Dato Ahmad Danial sudah siap untuk ke pejabat . Tali lehernya di betulkan dan kot di pasangkan ke tubuh sasanya. Rambut di sikatkan bagi rapi . Jam Alexandre Christie dipakaikan pada tangan . Perfume Hugo Boss di semburkan pada seluruh tubuh .
Done!!
Dato Ahmad Danial terus keluar dari biliknya . Sampai di ruang bawah , Dato Ahmad Danial sempat memerhati sekeliling rumahnya .
Kemas , jadi balik nanti aku tak payah lah kemas rumah .
Sedang dia memerhati rumahnya tiba tiba dia terdengar satu suara yang sungguh asing di telinganya .
Uwekk !! Uwekk !! Uwekk !!
Berkerut dahi dia bila terdengar suara bayi menangis . Bayi?! . Dato Ahmad Danial terus mencari mana datangnya suara itu. Dengar macam datang dari depan pintu . Jadi dia ke arah pintu utama . Buka sahaja , pintu terdapat satu kotak dan di dalamnya terdapat seorang bayi .
Dato Ahmad Danial terus mengambil bayi itu . Terasa kekok dia memegangnya . Muka bayi yang putih kemerahan itu di pandang . Kening bayi itu berkerut kerana menangis .
Dato Ahmad Danial mengurut kening bayi itu perlahan dan punggung bayi itu juga di tepuk perlahan supaya berhenti menangis .
"Anak siapa tinggal dekat sini?"
Dato Ahmad Danial ternampak satu kertas yang terselit di dalam kotak tersebut . Dia terus mengambil dan di baca .
Maafkan i Danial. I nak mintak tolong jagakan anak kita buat sementara waktu ni. Nanti i akan ambik balik Danny . I dah siapkan semua keperluan Danny dalam beg tu .
Merissa
"Anak kita? What?! Budak ni anak aku?"
Dato Ahmad Danial cuba memutarkan kembali memorinya . Dia ada sentuh mana mana perempuan ke? . Dato Ahmad Danial memegang kepalanya yang terasa sakit . Matanya terpejam menahan kesakitan .
Dato Ahmad Danial kembali membuka matanya bila dengar suara Danny menangis semula . Dato Ahmad Danial kembali menepuk perlahan punggung Danny . Dato Ahmad Danial mengeluh panjang . Beg kecil yang terdapat di dalam kotak itu di ambil .
Dia bangun dan bawa masuk Danny ke dalam rumahnya . Dia menuju ke arah sofa yang terdapat di ruang tamu dan menghenyakkan punggungnya ke atas sofa .
Danny yang berada di dukungannya di pandang . Danny menghisap ibu jarinya . Berbunyi bunyi dia menghisap . Macam hisap puting pun ada .
"Dia lapar ke? Aduh macam mana ni . Aku mana pandai jaga budak "
Dato Ahmad Danial mengaru belakang tengkuknya yang tidak gatal habis basah dah gengaman tangan Danny dengan air liur . Dato Ahmad Danial meletakkan Danny dengan perlahan di atas sofa itu . Sesekali punggung Danny di tepuk .
Dato Ahmad Danial mengeluarkan iPhone 8 nya dan mendail nombor Siti . Tak sampai 2 saat telefon di angkat .
"Hello Siti . Saya nak awak batalkan semua appointment saya hari ni dan saya tak dapat masuk kerja hari ni "
"Kenapa bos?"
"Saya ada hal nak di uruskan"
"Okay bos"
Dato Ahmad Danial terus mematikan talian . Beg yang di sediakan oleh Merissa itu di buka . Terdapat baju , susu , diapers dan botol susu .
Dato Ahmad Danial mengaru belakang tengkuknya. Apa dia nak buat sekarang?
"Macam mana nak bagi dia makan ? Aduh payah lah . Kalau aku tanya mama , kang mama tanya macam macam pula "
Dato Ahmad Danial memandang wajah Danny . Gengaman tangan kecil itu di tarik lalu di lap untuk menghilangkan air liur Danny yang banyak di gengaman kecil itu . Susu dan botol itu di ambil .
"Tunggu sini dulu tau . Daddy nak pergi dapur bancuh susu untuk Danny "
Rasa berbelit lidahnya bila menyebut 'daddy' . Hah lantak lah . Dato Ahmad Danial bangun dan menuju ke arah dapur . Susu dan botol itu di letakkan di atas meja makan .
Di tenungnya botol dan susu itu . Jari jemarinya mengetuk meja makan .
"Sekarang aku nak buat apa?Macam mana aku nak bancuh susu ni? Bancuh dia sama tak dengan bancuh milo tabur?"
Dato Ahmad Danial membuka penutup susu dan botol itu . Rasa nak pecah kepala hotak ni . Macam nak jawab soalan Addmath pun ada .
Uwekk !! Uwekk !! Uwekk !!
"Aduh , dia dah nangis pula . Macam mana ni ?! "
Kelam kabut di buatnya. Dua seduk susu di masukkan ke dalam botol susu . Air suam di masukkan ke dalam botol . Lalu di goncang goncangkan sehingga sebati . Sisa susu yang tumpah di pandang . Ahh , nanti lah kemas!!
Dato Ahmad Danial kembali ke hadapan . Danny di ambil dan di bawa ke dalam dukungan . Botol susu itu di suapkan ke dalam mulut Danny.
Dia dah senyap !! Yeah !!
Senyap Danny hanya sekejap . Danny memuntahkan semula susu tersebut dan kembali menangis . Dato Ahmad Danial mula cemas .
"Kenapa ? Susu daddy buat tak sedap ke ? "
Dato Ahmad Danial cuba menghisap sedikit susu tadi . Dia cepat cepat menutup mulutnya . Matanya mula berkaca .
"Patut lah Danny nangis . Susu ni tak sedap . Dah lah tawar"
Berkerut muka Dato Ahmad Danial. Mulutnya di kesat kasar untuk menghilangkan sisa susu yang terdapat di bibirnya itu .
Dato Ahmad Danial menepuk nepuk punggung Danny . Tangisan Danny mula reda sedikit. Airmata Danny yang keluar di kesat perlahan .
"Aku kena cari bibik . Kalau tak mati kutu lah aku nak jaga budak kecik ni " gumam Dato Ahmad Danial perlahan.
Punggung Danny masih di tepuk . Mata Danny mula kuyu sedikit demi sedikit . Tak sampai 1 minit Danny pun terlelap .
Dato Ahmad Danial melepaskan nafas lega. Beg pakaian Danny di ambik . Dato Ahmad Danial membawa Danny ke dalam bilik tidurnya . Beg Danny diletakkan di atas sofa .
Dato Ahmad Danial ke arah birai katil . Dengan perlahan dia meletakkan Danny. Danny bergerak sedikit , mungkin terganggu . Dato Ahmad Danial menepuk punggung Danny lagi .
Dato Ahmad Danial melihat wajah lena Danny. Pipi Danny di usap perlahan . Rambut Danny yang nipis di rapikan sedikit . Dato Ahmad Danial tunduk sedikit lalu mencium pipi Danny.
Dato Ahmad Danial pun baring sebelah Danny. Tak sampai 2 minit dengkuran halus pun berbunyi .
***
Vote and comment. Thanks!

YOU ARE READING
My Super Daddy ✔
Short Story030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu dia hanya duduk seorang diri kini dia kena duduk bersama seorang bayi . Lelaki , mestilah rasa kekok...