Seperti malam-malam yang biasa, aku duduk berseorangan sambil memetik gitar. Malam? Sebenarnya tiga pagi. Ya. Aku berseorangan pada pukul tiga pagi sambil memetik gitar. Entah lagu apa yang dipetik pun aku tidak tahu. Asalkan ada bunyi sudah.
Selalunya pada waktu-waktu sebegini kebanyakkan manusia sudah lena diulit mimpi, tapi aku tidak. Aku sedang lena diulit intan. Ha! Marah Awie nanti. Aku leka melihat bintang-bintang bertaburan bebas didada langit. Peh! Semacam ayat aku. Haha.
Dulu aku bukan macam ini, dulu aku bekerja hampir 24 jam sehari. Gila! Tapi hendak buat macam mana kan? Ekonomi sekarang bukan boleh pandang sebelah mata saja, memula kau tengok not RM50 ada beberapa helai, seikat. Tidak sampai lima jam, dah tinggal not seringgit je. Poof! Macam habuk dia lesap.
Aku hendak merungut pun tiada guna, tak kemana pun. Hanya menurut sajalah. Aku bukan berani sangat hendak menentang. Setakat dalam media sosial bolehlah. Heh.
Dua tahun aku mengganggur. Sebab apa? Sebab aku malas. Hahaha. Aku malas hendak menghadap karenah manusia-manusia durjana. Itu belum campur dengan karenah dunia lagi. Kusut kepala aku. Disebabkan kemalasan aku itulah, membawa aku kesini setiap malam. Taman permainan usang yang sunyi. Wuu. Seram gila.
Tapi aku suka duduk melepak dekat sini. Senyap. Tiada orang. Sejuk hati aku. Aku suka menyanyi. Walaupun suara tak sesedap artis, muka pun jenis tak laku. Jadi, aku mampu nyanyi dekat sini sajalah. Dapat juga aku leraikan segala kekusutan yang berselirat dalam kepala otak aku ini. Gitarku petik dan aku menyanyi.
"Today is gonna be the day,
That they're gonna throw it back to you,
By now you should've somehow,
Realized what you gotta do,
I don't believe that anybody,
Feels the way i do,
About you now...."
Ahh. Lagu popular Oasis. Lagu yang agak tenang dan senang untuk dimainkan. Aku berhenti seketika. Kotak rokok dikeluarkan daripada poket. Lantas aku nyalakan rokok sebatang. Fuhh! Nikmat."Backbeat,
The words is on the street,
That the fire in your heart is out,
I'm sure you've heard it all before,
But you never really had a doubt,
I don't believe that anybody,
Feels the way i do,
About you now..."Aku sudah tidak peduli dengan persekitaranku. Aku datang sini untuk berhibur. Meluahkan segala masalahku.
"And all the roads we have to walk are winding,
And all the lights that lead us there are blinding,
There are many things that i would like to say to you,
But i don't know why....."Aku seperti sudah dirasuk semangat Liam Gallagher. Aku semakin leka dengan dunia aku. Terasa bagai terapung diudara. Lagu sudah sampai ke klimaks. Puntung rokok aku cucuh ke tanah. Aku tarik nafas dalam-dalam dan bersedia untuk jerit sekuatnya. Korus!
"Because maybe,
You're gonna be the one that saves me,
And after all,
You're my wonderwall."Puas. Itu yang aku dapat. Perasaan yang sukar aku gambarkan lepas menjerit sekuat hati. Melepaskan segala kekusutan hati aku. Tanganku masih lagi memetik kord yang sama, menunggu untuk masuk verse yang seterusnya. Sekali lagi!
TIUNGG!
Sial. Tali gitar aku dah putus. Kacau. Aku mengerling jam dipergelangan tangan aku. Pukul lima pagi.
Aku bingkas bangun untuk pulang. Rokok dinyalakan sebatang. Aku menghembus dengan tenang segala masalah yang tidak sempat aku luahkan tadi. Gitar aku angkat dan kemudian aku hempaskan sekuat hatiku ke tanah. Pecah.
"Masa untuk cari kerja semula." Aku mengeluh.
Pulang aku menuju ke habitat asalku untuk menyiapkan diri menempuh keserabutan dunia dan manusia. Sial.
YOU ARE READING
Matamu Umpama Lohong Hitam
Kısa Hikayehimpunan cerita pendek serta beberapa buah puisi sesat.