Bab 2

2.7K 37 0
                                    

Alang-alang dah ada kat rumah mami, bolehlah jumpa partner in crime. Mikaela mesti ada jalan. Mikaela selalu ada jalan.

Hana Mikaela merupakan kawan baik saya sejak saya balik menetap di Malaysia selepas mami dan papa habis belajar di London. Masa tu, rumah ni dah siap. Papa beli rumah ni hasil duit dia bekerja part time sewaktu di London dulu. Kebetulan pula masa darjah satu, kami berdua satu sekolah dan satu kelas. Sejak itu kami tidak boleh dipisahkan lagi. Lagilah, saya tak ada adik dan adik-adik Mikaela pula semuanya lelaki.

Mikaela menjadi kawan baik saya.

Mama Mikaela, Auntie Hani pula menjadi kawan baik mami saya.

"Mami..."

"Hmmm..."

"Pinjam WhatsApp. Nak WhatsApp Auntie Hani. Nak jumpa Kae petang nanti, boleh? Jumpa kat taman."

"Jumpa Kae lepas siap kerja sekolah."

"Okey."

Cepat-cepat saya WhatsApp Auntie Hani. Kemudian cepat-cepat siapkan kerja sekolah. Bila kerja sekolah cepat siap, lama sikitlah dapat jumpa Mikaela. Macam tak dan-dan dah nak jumpa kat sekolah esok.

Memang tak dan la!

Ini antara hidup dan mati!

"Kata duduk rumah tok mama awak malam ni."

"Papa saya pi outstation. Dubai. Dua minggu."

"Yes. Tak adalah bosan ke taman sorang-sorang!"

"Itulah! Jadi kita ada dua minggu untuk plan..."

"Plan apa?"

"Untuk plan supaya mami dan papa saya berbaik dan berkahwin semula dan saya tak perlulah nak pindah-pindah lagi."

"Wah... Saya suka plan macam ni. Tapi, apa plannya?"

Mikaela teruja. Tapi saya pula tak ada keyakinan. Macam mana nak yakin... Saya seorang aje yang berusaha. Tapi mami dan papa tak dak effort pun! Masalahnya bukan saya yang bercerai. Mereka yang bercerai tapi mereka tak berusaha pun nak kahwin semula. Semakin susahlah rancangan saya kalau tak dak kerjasama.

"Tapi saya..."

"Saya apa?"

"Tak yakinlah, Kae! Macam susah aje nak suruh mami dan papa saya tu baik balik. Masing-masing nak mengelak aje bila saya suruh depa fikir balik keputusan depa tu."

"Hmmm..."

"Tapi pelik betullah depa tu..."

"Kejap. Depa tu apa?"

"Depa tu mereka la. Kedah language... Like that la."

Ikut lidah mami... Lagu ni la. Nasib baik papa dah biasa. Kadang-kadang papa pun tercakap menggunakan loghat Kedah juga. Papa cakap guna loghat Perak pun, dah pelik saya dengar!

"Ohhh... Ate teman orang Perok!"

Saya tergelak. Mikaela ni kan...

"So... Mereka tu apa?"

"Mereka memang baik. Tak gaduh pun. Macam pelik pula nak suruh baik semula sebab tak bergaduh!"

"Lagi senanglah nak suruh bersama semula sebab mereka dah memang baik."

"Tu yang susah... Sebenarnya. Macam mana nak sayang, kalau tak benci? Kan?"

"Saya ada idea."

"Idea apa?"

"Lari aje dari rumah... Baru depa ada akai boleh pikior. Amacam, Die? Ada macam orang Kedah tak?"

Pikior pula.

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMIWhere stories live. Discover now