six

581 70 6
                                    

"Omma, Dahyun keluar jap nak pergi-"

"Berfoya-foya dengn lelaki? Hah baguslah, murah betul kau ni kan." Mina berpeluk tubuh sambil memberi senyuman sinis.

Tangganya menggempal penumbuk. Mukanya merah menahan marah.

'Ada makhluk tuhan yng mati ni karang.Haihh tak habis habis cari pasal dengan aku'. getus hati Dahyun.

Terus sahaja dia melangkah keluar dari rumah. Kalau di layan, dia juga yang kena nanti. Kena pukul dengan omma.

Sepasang kasut sneakers di rak kasut dicapai lalu disarungkan di kakinya.

[Dahyun]

Buku nota dan pensil aku keluarkan dari poket apron.

"Boleh saya tau apa yang encik nak pesan?"

"D-dahyun?"

Alahai, kat sini pun dia nak muncul ke?

"Hyun, dah fikir?"

Tuhan, tolonglah aku lari dari situasi ini. Sejak dia luahkam perasaan dia semalam aku jauhkan diri dari dia. Malu weyhhh

Ting!

Bunyi loceng menandakan pesanan sudah siap membuatkan aku segera berlalu dari meja Jimin.

Pergelangan tanganku di pegang oleh dia.

"Tolong, aku sayangkan kau." dapat aku lihat matanya berair.

Hati aku sebak. Namun, cepat sahaja aku menepis perasaan itu jauh jauh

Dia melepaskan pergelangan tanganku.

"Maaf"

++++


[Author]

Langkahnya dilajukan. Dia tidak mahu berjumpa dengan Jimin.

Kejadian semalam, hari sebelumnya dan tadi, membuatkan dia tiba tiba sahaja rasa bersalah .

"Dahyun, kenapa?"

Tercungap cungap dia mengambil nafas. Penat berlari dari kantin ke rooftop.

Dia tak menyangka yang Suzy ada kat rooftop.

"Suzy buat apa kat sini?"

"Ambil udara segar. Kau? Tiba tiba datang tercungap cungap macam kena kejar hantu ajek."

"Tu tak penting. Aku nak tanya kau sesuatu ni"

Mereka mengambil tempat duduk di bangku yang disediakan di rooftop.

"Apa bendanya?"

"Apa yang Suzy akan buat kalau ada orang suka kat Suzy?"

"Cemburulah Baekhyun nanti ceh. Okeh okeh kalau ada yang suka eh? Belajar untuk terima dia? Kenapa tanya soalan ni? Bukan kau memang dah ada secret admirer ke? "

Niat Suzy untuk bergurau terbatal pabila dia terlihat muka Dahyun yang serius.

"Aku, dah tahu siapa secret admirer aku

"Siapa?"

"Park Jimin dari BTS."

Suasana terus menjadi senyap.

Skip

"Kau dah fikir betul betul?" soal Baekhyun. Lagaknya tak ubah seperti seorang bapa yang sedang memilih calon suami untuk anak perempuannya.

"Ya, aku kena belajar untuk terima dia. Aku tak nak orang merana disebabkan perasaan sayang pada aku"

"Promise me one thing, kalau dah couple nanti jangan lupakan kitorang. Pinky promise?" Suzy menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Dahyun.

Dahyun mengeluarkan jari kelingkingya, menyambungkan jari mereka berdua.

"Pinky promise."

3:02 p.m.

Dahyun setia menanti ketibaan Jimin.

Dia sudah menyuruh seorang junior untuk menolong memberitahu Jimin yang dia hendak jumpa selepas balik.

"Haih,.sama je macam hari itu, dia lambat lagi"

Dia termenung memandang suasana sekolah yang sudah semakin kosong itu.

Tinggal beberapa orang guru dan murid sahaja lagi.

Angin menampar lembut pipinya yang gebu itu. Pipinya tiba tiba terasa hangat.

Lamunannya terus mati. Dia berpaling ke sebelahnya, mukanya merah padam.

'Dia, cium pipi aku ke tadi?'

"Itulah, aku dah panggil banyak kali dah. Tak dengar juga kena cium baru nak pandang ke? Kau termenung apa tadi? Masa depan kita? Oh ya, nak apa jumpa aku?"

Berdasndas soalan dikeluarkan oleh Jimin. Namun, tiada satu pun yang di jawab oleh Dahyun.

Lidahnya kelu. Dia masih malu tentang hal tadi dan juga pagi tadi.

~•Flashback•~

Perut Dahyun berbunyi meminta untuk di isi. Mana tidaknya? Terus sahaja dia ke sekolah tanpa mengambil sebarang sarapan di rumah tadi.

Dua bungkus choco pie dicapai.Dia berlalu ke kaunter untuk membayarnya.

Baru sahaja dia hendak ke kelas, Jimin berhenti dihadapannya.

"Dahyun, sudikah kau jadi yeochin aku?" Matanya membulat.

Bebrapa orang pelajar yang berada di kantin mula berbisik.

'Biar betul si Jimin ni, tuhan..malunya aku'

Dia segera berlari meninggalkan Jimin yang sedang memegang sekotak coklat di situ.

~•Flashback End•~

"Saya, sudi jadi yeochin awak." panggilan aku-kau sebelum ini terus berubah.

Matanya ditutup rapat..Dia dapat rasakan satu pelukan.

Dia terkejut tapi langsung tidak berbuat apa apa kerana dia mahu.merasa macam mana rasanya dipeluk.

"Gomawo, Dahyunie"

°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
Apa benda yang aku type ni? Urghhh btw Vote lh..penat author perah otak memikirkn jalan cerita.

Happy Jin Day!!
Congrats BTS AND TWICE FOR MAMA AND MMA AND OTHER GROUP AS WELL✨🎊

『✔』 our story || dahminWhere stories live. Discover now