Dato Ahmad Danial selesai mandikan dan siapkan Danny . Sekarang dia pula harus bersiap . Hari ni dia terpaksa bawa Danny sekali ke pejabat sebab dia belum lagi jumpa bibik yang sesuai .
Semalam nasib lah Danny tak meragam . Kalau tak mahu pengsan dia hari ni tak pergi ke pejabat.
Dato Ahmad Danial hanya siap cincai saja. Tali leher hanya di sangkutkan di leher sahaja . Kotnya pula hanya di pasangkan sebelah . Rambut pun tak di minyak hanya di sikat gitu je.
Hadui!! Lantak lah labu .
Danny di dukung dan di bawa ke ruang bawah . Kunci kereta di capai . Dato Ahmad Danial sempat melihat dirinya di cermin besar yang terdapat di ruang tamu.
"Apa buruk sangat aku ni? Hah lantak lah . Bukan orang nak tengok pun"
Dato Ahmad Danial memakai kasutnya tanpa stoking . Pintu rumah di kunci . Pintu kereta di sebelah kiri di buka . Kerusi di rendahkan dan dengan perlahan dia meletakkan Danny.
Selesai meletakkan Danny . Dia ke tempat memandu pula . Air cond di slow kan.
"Okay let's go , Danny. Hari ni daddy terpaksa bawa Danny pergi kerja . Terpaksa tau , bukan suka suka . Kalau boleh daddy nak je tinggalkan Danny kat dalam rumah tu . Hah lantak lah momok kacau Danny " ujar Dato Ahmad Danial dengan memek mukanya di buat kepada Danny .
Danny yang tadi bergerak gerak , terkaku melihat muka Dato Ahmad Danial. Muka Danny muka sebek . Bibir pun dah mencebik cebik .
Dato Ahmad Danial mengetuk perlahan kepalanya . Nak nangis pulak!!
"Alololo ucuk ucuk daddy . Daddy gurau je . Alah tak mau lah nangis . Danny kan hero kecik daddy"
Punggung Danny di tepuk perlahan. Danny kembali senyap . Danny tersengih besar bila tengok muka daddynya yang hensem itu . Esehh!! Dato Ahmad Danial membuat bentuk ✅ menggunakan jarinya dan dibawa ke dagu . Keningnya di angkat berkali kali .
"Macho tak daddy?"
Danny ketawa menampakkan gusinya . Nak ketawa tapi gigi tak ada . Nasib comel .
"Ada nampak daddy happy ? Ada nampak daddy happy?! Daddy tak nak Danny ketawa "
Danny takut dengan mata buntang Dato Ahmad Danial terus tidak ketawa lagi .
"Emmm.. Good boy"
Dato Ahmad Danial mengambil tangan kecil Danny dan di 'sep' kan ke tangannya . Dato Ahmad Danial kembali normal . Kerusinya di betulkan . Dato Ahmad Danial menarik dan menghembuskan nafas sebelum memulakan perjalanannya .
***
Dato Ahmad Danial Pov
Sampai sahaja di pejabat , staf staf semua memandang aku pelik . Ada yang berbisik bisik . Ada yang terus menanya . Stress jugak lah . Mana tak nya semua pelik aku datang ke pejabat dengan membawa seorang bayi .
"Bos , anak siapa bos bawa ni?" Tanya Siti ketika aku lalu di hadapan mejany untuk ke bilik pejabat aku.
"Hah?"
"Anak siapa tu ?"
"Ouh, anak jiran sebelah rumah saya . Dia mintak tolong saya jagakan"
"Kenapa pulak dia suruh bos jagakan? Keluarga dia yang lain tak ada ke bos?" Tanya Siti hairan .
"Emm sebab .. Hah sebab diaorang nak pergi honeymoon . Kalau nak pergi honeymoonkan mesti berdua ? Jadi saya tolong jagakan anak diaorang ni . Keluarga dia? keluarga diaorang duduk jauh susah nak hantar dan ulang alik nanti ." Aku tersengih macam kerang busuk .
"Ouh . Tapi kan bos, kenapa eh muka budak dia macam muka bos?"
Aku terkedu . Adoi janganlah kantoi.
"Ye ke? Perasaan awak je kot"
"Emm .. bos , saya nak pegang sekejap dia boleh?"
"Ehhh . Boleh boleh . Lama lama pun tak apa "
Siti mengambil Danny di dalam dukungan ku. Aku melepaskan nafas lega . Naik lenguh tangan aku dukung budak kecik ni . Walaupun dia ringan .
"Comelnya dia bos . Muka putih je . Nama dia siapa bos?" Tanya Siti . Tangannya dari tadi duk usik pipi tembam si Danny. Sesekali dia mengagah Danny.
"Nama dia Danny"
"Sedap nama dia bos . Tapi kan bos kenapa muka dia berkerut kerut je?"
"Berkerut? Mana?"
"Ni"
Siti menunjukkan wajah Danny yang berkerut itu . Sampai merah merah dia berkerut . Kenapa nak menangis ke?
"Saya rasakan bos . Dia membuang kot?"
"Membuang ? Dia buang apa?"
"Berak lah bos"
"Hah berak? Bagi sini Danny tu"
Aku mengambil semula Danny daripada Siti . Aku dapat menghidu bau yang kurang menyenangkan kan . Memang betul lah dia ni berak . Aduhai si Danny ni wrong time lah Danny wrong time!!
"Siti hari ni saya tak ada apa apa appointment kan?"
"Jap saya check"
Siti mengambil ipadnya .
"Tak ada boss"
"Okay cun. Hari ni saya tak nak siapa siapa kacau saya"
"Baiklah bos "
***
Diapers Danny di buka . Dengan hujung jari sahaja dia memegang diapers itu . Dato Ahmad Danial melihat tahi Danny. Ada kuning kuning sikit . Eee!! Pengotor !!
Hidungnya di kepit . Diapers Danny tadi di buang ke dalam tong sampah . Danny di bawa ke dalam singki . Paip di buka . Dato Ahmad Danial sempat melihat tangannya .
"Aku kena guna tangan ke nak cebok Danny? Aduhai !! Mama tolong Danial!!"
Cakap Dato Ahmad Danial sendiri di hadapan cermin besar toilet itu . Rasa nak nangis je .
Dengan perlahan Dato Ahmad Danial meletakkan tangannya di punggung Danny. Matanya terpejam sambil mengosok punggung Danny. Sabun di tepi di ambil sedikit dan mengosok semula punggung Danny. Selesai mencebok Danny , Dato Ahmad Danial menghidu tangannya . Dato Ahmad Danial melepaskan nafas lega . Nasib tak ada bau .
Danny di bawa semula ke dalam bilik pejabatnya . Danny di letakkan di atas sofa .
"Alamak!! Aku mana bawa diapers danny" Dato Ahmad Danial menepuk perlahan dahinya .
"Danny , daddy lupa bawa diapers Danny lah . Macam mana ni?" Tanya Dato Ahmad Danial kepada Danny .
Danny yang tidak faham itu hanya menunjukkan gusinya sahaja . Gengaman kecilnya di tepuk tepuk . Mungkin dia suka dera daddy dia .
"Terpaksa lah aku kena beli . Jom Danny"
Dato Ahmad Danial mendukung Danny dan bawa keluar dari biliknya . Dia sempat mengatakan kepada Siti yang dia mahu keluar sekejap .
***
Vote and comment. Thanks!
YOU ARE READING
My Super Daddy ✔
Short Story030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu dia hanya duduk seorang diri kini dia kena duduk bersama seorang bayi . Lelaki , mestilah rasa kekok...