Cikgu Ku tu memang sesuatu...
Tapi itu tak penting sangat sekarang ni.
Yang penting, kalau Uncle Mirza tu jadi kahwin dengan Cikgu Ainan. Mikaela bakal mendapat Hannan sebagai kakak tiri.
Hannan?
Kakak tiri Mikaela?
Hannan, ketua pengawas yang suka buli dan denda saya tu? Memanglah Mikaela nak sangat ada kakak tapi... Seorang Hannan cukup untuk rosakkan satu Malaysia. Kalau saya, bagi percuma pun saya tak ambil la Hannan sebagai kakak saya.
Cikgu Ainan tu... Janda anak seorang. Anak dia Hannan tu, tua dua tahun daripada saya dan Mikaela. Pelik, anak dia tak baik dengan Mikaela tapi Cikgu Ainan tu baik sangat dengan Mikaela. Tak faham kenapa Hannan tak baik dengan Mikaela. Selalu saja cari pasal. Bukan saja dengan Mikaela, dengan saya pun Hannan tak baik.
Saya akan rasa bersalah kalau saya tak beritahu Mikaela apa yang saya dengar tadi. Mungkin saja Uncle Mirza bergurau. Harap sangat ini semuanya gurauan. Tapi, pelik betul. Cikgu Ainan baik dengan Mikaela tapi, anaknya Hannan... Pantang nampak Mikaela. Masalahnya, kami tak pernah cari gaduh pun. Hannan saja yang suka cari pasal!
Ke...
Hannan tahu hubungan Cikgu Ainan dengan Uncle Mirza tu? Sebab tu la dia angin sangat dengan Mikaela. Pantang bertembung, ada aje benda tak puas hati. Mungkin itu sebab dia tak suka Mikaela dan kawan-kawan Mikaela... Termasuklah saya. Dia tak mahu ayah baru kot!
Seperti saya...
Kalau boleh saya mahukan papa menjadi papa saya. Saya tak nak orang lain. Saya tak nak Cikgu Ku. Kecualilah kalau papa ada buat silap... Contoh seperti curang dengan mami. Then, I will hate papa dan berharap mami akan dapat cari orang yang lebih baik daripada papa. Tapi papa bukan Uncle Mirza. There's nothing to hate.
Hanya kerana cinta dah tak ada...
Tak boleh nak paksa perasaan yang sudah kosong.
"Kalau mami paksa Addie buat sesuatu yang Addie tak suka, mesti Addie pun tak mahu, kan? Macam tu la cinta, sayang. Kita tak boleh nak paksa orang cintakan kita atau paksa kita cintakan orang tu. Tak boleh, Addie. It won't work that way. No matter how hard we try... Kalau benda yang dah kosong, tak akan boleh diisi macam tu aje."
Kalau begitu...
Apa sebab Uncle Mirza nak kahwin lain?
Anak dah lima. Anak perempuan ada, anak lelaki pun ada. Auntie Hani sangat baik. Dia jaga rumah, dia jaga semuanya. Tapi, Auntie Hani tu... Memanglah tak terurus sangat. Maklumlah, anak lelaki saja dah empat orang. Selalu dalam keadaan keletihan dan tak terurus. Mujurlah Mikaela anak perempuan yang paling sulung. Boleh juga bantu-bantu Auntie Hani.
Berbanding Auntie Hani dengan Cikgu Ainan...
Jauhlah...
Cikgu Ainan ada kerjaya. Selalu saja cantik dan kemas. Orangnya pun lawa. Auntie Hani pun lawa cuma masa untuk melawa tu... Tak ada. Tapi kan... Auntie Hani tu, pandai buat kek dan roti tau. Cuma tak ada masa aje nak buat. Dulu, sebelum Mihael lahir, ada juga Auntie Hani ambil tempahan.
"Kesian tau dengan Auntie Hani tu..."
"Sebab?"
"Dia nampak sangat letih dan penat. Sampai tak sempat nak cantik-cantik pun. Mami kena buat makeover Auntie Hani tu tau. Bagi meletup."
Mami ketawa.
"So, ini kerja sekolah yang banyak sangat tu? Tiba-tiba nak suruh mami makeover Auntie Hani pula. Why?"
YOU ARE READING
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI
Narrativa generaleTajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.