Sebaik sahaja tiba dimuka bumi Sabah, aku terus menghubungi mak. Macam rindu pula! Hikhik tak sampai sehari berpisah dengan mak. Patutlah mak panggil aku anak manja. Hahaha!
"Mak,adik dah sampai,"
"Alhamdulillah. Macam mana flight? Okey?," Soal mak.
"Okey."
"Hmm. Jaga diri dekat tempat orang tu. Yang penting maruah diri kamu tu. Jangan nganga pula!" Pesan mak. Aku tersenyum senget.
"Ha yelah mak. Tahu tahu." Ujarku.
Usai bercakap dengan mak aku meletakkan kembali Oppoku ke dalam poket seluar dan dalam keadaan bersedia untuk memulakan langkah sebelum..
"Cakap dengan mak ke?"
"Opocot mak kau mak aku!" Ha kan dah tekeluar!
Astaghfirullah! Zaman bila pula dia ada sebelah aku ni? Memang telinga kuali ke apa dia ni? Tak cukup dengan singa dah telinga kuali pula!
"Ey tengku nilah! Kalau tak bagi orang tekejut tak boleh ke?" Marahku.
"Hehe! Maaf" Ujar Rayyan.
"Ha ye saya cakap dengan mak saya. Mana tengku tahu? Pasang telinga eh? Heh, jagalah tepi kain sendiri!" Ujarku lalu berjalan meninggalkan singa yang tengah terpinga-pinga dekat situ. Ergh! Telinga kuali rupanya!
.......
"Bos, destinasi pertama kita dekat mana?" Soal Ezati.
"Destinasi pertama kita, kita pergi makan dulu. Lepas tu kita akan check in dan you all semua rehat dulu untuk harini. Esok kita ada program." Ujar Rayyan sebelum matanya kembali menghadap telefonnya.
"Bos kita check in hotel ke resort? Ke homestay? Ke rumah sewa ke-"
"Hek eleh! Banyak pula tanya. Siapa yang tanya ni?" Soal Rayyan sambil menoleh ke belakang dan mencari pemilik suara yang banyak soal.
Aku buat jari peace sambil tersengih. Ala aku tanya je kut bukannya aku membebel ke merungut ke.
"Banyak pula yang you tanya eh Fatihah. I jahit mulut tu baru tahu." Jawab Rayyan. Aku menggulingkan bebola mataku ke atas.
"Ala tengku saya tanya je. Saya ni jenis yang ingin tahu. Curious je." Kataku lalu membuang pandang ke arah luar tingkap. Baik aku hadap jalan raya yang agak lengang di luar daripada nak menghadap muka singa yang tak boleh di soal banyak. Heh!
"Ha sentaplah tu. Haih! Macam ni, dekat Kundasang kita akan duduk dekat homestay dan pemandangan dekat situ memang cantik sebab kita boleh tengok Gunung Kinabalu. Lepas tu, dekat Kota Kinabalu kita akan check in hotel. Faham semua?" Perkataan semua sengaja ditekankan.
Aku sekadar mengangguk mahu tak mahu dan menyambung fokusku ke arah pemandangan di luar. Cis! Aku tanya je.
................
"Mak pasti ke nak ikut juga cadangan si Shahril tu?" Soal Fatiqah.
"Ye mak pasti. Kenapa?" Jawab Hajah Asma.
"Tiqah bukan apa mak, its just dia pernah tinggalkan adik. Dia tinggal adik lepas diorang dah bertunang. Dia lesap macam tu je dengan sekeping kertas yang dia tinggal as a memo to adik." Ujar Fatiqah.
"Tiqah, everyone deserves a second chance. Apa salahnya kalau kita beri peluang kedua pada Shahril? People change remember?. Mana tahu dia dah insaf dan menyesal dengan perbuatannya jadi dia minta peluang kedua. Tak salahkan?" Jelas Hajah Asma.
YOU ARE READING
Encik Singa Pujaan HatiKu
Roman d'amour"Apa masalah tengku sebenarnya?...." Nurul Fatihah. "Masalah apa? You cakap guna ayat penuh boleh?" Tengku Rayyan Shah. 'Kenapa lah ada manusia macam ni dalam dunia ni?!' Nurul Fatihah? Seorang yang ceria,peramah and suka menyanyi. TETAPI!..Bila bek...