Bab 15

2.8K 35 5
                                    

Mami suruh saya rahsiakan daripada Mikaela. Kalau mami tak suruh pun, saya akan rahsiakan. Gila nak cakap dengan Mikaela? Nanti tak pasal-pasal Mikaela akan bermusuh pula dengan Cikgu Ainan. Lagipun, tak ada siapa tahu yang Uncle Mirza skandal dengan Cikgu Ainan, kecuali saya. Auntie Hani pun tak tahu!

"Sabarlah, Hani..."

"Patutlah Mirza tu lain macam aje. Aku dah agak... Dia mesti ada perempuan lain. Dia nak apa lagi? Aku pun tak tahu! Mentang-mentang perniagaan dia bertambah maju... Dia pun nak maju ke depan juga. Geram betul la aku! Kalau aku dapat perempuan tu Zea, aku ganyang-ganyang dia. Gatai sangat... Anak aku lima tau, bukannya seorang!"

Saya menelan air liur. Bayangkan kalau Auntie Hani nak pergi ganyang Cikgu Ainan... Huh... Perang dunia ketiga. Memang tak la saya nak cerita semuanya. Biarlah rahsia sehingga terbocor sendiri. Lagipun, betul ke Uncle Mirza dengan Cikgu Ainan? Tu pun tak pasti juga, kan? Tak nak la saya jadi nasi tambah! Tak pasal-pasal kalau salah informasi, Cikgu Ainan pula yang kena.

"Kau nampak ke Mirza ada skandal, Hani? Kau jangan main tuduh aje."

"Kalau bercakap telefon, menyorok-nyorok. Bunyi telefon sikit dah menggelabah. Balik pun dah lewat. Kalau keluar pun, dia mandi minyak wangi. Kau rasa apa, Zea? Kalau 'Aun tiba-tiba macam tu, tak ke kau akan fikir seperti apa yang aku fikir?"

Mami terdiam. Apa lagi saya. Tak tahu nak pujuk Auntie Hani macam mana. Dia terlalu kecewa. Kalau saya berada di tempat dia pun, saya akan kecewa. Lee Min-ho Oppa ada gosip pun... Saya dah rasa nak pi Korea cari perempuan tu... Apa lagi Auntie Hani. Heh!

"Aku jaga lima orang anak dia. Dia tak ambil tahu langsung. Aku yang suruh dia jangan kesah, sebab dia ketua keluarga, dia kena kerja. Dia ada tanggungjawab. Tak apa, biar aku kesahkan anak-anak. Ini balasan dia pada aku? Geram betul aku, Zea!"

Hmmm...

"Kasihan Kae, Dael, Fael, Kael dan Hael dapat ayah macam tu. Apa akan jadi dengan aku, Zea? Aku dah la tak kerja. Kalau Mirza ceraikan aku macam mana? Siapa nak bagi makan anak-anak aku? Kat mana pula aku nak tinggal, Zea? Rumah tu dah la rumah dia. Nanti dia halau aku dan anak-anak... Nak merempat ke mana kami berenam ni?"

"Hesy... Apa kau cakap macam ni, Hani? Benda belum jadi apa-apa, janganlah doa bagi jadi. Kau nak ke jadi macam aku ni?"

"Kau tak apa... Tak ada 'Aun pun kau senang. Anak kau seorang aje. Mak ayah pun masih ada. Aku? Mak ayah pun tak ada. Tercampak sorang-sorang kat sini ikut Mirza. Kerja pun tak pernah. Kerja dapur aje aku tahu! Kelulusan? Setakat SPM! Dengan anak lima orang... Ada ke orang nak ambil aku kerja, Zea? Apa yang aku boleh buat pun?"

"Jangan fikir sampai ke situ, Hani."

"Macam mana la tak fikir. Bukan sekali dua dia buat macam ni, Zea. Banyak kali dah. Tapi kali ni, menjadi-jadi pula."

Cakap pun tak guna. Apa cara yang mami buat untuk tenangkan Auntie Hani, mami cakap A... Auntie Hani jawab B... Mami cakap Z... Auntie Hani ulang balik A. Sampai bila nak habis? Betul ke Auntie Hani ni kelulusan takat SPM aje... Bukan jurusan undang-undang? Heh!

"Kau sayang tak Mirza?"

"Hah?"

"Sekarang ni kau sayang tak Mirza? Lepas apa yang kau sangka dia buat... Kau masih sayangkan dia atau tak?"

"Mestilah sayang. Dia kan ayah kepada anak-anak aku."

"Jadi, kau kenalah buat sesuatu ke atas diri kau."

Dahi Auntie Hani berkerut. Begitu juga saya. Apa maksud mami?

"Maksud kau?"

"Nafsu lelaki ni satu aje... Yang cantik akan buat dia tertarik. Jadi, kau kena makeover. It's time, Hani... To make some changes. Lagipun setahu aku, kau ada sijil kemahiran buat kek... Buat roti. Kita kena buat sesuatu tentang sijil kau tu. Untuk masa depan kau dan anak-anak. Takkan nak biaq gantung di dinding saja? Lama kau tak asah skil kau tu sejak beranak-pinak ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMIWhere stories live. Discover now