S2- twentyone

484 40 0
                                    

[Dahyun]

Sinaran matahari yang menerbos masuk melalui tingkap kamar tidur milikku dan Jimin membuatkan aku tersedar dari mimpi.

Jimin yang berada di sebelah ku aku pandang.

Dari alis matanya hingga ke bibir. Dia cukup sempurna bagiku

"Jimin-ah, bangun. Nanti awak lambat pergi kerja"

Tubuhnya ku goncang. Dia menggeliat (?) lantas meregangkan tubuhnya

"Good morning, Dahyunnie~" pipiku dikucup dan aku tersenyum.

"Cepat bangun, saya nak pergi bangunkan Myungsoo pula"

Rambut aku ikat menjadi bun

Aku segera pergi ke bilik Myungsoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku segera pergi ke bilik Myungsoo

Tok tok

"Park Myungsoo, bangun. Kamu akan lambat pergi tadika nanti.

Tiada sahutan.

"Myungsoo?"

Aku kembali mengetuk pintu biliknya. Aih budak ni?

"Park Myungsoo! Buka pintu ni"

"Omma?" aku berpaling ke belakang.

"Kamu dah bangun? Habis kenapa pintu bilik kamu terkunci?"

Aku mengusap pipinya perlahan

"Soo nak pergi bangunkan mummy dan daddy sebab Soo bangun awal. Bila Soo nak keluar bilik tiba-ii BAM! baru Soo sedar Soo terkunci pintu"

Myungsoo menceritakan kepadaku dengan ekspresi muka. Comell

"Takpa mummy ada kunci spare untuk bilik Soo. Pergi ambil dekat dalam bilik kat dalam laci meja solek mummy"

Aku mengarahkan anak kecil itu

"Eung!" Myungsoo berlalu pergi dan aku bersandar pada pintu biliknya

"Myungsoo tak bangun lagi?" Suara Jimin membuatkan aku terkejut. Datang tiba-ii siapa tak terkejut? Mahu tercabut jantung aku

"Dia dah bangun cuma pintu bilik dia terkunci. Dia ada kat bilik kita nak ambik kunci spare awak tak perasan ke?"

"Tak pula"

Aku merampas tali leher yang berada di tangan Jimin dan segera memakaikan di lehernya

"Awak nampak segak harini, Jimin"

Aku mendongak melihat muka Jimin. Eh? Dah kenapa cemberut?

"Harini je? Fine!"

Lahaiii sebab itu je ke?

Aku menarik lengannya dan automatik tubuhnya menghadap aku semula

"Park Jimin, suami saya yang hensem, comel dan bagaikan mochi hidup ni..hari-hari pun segak"

Cuba mengambil hatinya semula, aku tersenyum.

"Kim Dahyun, isteri saya yang cantik, comel dan macam tofu hidup ni...dah nampak gemuk"

Whattttt gemuk?! Aku memukul bahu nya bertubi-tubi

"Park Jimin jahat! Panggil saya gemuk, saya benci awak"

Kedua tanganku digenggam erat oleh Jimin.

"Maaf, saya gurau je. Awak tetap sempurna di mata saya, sayang"

Bibirku dikucup Jimin. Lama...

Aku turut hanyut dalam ciumannya. Ia bagaikan kami dalam dunia sendiri

"Mummy, daddy kalau boleh Soo memang nak adik. Tapi sekarang waktu pagi dan adik Rayoon masih tidur. Soo pula perlu ke sekolah dan daddy harus ke pejabat. Harap maklum"

Sungguh petah Park Myungsoo berbicara. Membuatkan ciuman aku dan Jimin terlerai

"Iyalah, Myungsoo. Ni,, kunci spare dah dapat?"

"Dah!!"

Dua gugus kunci dijulang ke udara. Mohonlah jangan comel sangat..mummy rasa nak gigit je kamu ni

"Sekarang dah pukul berapa?" aku bertanya sambil membuka pintu bilik Myungsoo dan menyiapkan beg sekolahnya

"7:46 pagi"

Mataku membuntang, pukul 8 kelas Myungsoo mula dan Jimin ada mesyuarat!!

"Ya tuhan! Cepat siap!"

*****

"Annyeong mummy dan adik Rayoon"

Myungsoo melambaikan tangan ke arahku dan Rayoon yang berada di pelukanku

"Annyeong, sayang. Harini awak ambil Myungsoo kan? Saya mungkin balik lambat. Jadi, kunci je pintu kalau dah lepas pukul 9 malam"

"Hm, jangan lambat sangat. Annyeong"

Kereta Audi milik Jimin pun meluncur laju meninggalkan rumah banglo dua tingkat kami.

Aku pandang Rayoon, Rayoon pandang aku

"It's gonna be a longggggg day, Yoon"

「TBC」

Hehe aku decide nak buat book 2 soo here it is~

Maaf lah kalau ianya makin bertambah bosan ㅠㅠ

Off,
Irah

『✔』 our story || dahminWhere stories live. Discover now