🍁 13 🍁

398 39 0
                                    


selesai waktu lunch, Yerin dan Sowon pun kembali semula ketempat duduk mereka. Mereka mengernyit hairan kerana ada satu kertas diatas meja mereka. Semua meja pekerja bahagian disini juga dapat yang sama.

Yerin mengambil kertas tersebut dan membacanya "uwaa, akhirnya syarikat akan buat percutian bersama lagi!"

"Percutian syarikat bersama staff...3 hari 2 malam?" gumam Sowon sambil membaca kertas tersebut.

Borang tersebut ialah borang yang mereka harus isi sebelum ikut bercuti di pulau jeju nanti.

Kemudian Sowon terus membawa kertas itu dan berjalan pergi ke bilik pejabat Seungcheol. Dia harus bercakap dengan Seungcheol tentang kertas borang ni.

.

.

.

Sowon mengetuk pintu, dan seperti biasa, setelah dapat sahutan dari Seungcheol, dia pun terus masuk kesana.

"Waeyo?" tanya Seungcheol yang sedang berkutik dengan laptopnya.

"Ini, awak yang bagi ke?" soal Sowon lalu letak kertas yang dia dapat tadi dihadapan Seungcheol.

Seungcheol melihat kertas itu lalu mengangguk "eoh, aku juga bagi pada semua pekerja yang ada di bahagian ni"

"Saya tak ikut"

"Wae? Ini percutian syarikat. Semua pekerja kena and wajib ikut" balas Seungcheol.

"Kalau tak ikut boleh tak?" tanya Sowon.

Seungcheol menghela nafas "aku tahu, mesti sebab John kan?"

"Yelah, i'm her Mama. Saya mana boleh tinggal anak saya" kata Sowon.

"Bagilah ahjumma Cho jaga. Just for a few days" cadang Seungcheol.

Sowon berfikir sebentar. Memang boleh buat macam tu. Tapi dia risau kalau John akan buat perangai kalau Sowon tak ada dengannya lebih dari sehari.

"Tak boleh, John tak boleh kalau duduk dengan orang yang dia tak kenal lebih dari sehari. Nanti dia akan buat perangai"

"Umji boleh?" tanya Seungcheol lagi.

"Dia sekolah, dia pergi jam 7 pagi dan balik 2 petang...jadi waktu Umji pergi sekolah tu siapa nak jaga?? Ahjumma cho takkan terima kalau nak jaga halftime je"

Seungcheol menggoyangkan pen ditangannya sambil berfikir. Susahlah, kalau macam ni tentu Sowon tak dapat ikut sekali nanti esok.

Apa pun Seungcheol nak sangat Sowon ikut esok. Bolehla mereka luangkan masa bersama sikit.

Evenpun akan ada pekerja² lain bersama nanti :'))

"Nanti balik kerja tunggu aku dekat bawah dulu. Kau jangan balik lagi eoh" pesan Seungcheol.

Sowon memandang Seungcheol hairan "for what?"

"Just tunggu. And borang tu please isi dulu. Pergi or not belakang kira okey" ujar Seungcheol lagi.

Walaupun sedikit hairan dan ragu, akhirnya Sowon pun mengangguk faham dan berjalan keluar dari sana dan pergi duduk semula ditempat kerjanya.

.

.

.

Jam 5 petang, waktu pulang. Seperti yang dijanjikan, Sowon menunggu Seungcheol ditingkat bawa banggunan itu.

Beberapa minit tunggu, Seungcheol pun datang kesana dengan senyuman "kajja ikut aku" ajaknya lalu menarik tangan Sowon tapi Sowon enggan berganjak.

New For New ✔Where stories live. Discover now