Suara.

1.5K 33 4
                                    

"Tengok tu, dialah yang pelik tu. Entah kenapalah dia boleh diterima dekat sini."

"Si pelik! Si pelik! Baik aku pergi."

"Alamak! Dia datang. Nanti aku dapat bala."

Aku cuba tidak mempedulikan kata-kata mereka. Ianya menyakitkan. Aku berlari masuk ke dalam tandas. Cuba menahan tangisan yang daripada tadi aku tahan. Mana mungkin aku dapat meneruskan kehidupan kalau ini yang selalu aku dapat setiap hari?

"Si pelik tu ada dalam ni. Baik aku cepat-cepat! Nanti dia keluar, mati aku!".

Aku menekup telinga. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Semua ini menyakitkan aku. Aku benci kuasa ini. Aku benci diri aku. Kenapalah aku ditakdirkan untuk semua ini? Kenapa Dia memilih aku daripada berjuta makhluk di muka bumi ini? 

Aku terduduk sayu di muka pintu tandas. Cuba mengenang nasib yang kini melanda diri aku. Aku menghela nafas berat. Selama tujuh tahun aku merana dengan cacian dan umpatan orang ramai. Dan akhirnya, aku tidak dapat menahan rasa. Mana mungkin insan seperti aku dapat bertahan dengan umpatan yang dilemparkan setiap hari?

"Bersabarlah awak. Semua ini ujian Dia. Penat saya cari awak. Awak dekat mana?".

Aku terdiam. Siapa yang 'berkata' itu? Aku membuka pintu dan keluar daripada tempat persembunyian. Kiri dan kanan aku mencari. Mencari insan yang seolah-olah menyuntik semangat kepada aku. Pandangan manusia yang melihat, tidak kuhiraukan. Aku mahu mencari suara hati 'dia'.

"Kalau awak sakit, awak boleh cari saya. Oh, awak cari saya ea? Nanti kita jumpa. Saya harap awak tabah. Bye."

Aku mencari lagi. Suara itu, siapakah dia?

Magik CintaWhere stories live. Discover now