"Tihah!" Nak apa pula minah ni? Tak nampak ke aku tengah mengemas ni?
"Nak apa?" Jawab aku acuh tak acuh.
"Ni bos kasi." Ezati menyerahkan sepucuk surat.
"Oh thanks." Ucapku. 'Surat apa ni? Surat cinta ke?'
"Apa benda ni?!" Mataku terus membulat.
Notis Untuk Ms Pa
1.Buat kopi setiap pagi. Make sure panas and still berasap. And kena sedap.
2.Pastikan bilik CEO sentiasa wangi. Guna spray air wick yang colour biru.
3.Make sure file atas meja CEO sentiasa tersusun RAPI dan KEMAS. Kalau senget potong gaji.
4.Bila kita ada appoinment luar pada pejabat,tolonglah pakai baju yang menarik and cantik sikit. Ni asyik pakai baju kurung bunga besar! Muak kau tahu? Pakai jelah jubah,maxi,kebaya,dress or whatsoever asalkan tak menjolok mata.
5.Segala notis ialah pemberitahuan. Tiada pilihan diberi. By hook or by crook kena buat juga. Kalau tak buat potong gaji, rm200 sebulan.SEKIAN
T.R.S"What on earth is this? Dia ingat aku ni kuli dia? Eh sejak bila aku jadi kuli? Setahu aku,aku ni secretary. Ni takleh jadi ni!" Aku bingkas bangun. Mana bilik bos singa? Masa ni lah bilik CEO tu tak jumpa! Mana dia?!
Mr.Ceo
'Patut tak aku ketuk? Ke nak serbu je? Nanti aku serbu dia menyinga. Ahhh! Lantaklah dia yang cari pasal kan?'
Tanpa ketukan terus aku terjah bilik CEO. Si singa tengah sibuk semak fail-fail dia tu. Poyo sangat!
"Dah tak tahu ketuk pintu? Nak kena ajar juga ke?" Soal Rayyan sinis.
'Suka hati aku lah nak ketuk ke tak. Kau apa cer?' Wahai hati mohon bersabar!
"Ni apa benda ni?" surat tadi diletak di atas meja singa. Eh! Ceo. Maaf ye!
"Ni? Surat lah. Diperbuat daripada kertas a4 putih yang tak bergaris. Ditulis oleh.."
"Apa yang bos merepek ni? Ingat saya bodoh sangat ke? Saya tahulah ni kertas a4! Tu isi dalam tu." Aku sekeh juga lah kepala singa ni!
"Oh. Syarat tu ke? Asal? Tak puas hati?" Soal Rayyan sinis. Memang cukup menyakitkan hati!!
"Ha a tak puas hati. Saya ni PA bos bukan maid bos! Bos ingat saya ni kuli ke?" Ha kan aku dah hangin!
"Kisah? Kau nak ikut ke tak takde pilihan. Kalau kau taknak ikut takpe tapi potong gajilah ok?" Rayyan mengugut.
Aku rimas lah ada bos suka ugut bagai ni! Eeeee!!!
"Malaslah cakap dengan bos! Semua dia nak menang! Mentang-mentang dia bos!" Aku menhentak kaki sambil berjalan keluar. Sakit hati weh!
"Satu satu masalah! Aku layangkan dengan kasut dua inci ni baru tahu!" Bebel aku sendirian. Tingkat G ditekan. Belum sempat pintu lif tutup ada tangan yang menghalang. Bos?
Kenapalah dalam banyak banyak orang,dia jugak yang naik satu lif dengan aku. Cuba yang naik dengan aku tu Syafiq Kyle ke Shukri Yahya ke? Eh apa aku merepek ni?
Ting! Pintu lif terbuka.
Belum sempat aku buka langkah dia tolak aku ke tepi terus dia keluar. Kurang hasam punya singa! Eyy sabar jelah!
"Abang." Panggil Hajah Asma sambil menghidangkan lauk-pauk di atas meja.
"Ye As." Jawab Haji Malik.
"Abang nak makan? As dah masak ni."Pelawa Hajah Asma.
"Ha a boleh jugak. Daripada tadi perut abang ni dah bernyanyi lagu getaran jiwa dah." Kata Haji Malik sambil menarik kerusi dimeja makan itu.
"Cukup bang?"
"Tambah lagi setengah senduk."
Pinggan yang berisi nasi putih berasap nipis disua pada Haji Malik.
Tok tok tok!
"Asalamualaikum." Aku memberi salam sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah. Kelihatan ayah dan emakku sudah siap menunggu di meja makan.
"Mak,ayah tak makan lagi ke?" Soal ku. Kerusi bertentangan dengan emakku ditarik dan diduduk.
"Belum lagi. Tunggu Kak Tirah dengan Kak Tiqa kamu." Jawab Ayahku.
"Lewat kamu balik hari ni. Banyak sangat ke kerja?" Soal Hajah Asma sambil memandang wajah anak daranya yang seorang itu.
"Ha a mak. Banyak kerja sikit harini." Jawabku. Aku tahu apa jawapan mak lepas ni.
"Kamu tak penat ke? Setiap hari balik lewat. Berhenti ajelah!" Kata Hajah Asma.
Ha kan aku dah kata. Ini yang malas ni. Bukan apa,aku dah rasa seronok kerja dekat syarikat tu. Challenging dan best! Kenapa mak tak suka?
"Adik ok jelah mak. Biasalah kerja banyak. Lagipun adik baru kerja tak sampai empat bulan dekat syarikat tu. Sayanglah mak." Balasku.
Belum sempat mak balas hujahku,pintu diketuk dan dikuak dari luar. Tersembul wajah Kak Fatirah iaitu kakak sulungku bersama suaminya Abang Haikal. Kemudian,seorang lagi kakak ku melangkah masuk. Kak Fatiqah kakakku yang kedua. Kakakku yang kedua ni dah bertunang,hujung bulan depan diorang dah nak kahwin. Haih! Aku bila lagi? Aiseyman gatalnya kau ni Tihah!! Aku ketawa kecil.
"Ni apehal gelak sorang-sorang ni? Mengata akak lah tu." Kata Fatirah sambil mencubit pipi adik bongsunya. Gadis itu menjerit kesakitan.
"Mana ada! Sakitlah kak!!" Adu ku sambil menggosok pipiku yang di'ketam' oleh Kak Tirah. Habis merah pipi aku yang gebu ni. Ceh,perasan!
"Kau ni makin lama aku tengok makin gemuklah dik!" Usik Fatiqah. Suka benar dia melihat wajah cemberut adiknya itu.
Riuh suasana dimeja makan itu dengan gelak tawa seisi keluaga itu.
"Adik,tukar kerja eh?" Terus rasa macam nasi tersangkut dekat saluran tekakku. Air diteguk rakus bagi menghilangkan rasa perit ditekak akibat tersedak.
"Apa mak cakap ni? Adik oklah kerja dekat situ." Balasku. 'Tihah jangan tarik muka,tak baik.' Nasihat hatiku.
"Mak tak suka. Kau macam kena buli je mak tengok. Bos jenis apa macam tu?" Paksa Hajah Asma lagi. Suasana dimeja senyap dan tegang.
Aku bangun dari kerusi dan mengangkat pingganku untuk dibasuh.
"Adik nak naik atas,penat." Kataku sebelum aku berjalan menuju ke dapur.
"Kamu ni As,dia tu baru balik kerja. Janganlah nak ditambah beban lagi dekat bahu dia As." Pujuk Haji Malik.
Hajah Asma mengunyah-ngunyah makanannya hingga lumat dek rasa geram.
"Aduh!"
"Ha ni kenapa pulak ni?" Soal Haji Malik lalu menyuakan segelas air pada isterinya.
"Tergigit lidah. Sakit!" Adu Hajah Asma.
Fatirah dan Fatiqah sudah ketawa. Haji Malik menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Lain kali kunya perlahan-lahan." Pesan Haji Malik. Hajah Asma hanya mengangguk.
Tbc..
YOU ARE READING
Encik Singa Pujaan HatiKu
Romance"Apa masalah tengku sebenarnya?...." Nurul Fatihah. "Masalah apa? You cakap guna ayat penuh boleh?" Tengku Rayyan Shah. 'Kenapa lah ada manusia macam ni dalam dunia ni?!' Nurul Fatihah? Seorang yang ceria,peramah and suka menyanyi. TETAPI!..Bila bek...