Kata-kata Mikaela buat saya terfikir...
Sekarang cerita saya dah macam sinetron pula. Takkan papa sakit menyebabkan papa ceraikan mami pula? Kemudian papa cakap pada Cikgu Ku untuk jaga saya dan mami.
Hmmm...
Persoalannya...
Kenapa Cikgu Ku? Kenapa Cikgu Ku yang kena jaga saya dan mami? Kenapa bukan tok daddy, tok mama, tok ayah ataupun mak tok? Ke sebab Cikgu Ku dan mami pernah bercinta dulu? Yalah, dulu kan mami lebih banyak masa bersama Cikgu Ku berbanding dengan papa. Mungkin rasa cinta tu ada terpalit. Atau Cikgu Ku aje yang minat kat mami?
Hesy...
Memang sinetron sangat!
Dah macam mak tok pula yang suka sangat tengok sinetron. Kalau tok mama... Dia gilakan channel HBO. Dia kan mantan cikgu bahasa Inggeris. Mami pula penggemar cerita Tagalog. Saya? Ahhh... Oppa saya la. Heh...
Kalau teori Mikaela tu betul...
Papa sakit apa?
Mikaela ada cakap pasal lakonan...
Hmmm...
Tiba-tiba saya teringat lakonan papa di dalam hospital sewaktu saya demam tempoh hari. Papa ada sebut...
Hodgkin's lymphoma in my lymphatic system...
Kenapa sebut penyakit yang susah-susah? Kenapa tak sebut saja, kanser hati ke, kanser tulang ke... Itu kan lebih mudah nak sebut? Nama pun skrip olok-olok kan? Adakah mudah bagi papa untuk menyebutnya sebab papa betul-betul ada penyakit tu?
Saya menekup mulut...
Rasa nak menangis!
Kalau teori Mikaela tu betul, besar sangat pengorbanan papa terhadap saya dan mami. Sanggup dia nak melihat saya dijaga baik oleh Cikgu Ku. Mungkin papa anggap, Cikgu Ku saja orang yang sesuai untuk menggantikan tempatnya kerana Cikgu Ku dah biasa gantikan tempat papa, sewaktu di London dulu.
Sebab itu la...
Papa memilih Cikgu Ku.
"It's only a theory. Janganlah sedih sangat, Die."
"Gila tak sedih. Kalau teori awak ni betul, macam mana, Kae?"
"Sebelum kita judge... Kita kena melihat simptomnya terlebih dahulu untuk mengesahkan yang papa awak ada penyakit tu."
Simptom!
Betul la!
Saya pandang Mikaela.
"Awak tahu tak Kae, kenapa saya ni bijak?"
"Kenapa?"
"Sebab saya berkawan dengan orang yang bijak!"
Mikaela ketawa.
"Ada seringgit tak? Tekak kering. Dapat makan aiskrim lime dan vanila pun sedap juga ni."
"Bijak mengambil kesempatan pun ya juga!"
Lagi besar gelak Mikaela.
"Mami..."
Sebaik saja saya balik dari perjumpaan yang serius tu, saya terus ke dapur. Mami sedang membakar piza untuk malam nanti. Belum siap... Satu rumah dah semerbak dengan bau piza!
"Tak nampak kereta papa pun. Is he back yet?"
"Kalau tak ada kereta, tak baliklah lagi, sayang."
"Tapi, dah nak maghrib."
"Belum balik dari site kot. Belum habis kerja. Kan papa dah kata... Habis kerja awal, dia akan balik awal."
"Atau... Dia pi treatment?"
YOU ARE READING
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI
Fiksi UmumTajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.