[Dahyun]
"Myungsoo, cepat siap. Kita nak pergi ambil adik Rayoon kat rumah halmeoni Park"
Myungsoo yang ketika itu sedang bermain dengan telefon bimbitku terus berhenti sebaik sahaja mendengar nama adiknya disebut
"Eung!" Aku tersenyum sendirian. Dia makin membesar.
Tiba tiba sahaja aku teringatkan Jimin yang berada di tingkat bawah. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatiku. Namun, cepat cepat aku tepis perasaanku nan satu itu.
Setelah Myungsoo selesai bersiap, aku dan dia segera turun ke bawah.
Dapat aku lihat Jimin sedang menonton televisyen. Dia sepertinya tidak menghiraukan kami berdua.
"Saya dan Myungsoo nak keluar, tak perlu tunggu kami" kataku
Dia masih lagi kaku, menonton televisyen. Aku agak terasa dengannya.
Pintu utama rumah aku buka dan kami pun keluar dari rumah itu.
Awak dah berubah, Park Jimin dan saya tak sukakan perubahan awak ini.
Pedal minyak kereta aku tekan dan keretaku meluncur laju di jalan.
[Jimin]
Aku menunggu di luar rumah omma ku. Nak masuk? Memang tidaklah. Dahyun dan Myungsoo sudah sampai terlebih dahulu daripada aku.
Setelah menunggu hampir beberapa minit, kelibat Dahyun kemudiannya keluar berseorangan.
Pelik dengannya yang tidak membawa kedua dua Myungsoo dan Rayoon, aku mengekori keretanya.
Kereta Honda Civic yang dipandunya kemudia terus masuk ke perkarangan sebuah mall.
Aku nampak seperti seorang psycho yang mengekori dia hm. Selepas itu, dia masuk ke dalam sebuah kafe.
Dapat aku lihat dia bersama seorang lelaki sedang berbual mesra. Dengan hati yang panas membara, aku masuk ke kafe itu dan menuju ke meja mereka.
Pergelangan tangan Dahyun aku capai
"Balik, Kim Dahyun"
Dia masih lagi berdiam diri. Bengang dengan tindakannya, tangan aku naikkan
"Apa? Awak nak tampar saya, Jimin? Tamparlah! Tampar!"
Terkejut dengan perangainya nan satu ini, aku memegang pergelangan tangannya lebih kuat dan menariknya keluar dari kafe itu.
"Lepaskan saya!"
Mata mata yang sedang memerhati kami aku hiraukan.
"Jangan sakiti kaum wanita, Park Jimin"
Aku memaling ke belakang dan wajah Jungkook menerpa pandanganku
"Kau, kau keluar dengan Dahyun sednagkan kau tahu dia isteri aku, kenapa Jungkook kenapa?!"
"Apa aku tak boleh jumpa kawan lama aku? Aku tak boleh berbual dengan dia?"
Malas mahu layan dia, aku segera membawa Dahyun keluar dari mall itu
"Walau apa pun yang terjadi, dengar penjelasan Dahyun dulu, Jimin"
Aku masih dapat mendengar bait kata yang keluar dari mulut Jungkook
"Jimin, awak masih cintakan saya ke?"
Langkahku terhenti. Wajah Dahyun aku pandang. Aku sendiri tidak pasti hendak jawab apa
『✿✿✿』
YOWWWWWWW
NAMPAKNYA S2 DAH SAMPAI PERINGKAT KLIMAKS
PLOT CERITA
PERMULAAM-PERKEMBANGAN-KONFLIKS-KLIMAKS-PELERAIAN
SO,,,TINGGAL LAGI BEBERAPA CHAPTER JEKKK
ANDDD MAKASIH AMA YANG INDONESIA SUDI BACA CERITANYA :)
HAPPY LITTLE EUPHORIA DAY KSJAKWKWMWLSKAMA
JUNGKOOK DAH 21 WEHH
YOU ARE READING
『✔』 our story || dahmin
Fiksi Penggemar[ S1 ] ✔ +Sebuah pertaruhan bodoh yang membuatkan dia mengenal erti cinta. [ S2 ] ✔ +Pabila cinta sudah tiada, apakah pilihan kau? Terus mencintai atau lari meninggalkannya? ["cover book ni cantiklah" "wahhh cantiknya cover!" HAH UDAH UDAH TAK PERLU...