5 tahun kemudian .
"Abang Danny, boleh tolong Mel ambik bola dekat dalam swimming pool tu tak ? Abang Danish tendang bola tu sampai masuk dalam kolam" adu Melina pada Danny yang sedang sibuk mewarna di pondok yang terdapat berhampiran dengan kolam .
Danny menjungkitkan keningnya ke arah Melina . Sebiji dengan daddy dia suka sangat angkat kening tebal dia tu . Kemudian dia melihat Danish pula yang berhampiran dengan kolam itu .
"Suruh lah daddy ambik . Abang Danny mana boleh masuk dalam kolam tu . Kolam tu dalam lah Mel"
"Alah abang Danny tolong lah . Daddy dekat dalam rumah malas nak panggil" Melina menarik lengan Danny . Seboleh boleh nak suruh Danny ambik kan sebab apa ? Sebab Danny lah abang kesayangan dia .
"Mel tengok kolam tu" Danny menunjukkan kolam yang dalam itu . "Dalam kan ? Mana boleh abang ambik, abang tak sampai dan abang tak reti lagi nak berenang"
Melina berkelip kelip matanya melihat Danny . Saja nak mintak simpati . Wajahnya pun dah masam macam asam keping .
Danny melepaskan nafas . Wajah Melina yang masam itu di pandang . Kesian pulak, tapi dia tak reti nak berenang . Daddy pun baru cakap minggu depan baru mahu menghantarnya ke kelas berenang .
"Yela abang Danny ambikkan" Putus Danny . Danny duduk di tebing kolam itu . Lama di berfikir, tiba tiba Melina menepuk perlahan bahunya .
"Abang Danny kenapa tak turun lagi?" Tanya Melina .
Danny tersenyum nipis . Bola berwarna warni itu di pandang . Bola itu betul betul berada di tengah kolam .
Danny perlahan lahan masuk ke dalam kolam . Danny berpegang dengan tebing kolam itu . Danny meninggikan tengkuknya . Danny cuba berenang ke tengah sedikit . Tapi bergerak pun tak banyak . Danny cuba mencari tebing kolam tapi dia tak tercapai .
Tergapai gapai Danny . Tapi dia langsung tak dapat rasa tebing kolam itu .
"Mel, Danish . Tolong abang Danny . Abang Danny tak boleh berenang . Mel!! Danish!!" Ujar Danny sekejap tenggelam timbul . Tangan kecilnya cuba menguak untuk berenang tapi tak bergerak langsung .
"Abang Danish . Panggilkan daddy cepat!!" Jerit Melina dengan air matanya sudah mengalir di pipi .
Danish berlari, sampai sahaja di depan pintu "Daddy !! Daddy!! Abang Danny lemas dekat kolam tu" panggil Danish cemas .
Dato Ahmad Danial yang sedang duduk menonton televisyen itu terus terbangun . "What?" Dato Ahmad Danial cepat cepat keluar .
Dato Ahmad Danial terus terjun kolam . Tubuh kecil Danny di peluk . Pipi Danny di tepuk tepuk perlahan .
"Danny, bangun sayang" panggil Dato Ahmad Danial tapi Danny sudah terpejam . Wajahnya pun dah berubah pucat . Dato Ahmad Danial segera bawa Danny naik ke atas .
"Danny, jangan buat daddy macam ni sayang . Danish! Melina! Apa korang buat dekat abang, sampai jadi macam ni?" tanya Dato Ahmad Danial dingin . Wajah kedua anak kembarnya itu di pandang bersilih ganti .
"Mel dy, dia suruh abang Danny masuk dalam kolam untuk ambil bola" adu Danish .
Melina sudah tertunduk ketakutan . Kedua kaki kecilnya di lihat . Tak sanggup nak angkat wajah untuk melihat wajah daddy nya yang sudah merah .
"Mel!! Ni tak sayang abang Danny ke? Mel tahu tak kolam tu dalam ? Mel ni selalu pentingkan diri sendiri" marah Dato Ahmad Danial . Tubuh Danny di cempung dan di bawa ke dalam rumah . Melina dan Danish dia tidak hiraukan .

YOU ARE READING
My Super Daddy ✔
Short Story030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu dia hanya duduk seorang diri kini dia kena duduk bersama seorang bayi . Lelaki , mestilah rasa kekok...