[Jimin]
"Jimin, awak masih cintakan saya ke?"
Langkahku terhenti. Wajah Dahyun aku pandang. Aku sendiri tidak pasti hendak jawab apa
"Kita bincang ni dirumah"
✿✿✿
"Jimin, awak tahu? Kalau awak dah tak cintakan saya awak boleh saja lepaskan saya"
Kata kata Dahyun itu membuatkan aku tergamam.
Mana mungkin aku sudah tidak mencintai dia, orang pertama yang membuatkan aku mengenal erti cinta bukan?
"Awak belum jawab soalan saya lagi, Jimin. Awak masih cintakan saya ke?"
Aku membetulkan duduk sebelum memandang Dahyun kembali. Keluhan berat aku lepaskan
"Awak isteri saya, sudah tentulah saya masih cinta dan sayangkan awak, Dahyun"
Aku memandang Dahyun tepat ke matanya. Dia sedang menangis?
"Seulgi? Awak cintakan dia juga kan?" soalnya dalam keadaan yang tersedu sedan
"Listen, awak isteri saya dan saya sayangkan awak. Seulgi dan saya hanya kawan okay?"
"Tapi, saya pun ada satu soalan, Dahyun"
Dia memandang aku dan mengangkat kening
"Xiumin. Apa hubungan awak dengan dia?"
"Awak tahu, Jimin? Tak pernah terdetik pun dalam hati saya untuk sukakan Xiumin mahupun lelaki lain. Seperti awak dan Seulgi, saya dan Xiumin hanyalah kawan tapi kami tak pernahlah tidur satu rumah"
Kata katanya sedikit sebanyak memberi kesan pada hatiku. 'tidur satu rumah' kenapa masih dibangkitkan lagi isu ini?
"Saya berani bersumpah, Dahyun. Tiada apa yang terjadi malam itu. Percayalah saya"
"Saya dah penat, Jimin. Berapa banyak peluang yang saya sudah beri dan awak bazirkan? Berapa banyak air mata saya keluar kerana awak? Awak buat saya macam patung. Dipeluk bila sedih dan dicampak bila gembira."
Aku memeluk Dahyun dan menenangkan dia. Belakang badannya aku usap perlahan.
"Saya tahu saya teruk. Maafkan saya, Dahyun. Saya berjanji akan jadi lebih baik dan jaga hati awak. Pegang janji saya itu sampai mati"
"Tak perlu berjanji kalau awak tak bileh tepati. Membuang masa awak saja"
Aku tersenyum nipis. Dagunya aku naikkan agar aku boleh lihat dengan lebih jelas wajahnya.
"Isteri saya ni kenapa dingin semacam ni? Mari sini saya cairkan dia"
Bibir kami pun bersatu. Aku suka kami begini.
Tapi tak lama, Dahyun meleraikan ciuman kami dan membesarkan matanya
"Myungsoo dan Rayoon!"
"Kat rumah omma!!" kami separuh menjerit.
"ppali Jimin, saya kata dengan omma sekejap je tinggalkan mereka sekarang dah nak malam ni"
Kunci kereta aku ambil. Enjin kereta aku hidupkan dan kami menuju ke rumah omma aku.
Sesekali Dahyun disebelah aku pandang. Rasa bahagia begini
"Pandang depan, Jimin. Bahaya lah"
"Nak pandang isteri sendiri pun tak boleh"
Aku pura pura merajuk. Nak tahu? Dia langsung tak kesah. Haaa apa ni?!
"Merajuklah saya tak kesah. Dah jadi bapak orang pun nak merajuk lagi tch"
Haa k fine nak merajuk betuk betul. HM!
『✿✿✿』
uwu masalah Dahmin dah selesai! Tinggal Seulgi dan Myungsoo yang keras kepala punya masalah
Dah nak habis dah Our Story S2. Maybe lepas habis ni aku jarang active. Periksa akhir tahun dah nak dekat duhh
Haa bagi sikit pandangan, mana yang patut aku buat dulu sebelum periksa bulan 10 kang
Cruel - yoongi x nayeon
Bangtwice : idol
Just Dance - hoseok x momo
Semua di atas adalah malay ff huehuehue
Babaiiii
YOU ARE READING
『✔』 our story || dahmin
Fanfic[ S1 ] ✔ +Sebuah pertaruhan bodoh yang membuatkan dia mengenal erti cinta. [ S2 ] ✔ +Pabila cinta sudah tiada, apakah pilihan kau? Terus mencintai atau lari meninggalkannya? ["cover book ni cantiklah" "wahhh cantiknya cover!" HAH UDAH UDAH TAK PERLU...