1.4

17K 618 23
                                    

"Morning sayang" Bisik Danial di tepi telinga Merissa .

Merissa tersenyum . Matanya di gosok gosok untuk membuangkan tahi mata yang melekat . Terasa tangan Danial mula masuk ke dalam baju Merissa . Merissa menepuk tangan sasa itu .

"Dah dah lah . Saya nak bangun ni, nak mandi lepas tu nak tengok Danny. Dah tepi tangan tu . Asyik nak merayap je" Merissa mengangkat tangan Danial ketepi .

"Alah kejap lah sayang" Bisik Danial lagi . Terasa lehernya pulak di gigit .

Merissa geram . Dia mengambil tangan sasa Danial lalu di gigit . Cepat cepat Merissa bangun dan masuk ke dalam bilik air .

"SAYANG!! TUNGGU LAH, NANTI ABANG BUAT LEBIH DARI TU!!" Jerit Danial.

Merissa tertawa di dalam bilik air . Perutnya di pegang bila terasa senak ketawa terlalu lama . Padan muka . Gatal sangat kan, tu balasannya .

***

"Morning anak daddy . Iee .. comotnya dia makan" ujar Dato Ahmad Danial sambil pipi tembam Danny di cubit manja dan pipi Danny di gomol.

Danny yang sedang makan itu marah sebab daddy nya kacau . Sudu kecil yang berada di tangannya itu di ketuk ketuk kan di atas meja . Orang nak makan pun tak senang tau daddy ni!!

"Dah dah lah tu gomol pipi si Danny tu Danial . Dia nak makan tu" Puan Sri Aida menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya itu .

"Kejap lah ma, tengah rindu ni" Dato Ahmad Danial mengendahkan kata kata Puan Sri Aida . Pipi Danny masih di gomol . Dato Ahmad Danial terlalu geram sampai mengigit pipi tembam Danny .

"Siapa suruh tembam sangat kan dah kena"

Danny melihat wajah daddy nya . Kemudian tangisan Danny pecah . Mana taknya si Danial pergi gigit pipi Danny sampai merah dah pipi budak tu .

"Kenapa anak mummy ni?" tanya Merissa bila dia terdengar tangisan nyaring Danny . Danny yang sedang menangis itu diambil . Matanya jatuh melihat pipi Danny yang sudah merah .

Kemudian, Merissa memandang tajam ke arah Danial. Aku tahu, ni semua mamat ni punya pasal . Sampai merah pipi anak aku dia pergi gigit . Aku gigit anu tu kang, mahu meraung macam orang bersalin . Ish !! Jangan terpengaruh otak kotor suami kau tu Merissa . Behave!!

Dato Ahmad Danial hanya buat tak tahu bila melihat Merissa pandang tajam ke arahnya . Suapan di terus ke dalam mulut .

Ish geramnya aku!! Merissa mencubit kuat peha Danial . Apa lagi terjerit lah orang tua tu . Ahaks!

"Ouch" adu Dato Ahmad Danial . Pehanya di gosok laju . Dato Ahmad Danial berpaling ke kiri melihat Merissa yang sudah tidak memandangnya.

"Kenapa Danial? Menjerit tiba tiba, nasib mama tak tersedak" tanya Puan Sri Aida hairan .

"Tak mama, ni Danial nak tanya . Sejak bila mama bela anak harimau dalam rumah ni?" tanya Dato Ahmad Danial, matanya di keling ke arah Merissa .

Merissa tahu Danial sengaja nak kenakan dia . Jadi di hanya buat tak tahu . Tangannya sibuk tolong menyuapkan bubur ke dalam mulut Danny.

"Anak harimau? Bila pula mama ada bela anak harimau? Mengarut je lah kamu ni Danial" Puan Sri Aida menggelengkan kepalanya .

"Ada ma, ni hah anak harimau tu ada sebelah Danial"

"Ada ada je lah kamu ni Danial. Dah makan"

Merissa yang melihat Mak mertuanya itu tak melihat ke arah mereka lagi terus berpaling ke arah Danial dan lidahnya di jelir kan ke arah Danial. Padan muka!!

Terbuntang mata Dato Ahmad Danial melihat Merissa yang menjelirkan lidah itu . Kemudian dia tersenyum senget . Mulutnya di rapat kan ke telinga Merissa .

"Tak apa kali ni sayang menang . Tunggu lah sayang malam ni . Abang pulak buat sayang meraung kesedapan" Bisik Dato Ahmad Danial.

Merissa yang sedang menyuapkan Danny itu terkaku . Tertegak tubuhnya. Meremang bulu roma dia mendengar apa yang dikatakan oleh Danial tadi . Ngeri tho!!

***

"Sayang .. jum kita pergi honeymoon nak tak?" tanya Dato Ahmad Danial dan sengaja di leret kan suaranya . Jari telunjuknya sengaja di jalan jalankan di atas lengan Merissa .

Merissa yang sedang mengiring tengok tv di dalam bilik itu memandang tajam ke arah Danial.

"Nak cakap pun, tak payah lah nak bergerak gerak tangan tu" ujar Merissa geram . Apalah malang aku dapat suami gatal macam dia ni . Sabar jelah!!

"Saja nak bermanja dengan sayang abang ni hah . Sayang nak tak? Kalau tak nak, tak apa lah . Esok abang kahwin lagi satu pastu ajak madu sayang tu pergi honeymoon. Sebab bini abang lagi satu tu tak nak ikut" ujar Dato Ahmad Danial seakan akan merajuk .

"Bila masa pulak saya cakap tak nak pergi? Wah!! Dah teringin nak pasang lagi satu ke? Kalau berani awak buat lah . Biar saya sunat awak 'punya' tu sampai tak ada . Padan muka . Mengatal lagikan" Merissa menjeling tajam pada Danial . Danny yang sedang bermain mainan itu hanya diam melihat mummy dan daddy yang bergaduh .

Ada popcorn tak? Danny nak makan sambil tengok drama Hindustan ni .

"Alah alah . Abang gurau je lah . Sayang ni suka sangat ambik serius . Kalau saya potong abang 'punya' nanti macam mana kita nak buat anak banyak banyak?"

Merissa menahan geram yang macam nak meletup . Tunggu gunung berapinya itu meletup saja . Orang tengah serius pun sempat nak fikir otak kotor dia tu !!

"Dah tak payah lah cakap benda tak senonoh tu depan Danny. Danny kecik lagi lah . Dah lah, awak nak pergi honeymoon dekat mana? Habis tu macam mana dengan kerja awak? Danny ikut sekali tak?"

"Kita pergi Tokyo . Pasal kerja tu abang dah settelkan awal awal dah . And pasal Danny pula kita tinggalkan lah dengan mama . Kalau Danny ada sekali macam mana kita nak buat projek" Dato Ahmad Danial tersenyum nakal . Sampai hilang mata dia, senyum macam tu.

Kau tengok sempat lagi dia tu . Tak habis habis otak kotor dia tu . Aku debik kang keluar jantung tu padan muka . Eh jangan jangan, aku belum sedia nak berjanda anak satu .

"Iya lah . Dah diam!! Saya nak layan drama Korea pun susah" Putus Merissa . Malas nak layan Danial. Kang kalau makin melayan, hah habis semua dia sebut . Kalau sebut perkara yang berfaedah itu tak apa jugak . Ni cakap benda yang tak senonoh . Redha je lah dapat laki macam dia ni .

***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now