Bab 8

1.6K 27 0
                                    

Tak pasal-pasal mak tok, tok ayah, tok mama dengan tok daddy kena bebel dengan mami dan papa. Kali ini giliran mereka pula yang balas dendam. Yang jadi mangsa... Saya la! Sebab saya yang plan semua... Saya mastermind. Tak pasal kena grounded sampai umur 23 tahun. Hmmm... Sekarang saya tak boleh nak plan apa-apa!

"Lutut pa dia lutut. Pasai otak di kepala lutut la, kahwin. Kalau tak kahwin, tak dak la cerai-berai. La ni siapa punya idea suruh kami menikah? Orang lain pi sampai ke Kutub Utara pun tak payah nak pi menikah dengan beruang kutub... Kami, kena ikut syarat. Kami ni otak lutut ka? Siapa yang otak lutut sebenaqnya? Bila dah jadi lagu ni, kami juga yang kena. Nak buat lagu mana kalau dah tak cinta."

"Cubalah faham. Kami dah cuba. Tapi tak boleh. Bukan tak fikir soal Addie, bukan tak faham kehendak Addie dan semua orang, we did all. Infact we tried to have another baby... Kot la boleh teruskan perkahwinan ni. Tapi, tak ada rezeki. Perpisahan adalah jalan yang terbaik. 'Aun boleh move on dan Zea pun boleh move on. Kita orang masih kawan baik."

Papa peluk bahu mami.

Mami peluk pinggang papa.

"Balik Malaysia, dah start kerja... Semakin sibuk. Addie pun dah sekolah, tambah lagi sibuk. Banyak benda berubah. Duduk satu rumah, tapi tak ada benda nak cakap. Sekarang, dah bercerai... Banyak benda boleh sembang. Better this way. Kalau kahwin tapi macam stranger, buat apa? Mungkin dengan kehilangan, kami boleh jumpa each other balik. Still need time."

"Biar Allah SWT yang plan. Kami tak kesah kalau dalam takdir Allah SWT tu... Kami akan bersama balik, kami akan bersama. Kami tak tolak. Tapi, buat masa sekarang... Biarlah 'Aun dan Zea find ourself back. We never know, at the end of the story... Mungkin 'Aun dengan Zea balik, atau mungkin juga dengan orang lain. Tapi buat masa sekarang, neither Zea nor I... Ada orang lain dan perpisahan ini bukan sebab ada orang lain pun."

"It's just we're not happy with each other macam dulu. Tu aje. The past is a place of reference not a place of residence, so stop looking for happiness in the same place you lost it. Sebab tu, ini jalan yang terbaik dan kami harap, hangpa semua faham."

Every story has an end.

But in life of every ending is a new beginning.

Nak buat macam mana...

Panjang lebar dah mami dan papa terangkan...

Akhirnya...

Doa saja yang mampu untuk menunjukkan arah yang lebih baik.

"It's okay, sayang... Papa akan duduk semula kat rumah kita as mami's plan. Jadi, Addie tak perlu pindah-pindah lagi. Papa rasa, this is the best solution for you right now. Lagipun, Addie tak boleh cakap tak nak. You dah agreed... Papa ada bukti."

Saya mencebik.

Tu la...

Menyesal tak baca dulu isi kandungan dalam agreement yang papa tulis dalam tablet tu. Terang-terang dah catat...

Apa saja yang mami dan papa cakap, Addie kena setuju dan ikut sehingga Addie berusia 23 tahun. Apa saja yang mami dan papa buat untuk Addie, is for your own good.

Sekarang...

Terikatlah!

"Tak apalah. Mungkin ini yang terbaik buat mami dan papa awak. Okey apa... Solution tu, Addie. Win-win situation!"

"Hmmm..."

"They still want the best for you. Despite of their separation, kan... Mereka masih berbaik-baik dan mahu bersama awak. Bayangkan perceraian ibu bapa orang lain... Awak tak akan dapat mami dan papa yang macam ni. Saya fikir, kena la bagi mereka masa. Time will eventually work things out. Be patient. Be understanding."

"Itulah yang saya tengah cuba untuk buat. Mak tok dan tok ayah pun dah balik ke Sungai Petani. Sekarang rumah tengah bersepah dengan pasir dan batu... Mereka tengah buat rumah untuk papa gantikan stor garaj belakang rumah saya."

"Great."

"Saya fikir-fikir balik kan, Kae... Saya sebenarnya selfish. Saya sibuk mahukan mereka bersama, tak fikir pun soal apa yang mereka mahukan sebenarnya. Mereka tu, tak pernah pun fikir soal diri mereka... Sejak kecil apa yang mereka buat, semuanya mak tok, tok ayah, tok mama dan tok daddy yang tentukan. Sampai ke hal jodoh pun..."

Hmmm...

Fikir-fikir balik...

Saya memang pentingkan diri sendiri.

Pasal kena pindah aje pun, pasal tertinggal buku aje pun, pasal kawan baik dok tempat lain aje pun... Itu pun saya dah buat perangai. Tak ada pun saya nak fikir kehendak mereka.

"Saya reda la..."

"Reda apa?"

"Kalau cerita mami dan papa saya tu, dah tamat."

"Mungkin Allah SWT akan berikan jalan cerita yang lebih baik selepas awak reda dengan jalan cerita yang mengecewakan awak... Kan? Aminnn..."

"Aminnn... Thanks, Kae... Tapi saya tak boleh blah dengan idea awak yang suruh saya lari dari rumah tu!"

"Ehhh... Saya tak suruh awak lari tau. Saya suruh awak pretending aje!"

"Yalah tu!"

Mikaela ketawa.

Tiba-tiba...

Seorang lelaki... Masuk.

Saya memandang Mikaela.

"Cikgu baru?"

Terus dia...

"Bangun kelas... Selamat pagi, cikgu."

Dan satu kelas mengucapkan selamat pagi, mengikut Mikaela. Mikaela merupakan ketua kelas dan saya ialah penolongnya. Mikaela lebih baik jadi ketua kelas daripada saya, sebab budak kelas semua takut dengan dia. Dia garang. Dia kata, sebab dia ada empat orang adik lelaki dan dia terpaksa garang! Saya pun sebenarnya takut dengan dia juga walaupun saya acah-acah berani aje.

"Selamat pagi, semua. Duduk. Saya, Cikgu Ku... Saya menggantikan Cikgu Lee. Dia tak sihat. Saya akan menggantikan dia, buat masa sekarang. Tak tahu sampai bila. Jadi saya nak tahu, setakat mana yang awak belajar sebelum saya mulakan kelas. Siapa ketua kelas?"

"Saya, Hana Mikaela."

Mikaela bangun.

"Her deputy?"

"Saya, cikgu. Adeena Aurell."

Saya pun bangun.

Cikgu Ku memandang saya.

"Adeena, bawa buku teks ke depan."

Terus saya ambil buku dan bawa ke meja depan. Cuak. Gila tak cuak. Tiba-tiba saya pula yang kena.

"Setakat mana Cikgu Lee dah ajar?"

"Hmmm... Setakat"

Saya selak buku teks matematik tu. Sedang saya selak...

"Adeena Aurell binti 'Aun Adwa' bin Wahi... Is it?"

Dahi saya berkerut. Terus terhenti selak. Rasanya saya tak beritahu pun saya binti 'Aun Adwa'. Sampai nama tok daddy pun Cikgu Ku tahu. Mana Cikgu Ku tahu ni?

"Haah."

"How's your mami and papa, Addie? Sihat?"

Errr...

Cikgu Ku senyum.

Saya bertambah pelik.

Macam mana Cikgu Ku tahu nama panggilan saya, Addie? Kat sekolah ni, semua orang panggil nama saya, Adeena. Hanya Mikaela panggil saya, Addie. Dia kenal mami dan papa saya ke?

"Muka surat ni ke?"

"Ya."

"Okey kelas... Buka muka surat 73. Thanks, Addie. Please return to your seat."

Saya mengangguk. Cikgu Ku senyum. Dan senyumannya mengingatkan saya pada seseorang.

Macam senyuman papa!

But, who is he?

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMIWhere stories live. Discover now