0.7

15.8K 688 13
                                    

Merissa memegang dadanya terasa sakit kerana jantungnya terlalu laju berdegup. Merissa membetulkan sedikit tudung .

Kenapa terlalu cepat aku jumpa dengan dia ? Aku tahu dia tak kenal aku sebab dulu aku tidak bertudung dan sekarang aku dah bertudung . Aku bersyukur Allah menunjukkan jalan yang benar untukku.

Dulu dia terlalu lalai dengan hasutan syaitan dan dulu dia tumpas dengan nafsu . Tak ingat tentang dosa yang di tanggung selama ni.

Tapi kenapa dia makin hensem sekarang ? Muka Arab dia tu buat aku asyik terbayang sampai sekarang . Jambang dia yang halus tu . Ya Allah kenapa hensem sangat ?

Dia baru balik dari mana ? Dengan beg rodanya ? Dan aku tak nampak pun dia membawa danny tadi . Di manakah dia meletakkan Danny ? Hatinya mula resah .

Ya Allah kau selamatkan anakku Ya Allah . Lindungi lah dia dari sebarang malang petaka .

Doa Merissa di dalam hati . Sesekali dia menilik jam di tangan .

"Kenapa papa lambat sangat ambik aku ni . Kata dah sampai tapi batang hidung pun tak nampak"

Meriss mengeluh panjang . Baju jubahnya di betulkan . Di sebabkan dia jatuh tadi habis senget benget jubahnya .

***

Dato Ahmad Danial turun dari keretanya . Dari jauh dia nampak Danny dengan Mak tom sedang duduk bermain di laman rumah . Dato Ahmad Danial berlari anak meninggalkan beg rodanya untuk mendapatkan Danny .

Mak tom sengaja mendirikan Danny supaya Danny nampak daddy nya dah pulang . Danny yang sudah nampak daddy nya, apa lagi terkinja kinja lah dia . Kaki dengan tangan tak boleh nak duduk diam . Dengan mulutnya lebar terbuka luas .

Dato Ahmad Danial mengambil Danny dari Mak tom dan di peluk tubuh kecil Danny. Sampai terbaring Dato Ahmad Danial. Danny di letakkan di dadanya . Pipi montel dibawa ke bibirnya untuk dicium . Sekarang dia dah ada gelaran baru untuk Danny , nak tahu apa? Kejap lagi daddy beritahu .

Mak tom tertawa kecil melihat anak beranak itu . Gembira dia melihat senyuman lebar Danial dan Danny . Kasih seorang ayah terserlah di wajah Danial.

"Hai bambam daddy" Dato Ahmad Danial mengigit tangan Danny yang tembam itu menggunakan bibirnya . Danny apa lagi , sekali dia lepuk muka Dato Ahmad Danial terus terjerit Dato Ahmad Danial mengadu sakit .

Mak tom memegang perutnya terasa senak ketawakan Danial. Padan muka!!

"Ouch sakit lah Danny. Si bambam daddy ni kan , tak sayang daddy ke?"

Dato Ahmad Danial mencebik bibirnya tanda merajuk . Danny yang seperti tahu yang daddy merajuk , dia mencium pipi Dato Ahmad Danial. Habis penuh pipi Dato Ahmad Danial dengan air liur Danny.

"Kenapa Danial panggil Danny bambam ? Panggilan baru untuk Danny ke?"

"A'ah . Sebabnya ialah , Danny kan tembam . Tengok pipi dia yang macam telur ni . Dengan tangannya yang macam ulas durian . Ish! Rasa nak gigit je" Dato Ahmad Danial mengacah ngacah mahu mengigit tangan Danny .

"Tapi kenapa bambam? Rasa macam kelakar je bila Mak tom dengar"

"Apa lah Mak tom ni . Sedap apa panggilan manja Danny tu . Mak tom je yang tak tahu . Yang Mak tom tahu layan insta , facebook "

"Yang itu dah semestinya Mak tom tahu"

"Tak memandan tua" gumam Dato Ahmad Danial perlahan .

"Apa Danial cakap ? Tua ?" Mak tom menarik telinga Danial . Dia bukan tak dengar apa yang dikatakan oleh Danial tadi . Tua tua tapi berisi tau !!

"Arg .. arghhh .. tak ada apa Mak tom . Mana ada Danial cakap Mak tom tua . Sakit lah Mak tom" menyigai Dato Ahmad Danial menahan sakit . Tangan Mak tom di pegang.

Mak tom melepaskan tarikannya . Dah merah telinga Danial di tarik . Rasa kesian pula . Mesti sakit .

"Lain kali cakap tu tengok tengok orang . Kalau nak kutuk Mak tom jangan kutuk depan depan , kutuk belakang"

Kata kata Mak tom menusuk ke dalam hatinya . Terasa pedasnya di situ . Argh Mak tom pedihnya hati Danial!

"Alah , Iya lah Danial tahu Danial salah . Maafkan lah Danial" Dato Ahmad Danial membuat memek mukanya memohon maaf .

"Tak payah dah buat muka macam tu . Kalau hensem tak apa juga . Lain lah kalau anak Danial yang buat , comfem nampak comel"

Mak tom ketawa kecil lalu mencebik tanda menyampah.

Dato Ahmad Danial menjeling Mak tom . Eleh !! Ajet ajet je tau Mak tom ni . Nasib lah Mak tom ni boleh bawa sekepala sekali . Mak tom jenis yang selamba gila . Walaupun dia dah berumur . Tapi aku nak cakap , Mak tom masih nampak cantik dan muda tau . Ini bukan dugaan tapi memang kenyataan.

"Kalau Danny buat comel , comfem lah Danial buat pun comel "

Dato Ahmad Danial membuat tangannya berbentuk ✅ dan di letakkan ke dagunya yang cantik . Matanya sengaja di kelip kelip kan berkali .

"Menyampah Mak tom dengan Danial . Tak sudah nak perasan . Dah lah Mak tom nak masuk . Bye " Mak tom terus bangun meninggalkan dua beranak itu .

"Alah Mak tom tak akan merajuk kot . Danial gurau je lah" jerit Dato Ahmad Danial. Mak tom yang sudah sampai di depan pintu utama berpaling dan menjelirkan lidahnya .

Dato Ahmad Danial tertawa besar melihat Mak tom berbuat begitu . Danny yang macam faham juga tertawa . Ish! Dah lah mata tu kecik .

"Danny tengok Nek tom tu , macam budak budak"

Dato Ahmad Danial mengusap pipi tembam Danny . Danny mengambil jari Dato Ahmad Danial yang mengusap pipinya ke dibawa masuk dalam mulutnya lalu di isap isap seperti mengisap puting .

"Danny tangan Daddy kotor lah . Jangan lah isap" Dato Ahmad Danial menarik perlahan jarinya dari mulut Danny.

Danny yang tadi menyoyot terus terbantut sebab daddy nya . Bibir Danny mula mencebik keningnya sudah berkerut dan merah dan pecah lah tangisan Danny .

"Alololo . Okay okay , nah isap" Dato Ahmad Danial memberi semula jarinya tapi sebelum dia beri sempat dia mengesat jarinya di baju nak hilang segala kotoran .

Tangisan Danny mula reda . Jari Dato Ahmad Danial di nyoyot . Dato Ahmad Danial mengurut perlahan kening Danny yang merah . Air mata Danny di kesat perlahan . Sayangnya kepada Danny sangat lah tersangat .


***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now