapa?" Soal Fatiqah yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur sambil menatang dulang.

Hajah Asma menjeling ke arah anak keduanya. Senyuman manis ditayang semula pada tetamunya.





"Apa aku nak buat ni? Ya Allah bantu aku Ya Allah. Aku buntu." Monologku. Kelopak mataku terasa panas. Aku mendail nombor Kak Tirah. Memang taklah aku nak turun.

"Adik ok?" Soal Kak Tirah sebaik sahaja dia menjawab panggilan dariku. Aku berdeham supaya suara ku tidak kedengaran seperti hendak menangis.

"Akak sorang ke?" Aku perlu pastikan Kak Tirah bersendirian. Aku mendengar suara-suara orang mulai sayup-sayup.

"Ye. Akak dekat dapur ni. Kenapa dik?" Soal Kak Tirah lagi.

"Adik tak tahu nak buatpe kak. Adik.."

"Dik,kalau kau taknak..em..terus terang je dik. Akak beritahu mak. Ye?" Ujar Kak Tirah. Inilah sebabnya kenapa aku sayang kakak sulungku. Sebab dia lebih memahami berbanding mak.

"Mak tak marah ke kak?" Soalku menginginkan kepastian. Korang tak kenal Hajah Asma. Kalau A dia kata,maka A lah jawapannya. No tawar menawar,no fikir dulu. No!

"Relaks lah dik. Dah kau tak setuju takkan mak nak paksa,kan Kak Tirah?" Jawab Kak Tiqah. Kak Tiqah pula jenis yang masuk air. Dia ni sporting and happy go lucky. Beza dia dengan Kak Tirah is dia suka main-main while Kak Tirah prefer to be a serious person. Tapi aku sayang dua dua.





Sepuluh minit kemudian,kedengaran ketukan bertalu-talu dipintu bilikku. Siapa pula yang ketuk macam nak roboh rumah ni?! Baru je aku nak buka,baru aku terfikir. Terus aku jadi resah. Macam mana kalau...

"Nurul Fatihah Binti Malik! Buka pintu sebelum mak pecahkan pintu ni!" Ugut Hajah Asma. Nafasnya turun naik menahan amarah yang tak terkata. Fatirah dan Fatiqah masing-masing menggosok bahu si ibu untuk menenangkannya.

Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu. Tersembul wajah mak yang merah padam. Kakak-kakakku pun ada. Muka diorang macam bersalah gila masa diorang tengok muka aku. Aku menelan air liur.






"Tengku Rayyan Shah Tengku Rashid,what a pleasure meeting you." Ujar seseorang. Rayyan mengangkat muka. Walaupun berasa sedikit terkejut dengan kehadiran insan dihadapannya,namun riak biasa dan sombong ditayang. Nama pun Tengku Rayyan Shah. Tak sah kalau tak include muka sombong.

"Rayyan,please talk to me." Rayyan menayang senyuman sinis.

"I have nothing to talk. Especially with you." Ujar Rayyan. Baru je dia nak blah,tangannya disambar oleh insan dihadapannya.

"You nak apa lagi Nia?! Don't touch me!"Rayyan menepis tangan Nia.

"I want you. Please Rayyan." Rayu Nia. Sungguh dia menyesal dengan apa yang terjadi suatu ketika dahulu.

"Mimpi jelah Nia. Gotta go!" Seraya itu Rayyan mengorak langkah laju. Malas nak bertekak  dengan manusia yang tak faham bahasa.






Shah;
Muat tak cincin tu?

Aku melihat ke arah skrin Oppoku. Buat-buat tanya pula! Aku benci kau!!! Ikutkan hati aku ni,aku nak baling cincin ni depan muka kau. Biar padan dengan muka kau. Aku tak terhegeh-hegeh pun lah dekat jantan macam kau!

Me;
I hate you!

Shah;
I love you!!

Aku melemparkan Oppoku ke atas katil. Biarlah berkecai sekali pun aku tak kisah! Kalau bukan sebab mak...

"Dik sayang mak tak?" Soalan mak membuatkan aku terdiam. Hanya air mata sahaja yang rajin mengalir. Aku mengangguk perlahan.

"Buat ni demi mak. Cinta tu boleh dipupuk lepas dah kahwin. Beri dia peluang ye?" Pujuk mak. Dalam hati ni aku meronta-ronta kesakitan.

Kalau bukan sebab mak,memang taklah aku nak kahwin dengan insan bernama Shahril Ikhwan. Aku benci dia!






"Tihah kau ok tak ni?" Soal Ezati. Aku mengangguk perlahan. Migrain kembali menyerang gais!

"Are you sure? Aku nak balik dah ni." Soal Ezati lagi. Aku mengangguk sambil menayang senyuman yang sememangnya dipaksa.

"Aku gerak dulu eh?" Ujar Ezati. Aku mengangguk lagi. Aku melihat Ezati berjalan dan menghilang sebaik sahaja pintu lif tertutup. Aku kembali menghadap ke arah komputerku. Kenapalah banyak pula kerja tiba-tiba harini? Kejam sungguh si singa tu!

Aku bangun dan berlalu ke pantri untuk membancuh nescafe. Dengan langkah longlai ditambah lagi dengan denyutan dikepala yang semakin kuat,aku berjalan ke tempatku. Pandanganku mulai kabur. Aku melihat bayangan hitam berdiri dihadapanku sebelum pandanganku menjadi...gelap. Dua benda je yang aku dengar...

Pranggg!!!!

"Fatihah!"








Aku membuka sedikit mataku. Aku memegang dahiku sebaik sahaja terasa seperti lembap di atas dahiku. Tuala ke ni? Aku meraba-raba dahiku. Seketika kemudian, baru aku tersedar. Tudungku dipegang. Ok masih ada. Baju? Ok tersarung lengkap lagi. Aku bangkit dari baringanku. Empuk gila katil....

"Sofa?" Gumamku. Aku memandang sofa hitam yang menjadi tempat pembaringanku. Sofa ni bukan sofa yang ada dalam bilik..Tengku Rayyan! Aku terus berdiri tegak,namun disebabkan sistem badanku yang masih lemah aku jatuh terduduk di atas sofa.

"Fatihah dah sedar?" Soal seseorang. Aku memandang ke arah pintu yang terbuka luas. Mulutku terlopong.



Tbc..
Vote,comment,share!!!!

Encik Singa Pujaan HatiKuWhere stories live. Discover now