"Bangunan ni saya nak tambahkan dekat sebelah itu . Kalau kita tambahkan nanti bangunan itu akan nampak lagi besar . Tapi saya nak tinggikan sedikit . Kalau boleh tinggi setengah bangunan yang dah siap tu"
Dato Ahmad Danial menunjukkan plan nya yang telah di perbaiki semalam . Perkerja pekerjanya mengangguk tanda faham.
Dato Ahmad Danial mengecilkan mata di sebabkan cahaya matahari . Terasa kulitnya yang putih mahu bertukar warna .
"Kalau dah faham. Saya mintak diri dulu "
Dato Ahmad Danial meminta diri . Tak tahan dengan matahari yang boleh merosakkan kulitnya nanti . Ah maklum lah kulit diakan putih . Takut hitam lah tu . Erk menyampah kita nyah .
***
Dato Ahmad Danial melihat suasana malam di Singapura itu . Nampak cantik sahaja lampu lampu yang menyala itu . Tiba tiba rasa rindukan seseorang , siapa lagi kalau bukan anak dia si Danny yang montel .
Dato Ahmad Danial bangun untuk mengambil laptopnya dan dia kembali pada tempatnya tadi . Dato Ahmad Danial membuka app Skype untuk buat 'bidio call' bak kata Mak tom .
Nombor Mak tom di dail . Tak sampai seminit sudah terpampang muka Danny di depan screen . Ala rindu nak gomol pipi montel tu!!
"Danny!! I miss you so much!!" Jerit Dato Ahmad Danial .
Melihat Danny yang tersengih tu membuatkan dia rasa nak balik sekarang juga. Nak peluk , nak cium , nak buat Danny macam teddy bear.
"Danny anak daddy tak rindu daddy ke ? Asyik tersengih je dari tadi . Nampak noh tak rindu daddy . Mengajuk ar gini"
Dato Ahmad Danial menyimpulkan tangannya ke dada dan bibirnya sengaja di muncungkan . Tiba tiba ..
"Daa .. daadd .. daa" panggil Danny. Tangannya mengetuk ngetuk camera telefon .
Dato Ahmad Danial yang tadi mahu merajuk terus tak jadi . Laptopnya di gengam kuat . Mukanya di dekatkan dengan screen laptop .
"Danny cakap apa ? Daddy ? What ? Danny panggil daddy ke ? Omaigod !! "
Dato Ahmad Danial mencium screen laptopnya seolah olah mencium pipi Danny yang montel itu . Ya Allah , geramnya!!
"Danny tunggu daddy tau . Daddy akan cepat cepat siapkan kerja dekat sini . Lepas tu daddy balik . Kita main lagi ps4 sama sama . Nanti kita lawan game zombie pulak . Comfem ar daddy menang punya "
Kata kata Dato Ahmad Danial tadi mengundang ketawa Mak tom . Sakit perut Mak tom ketawakan Danial . Bapak jenis apa lah ni , anak dia baru 6 bulan nak ajak main game sesama .
"Apa lah Danial ni , anak Danial baru 6 bulan nak ajak main game sekali apa jadah nya? "
"Alah Mak tom, dengan Danny je yang Danial boleh bawak geng . Tak akan lah Danial nak ajak Mak tom main sekali game dengan Danial "
"Apa salahnya , Mak tom pun nak main ps4 . Mana tahu Mak tom boleh kalahkan Danial"
"Tak akan punya . Sebab ni , King of the game "
Dato Ahmad Danial menepuk nepuk dadanya . Tanda bangga Ahaks!
Mak tom mencebik menyampah .
"Okay , balik nanti kita lawan . Kalau Mak tom menang . Danial kena belanja Mak tom . Deal?" Mak tom mengangkat keningnya berkali kali .
"Okay deal" Dato Ahmad Danial menyahut cabaran. Dia ni pantang di cabar .
"Dah lah Danial. Mak tom nak tutup ni , sebab dah malam sangat ni . Nanti Danial bidio call lagi"
"Berapa kali Danial nak cakap bukan 'bidio call' lah Mak tom tapi video call . Aduh Mak tom ni . Yela , bye bye Danny. Good night hero kecik daddy "
Dato Ahmad Danial berikan flying kiss kepada Danny sebelum menamatkan panggilan. Dato Ahmad Danial menggelengkan kepalanya bila teringatkan perangai Mak tom yang macam anak remaja sekarang. Dunia makin maju sekarang .
***
Dato Ahmad Danial menarik beg rodanya . Akhirnya, selama seminggu duduk dekat Singapura dan sekarang dah sampai Malaysia . Tak sabar nak jumpa si hero keciknya .
Dato Ahmad Danial menilik jam di tangan sambil beg rodanya di tarik . Sedang menilik jam nya tiba tiba dia terlanggar seseorang.
"Ouch"
Adu orang yang dilanggar oleh Dato Ahmad Danial. Dato Ahmad Danial mengangkat wajahnya untuk melihat siapa yang dia langgar . Dato Ahmad Danial tergamam melihat keindahan ciptaan Allah di hadapannya. Cantiknya dia!
"Maafkan saya sebab langgar Encik" Wanita itu mengangkat wajahnya . Wanita itu terkaku melihat Dato Ahmad Danial. Kenapa dia yang aku langgar ?
"Hello"
Wanita itu melambaikan tangannya di hadapan wajah Dato Ahmad Danial .
"Erk .. ye" Dato Ahmad Danial mengosok pelahan belakang tengkuknya bila terasa malu tenung anak orang terlalu lama .
"Saya mintak maaf sebab langgar encik" Wanita itu menundukkan sedikit tubuhnya.
"Eh, tak apa tak apa . Salah saya juga" Dato Ahmad Danial tersengih menunjukkan lesung pipitnya yang terletak cantik di kedua belah pipinya .
"Saya mintak diri dulu . Maaf again . Assalamualaikum " Wanita itu membalas senyuman Dato Ahmad Danial dulu , sebelum dia beredar.
"Waalaikumussalam" balas Dato Ahmad Danial perlahan .
Dato Ahmad Danial melihat wanita itu sampai hilang dari pandangannya . Rasa berdegup kencang hati dan jantungnya . Kenapa rasa begini? Ahhh mama , anak mama ni dah jatuh hati ke?
***
Vote and comment. Thanks!
YOU ARE READING
My Super Daddy ✔
Nouvelles030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu dia hanya duduk seorang diri kini dia kena duduk bersama seorang bayi . Lelaki , mestilah rasa kekok...