"Mak tom , Danny dah bangun?" Tanya Dato Ahmad Danial bila sudah duduk di meja makan . Mak tom datang dari dapur sambil membawa semangkuk bihun .
"Tadi Mak tom tengok , dia tak bangun lagi"
"Tak apa lah kejap lagi Danial tengok"
Dato Ahmad Danial mengaut bihun ke dalam pinggannya . Mak tom yang sudah menuangkan air itu di letakkan di hadapan Dato Ahmad Danial.
Selesai dia makan . Dia naik ke ruang atas untuk melihat Danny sebelum dia pergi kerja . Bilik Danny di tuju .
Sejak Mak tom ada , Danny tidak lagi tidur bersamanya dan Danny pun tak ada meragam sangat . Cuma kadang kadang tu dia nak susu dia akan nangis.
Danny yang berada di dalam baby coat itu di lihat . Dengan perlahan dia mengangkat Danny. Pipi Danny di kucup sayang . Rambut nipis Danny di usap perlahan .
"Daddy nak pergi kerja . Danny jangan nakal nakal eh" ujar Dato Ahmad Danial perlahan .
Dato Ahmad Danial mencium pipi Danny lagi sekali . Kemudian dia meletakkan semula Danny ke dalam baby coat.
***
"Morning siti " Dato Ahmad Danial menegur Siti dengan senyuman di bibir .
Siti yang dengar Dato Ahmad Danial menegurnya terus terbangun . Siti bagaikan terpegun tengok senyuman Dato Ahmad Danial. Hensem sangat!!
"Morning too bos" Siti menundukkan sedikit tubuhnya.
"Hari ni saya ada apa apa meeting or appointment ? "
"Sekejap saya check"
Siti mengapai ipadnya . Jari jemarinya laju menyentuh screen ipadnya .
"Ada . Bos ada appointment dengan syarikat T.A dia orang nak bincang pasal projek dekat Singapura tu "
"Dia orang nak jumpa dekat mana?"
"Dekat syarikat T.A sebab Tengku Abdullah tak berapa sihat hari ni . Jadi dia nak bos pergi sana "
"Pukul berapa dia orang nak jumpa?"
"Lepas lunch nanti"
"Okay . Nanti kalau apa apa lagi , awak jumpa saya dekat bilik ya "
Dato Ahmad Danial tersenyum lagi sebelum dia beredar untuk pergi ke bilik pejabatnya. Siti lagi sekali terpegun . Ya Allah indah sungguh ciptaan mu.
"Bos ni nak goda aku ke apa? Senyum macam tu dekat aku? Mak , Siti tak kuat Mak " Siti terduduk semula dan kerusinya di pusing pusingkan. Tangannya di gentel gentel kan di hujung tudungnya . Dah angau si Siti ni .
***
Dato Ahmad Danial masuk ke dalam syarikat T.A dengan bergayanya . Kot di badan di kemaskan . Tali leher di betulkan supaya tak senget . Rambutnya di rapikan .
Wanita wanita yang lalu di sebelah Dato Ahmad Danial terkaku melihat Dato Ahmad Danial yang segak itu . Ternganga mulut masing masing . Ada yang sampai terjatuh buku dan kertas di tangan . Ada yang terduduk dan ada juga yang menghidu bau minyak wangi Dato Ahmad Danial.
Hiperbola sungguh!! ')
Dato Ahmad Danial yang perasan akan itu hanya berjalan tanpa menghiraukan wanita wanita itu . Dia masih berlagak bergaya . Cover Macho katanya .
"Hai Dato Ahmad Danial, selamat datang ke syarikat T.A" ujar salah sorang wanita itu dan menundukkan sedikit tubuhnya.
Dato Ahmad Danial hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. Apa lagi perempuan tu memegang dadanya yang terasa seperti nafasnya tidak berjalan lancar . Dato Ahmad Danial tersenyum senget melihat reaksi wanita tadi .
Dia terus ke arah lif untuk ke tingkat 14 . Dia menekan butang di tepi dinding mewah itu .
Ting !
Lif telah terbuka . Dato Ahmad Danial masuk ke dalam dan di dalam terdapat seorang pekerja wanita Tengku Abdullah . Wanita itu ke belakang bila Dato Ahmad Danial masuk . Tangannya kuat memegang kertas yang di rapatkan ke dada . Kepalanya sedikit menunduk.
Dato Ahmad Danial mengeleng kepalanya perlahan.
"Tak payah lah takut macam tu sangat . Saya bukannya makan awak pun" ujar Dato Ahmad Danial sedikit mengoda .
Kertas yang di pegang terjatuh bila Dato Ahmad Danial menegurnya. Wanita itu cepat cepat mengutip kertas yang bertaburan itu . Dato Ahmad Danial tersengih . Lalu dia juga membantu wanita itu mengutip kertas . Kertas itu di hulurkan kepada wanita itu .
Ting !
Lif pun tu buka .
"Lain kali pegang kertas tu kuat kuat . Nanti terjatuh macam tadi lagi " sempat Dato Ahmad Danial berpesan kepada wanita tadi . Wanita tadi terasa pipinya hangat sebab menahan malu .
Dato Ahmad Danial keluar dari lif dan menuju ke bilik Tengku Abdullah. Dengan lagaknya seperti tadi tak ubah sikit pun .
"Dato Danial nak jumpa Tengku Abdullah ke?" tanya PA Tengku Abdullah bila Dato Ahmad Danial lalu di hadapan mejanya .
Dato Ahmad Danial hanya mengangguk.
"Mari saya hantarkan"
PA Tengku Abdullah jalan di hadapan dan Dato Ahmad Danial membuntuti PA Tengku Abdullah.
Tuk!! Tuk!!
PA Tengku Abdullah mengetuk pintu terlebih dahulu . Bila dengar suara Tengku Abdullah menyuruh masuk baru PAnya membuka pintu .
"Tengku , Dato Danial dah sampai"
"Suruh dia masuk"
PA Tengku Abdullah mengangguk.
"Tengku suruh Dato Danial masuk"
Dato Ahmad Danial masuk ke dalam . Tengku Abdullah bangun dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Dato Ahmad Danial. Dato Ahmad Danial menyambutnya.
"Duduk lah"
Dato Ahmad Danial menarik kerusi dan duduk berhadapan Tengku Abdullah.
"Jadi apa yang Tengku nak bincangkan? "
"Pasal projek dekat Singapura tu . Projek tu hampir siap . Jadi saya nak Dato pergi ke sana untuk melihat perkembangan projek tu"
Walaupun Tengku Abdullah lagi tua daripada Dato Ahmad Danial , dia masih menghormati Danial sebab Dato Ahmad Danial lagi berpangkat besar daripadanya .
Dato Ahmad Danial terdiam seketika . Dia memikirkan tentang Danny . Nanti kalau dia pergi Danny siapa nak jaga? Eh bukan ke Mak tom ada ? Boleh lah jaga Danny sementara dia pergi Singapura.
"Okay saya akan pergi tengok"
Putus Dato Ahmad Danial. Tengku Abdullah tersenyum . Dalam hatinya bersyukur sebab Dato Ahmad Danial setuju . Sebab dia pun makin tua dan kesihatan pun kadang kadang tak menentu . Nak ke hulur ke hilir dia tidak kuat lagi .
***
Vote and comment. Thanks!
YOU ARE READING
My Super Daddy ✔
Short Story030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu dia hanya duduk seorang diri kini dia kena duduk bersama seorang bayi . Lelaki , mestilah rasa kekok...