1.8

15.2K 556 14
                                    

Dato Ahmad Danial jalan dengan perlahan menghampiri Merissa yang sedang duduk membaca di meja kerja Danial . Kakinya terjengket jengket seperti pencuri yang ingin mencuri .

Dato Ahmad Danial makin mara ke arah Merissa . Merissa yang sedang tekun baca novel itu langsung tak perasan dengan kehadiran Danial .

"Cuba teka siapa?" Dato Ahmad Danial menekup kedua mata Merissa . Dia tidak menekan terlalu kuat sebab nanti akan menyebabkan mata Merissa sakit .

Merissa tersentak tiba tiba . Kedua tangannya memegang lengan Danial . Novel terus terlepas dari pegangannya.

"Dah kenapa tutup tutup mata orang ni . Lepaslah" Merissa menarik jari jemari Danial . Tapi Danial masih tidak mahu melepaskan .

"Teka lah dulu, siapa?" Dato Ahmad Danial masih mahu berteka teki .

"Ish!! Lepaskan lah . Mata saya sakit lah awak tekup macam ni"

"Alah baru nak main tutup tutup mata" ujar Dato Ahmad Danial seperti kecewa .

"Tak payahlah nak jadi budak budak sangat" marah Merissa . Dia masih sakit hati dengan Danial sebab petang tadi .

"Sayang kenapa marah sangat dekat abang? Kalau sebab pasal petang tadi abang dah mintak maafkan" Dato Ahmad Danial tarik tangan Merissa bangun dan duduk di atas tilam .

Merissa hanya menurut . Tak suka nak membantah buat masa sekarang . Kang mesti jadi lebih teruk .

Merissa hanya diam . Wajah Danial langsung tak pandang . Entahlah hati ni tak tahu kenapa senang sangat nak merajuk dan terasa .

"Sayangggg~" panggil Dato Ahmad Danial meleret . Wajah Merissa di angkat dengan menggunakan jari telunjuk . Wajah Merissa yang masam itu di pandang .

"Emm"

"Kenapa ni?"

"Emm"

"Sayang marah abang lagi ke?"

"Emm"

"Asyik emm je kenapa?"

"Emm"

"Abang cium bibir sayang kalau sayang cakap emm lagi"

"Emm"

Cup!!

Terbeliak mata Merissa . Tergamam bila Danial tiba tiba cium bibirnya . Tangannya turut terkaku . Tak bergerak seinci pun .

Dato Ahmad Danial mendalamkan lagi ciumannya . Kepala di sengetkan .

Lama kelamaan Merissa juga turut hanyut dengan ciuman Danial .
Tangannya naik melingkari leher Danial .

Dato Ahmad Danial melepaskan ciumannya bila rasa penafasannya semakin berkurangan .

"Sayang jangan lah marah abang lagi . Sayang tak sayang abang ke?"

Merissa memandang wajah Danial . Wajah ini lah yang selalu datang ke dalam mimpinya . Wajah ni lah yang dia paling sayang dan cintai . Wajah ni lah yang selalu membuat dia rindu kepada tuannya .

"Rissa dah tak marah abang dah . Tapi entah lah hati Rissa ni selalu sangat tersentuh . Benda perkara remeh pun boleh buat Rissa menangis tiba tiba . Rissa pun tak tahu kenapa dengan Rissa"

"Mungkin sayang mengandung kut . Sayang ada datang period?"

Berkelip kelip mata Merissa bila Danial tiba tiba sebut 'mengandung' . Ikut pengiraan, dah dua tiga minggu dia tak datang period . Tapi kenapa dia tak rasa sindrom sindrom orang mengandung?

Masa dia mengandungkan Danny pun dia ada rasa mual, pening kepala, selalu cepat letih, mengidam nak makan macam macam . Tapi ni tak ada pun . Betul ke dia mengandung?

"Maybe . Tak apa lah, esok Rissa check . Sekarang Rissa nak tidur" Merissa menarik selimut untuk menutup tubuhnya .

Dato Ahmad Danial bangun untuk baring di sebelah Merissa . Dato Ahmad Danial turut masuk ke dalam selimut . Tubuh Merissa di tarik ke dalam pelukan.

Merissa tak menolak atau membantah . Merissa turut memeluk tubuh Danial . Wajahnya betul betul di dada Danial .

Dato Ahmad Danial mengucup ubun ubun rambut Merissa .

"Good night sayang" Bisik Dato Ahmad Danial perlahan.

"Good night too" balas Merissa .

Dan mereka pun terlena dengan nyaman dan tenteram . Sama sama menujukan ke dalam mimpi yang indah bersama . Ceh!!

***

Merissa duduk di dalam bilik bersama Danny . Merissa hanya memerhati Danny yang sedang bermain dengan mainannya yang di teraburkan .

Danial dah pergi kerja awal awal pagi tadi . Teringatkan 'peristiwa' malam tadi membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman . Ada je benda tak senonoh dia nak buat . Nasib sayang!!

Berpaut kening Merissa bila teringat yang Danial mengatakan dia mengandung semalam . Baik aku check!!

"Danny tunggu sini tau . Jangan berani berani keluar bilik . Mummy tahu, mummy babab nanti" pesan Merissa pada Danny yang sibuk bermain itu . Entah faham ke tidak si Danny tu .

Merissa bangun, laci almari di buka untuk mengambil pregnant test . Kemudian Merissa masuk ke dalam bilik air .

Merissa lakukan mengikut step by step . Selesai itu, Merissa mengengam kuat pregnant test itu . Mata di pejamkan . Hatinya berdebar menunggu keputusannya .

Dengan perlahan Merissa membuka matanya dan melihat pregnant test tersebut .

Positif!!

Merissa tersenyum mengukirkan senyuman bahagia . Tak sabar nak bagi tahu suaminya . Merissa simpan semula pregnant test itu ke dalam laci almari .

Merissa menuju ke arah Danny . Danny di bawa ke dalam pelukan .

"Danny, lepas ni Danny dah jadi abang . Danny suka tak?" tanya Merissa . Danny berkelip kelip matanya melihat mummy nya yang tersenyum itu . Lama lepas tu dia turut tersenyum .

"Baaa .. maaa" kata Danny . Walaupun tak faham apa yang di katakan tapi Merissa tetap tersenyum .

Seluruh wajah Danny di kucup penuh kasih sayang . Danny lah yang membuatkan dia mempunyai semangat yang kuat untuk terus kan hidup walaupun tiada siapa yang membantu ketika dia dalam kesusahan dulu . Danny lah yang selalu jadi tempat dia meluahkan semua perasaan dan bersama Danny lah dia berkongsi bahagia dan duka bersama .

***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now