Sejak itu...
I am the happiest girl in the world la... Sebabnya, mami dan papa ada di depan mata saya, 24 jam. Walaupun saya jatuh sakit betul-betul. Saya rasa bahagia dalam kesakitan.
Heh...
Bila malam saya terjaga, saya nampak papa selimutkan mami. Kadang-kadang, saya nampak mami tidur bersandarkan bahu papa. Senyap-senyap, saya ambil gambar mereka berdua menggunakan tablet yang papa belikan untuk saya dari Dubai.
Suka!
Saya suka keadaan sekarang. Kalau macam ni hari-hari, yang sakit pun akan jadi sihat, yang lumpuh pun pasti boleh berjalan.
"Ni siapa yang sakit? Bubur ni untuk Addie."
"Bubur untuk Addie, kentang untuk abang."
"Ehhh... Mana boleh. Semua ni Addie punya."
"Abang nak sakitlah macam ni."
Tak tahu la kalau mereka pun saja berlakon seperti saya, mak tok, tok ayah, tok mama dan tok daddy! Harapnya... Mereka tak berlakon la depan saya. Tapi... Tak kesahlah kalau berlakon pun. Mana tahu, boleh timbul rasa cinta. Sedangkan kat lokasi pun boleh terjadi cinta lokasi macam cerita dalam gosip dunia hiburan tu. Apalah sangat mami dan papa yang sememangnya pernah bercinta dulu.
"Zea..."
"Hmmm..."
"Zea."
"Apa?"
"Saja."
"Tak ada kerja."
Diam.
"Abang..."
"Hmmm..."
"Abang..."
"Apa?"
"Kentut, eh?"
"Haah... Tu la nak warning tadi."
"Tu la makan kentang banyak sangat."
"Eh, siapa suruh masak sedap? Lagipun, kentang boleh kentut ke?"
Kadang-kadang papa mengusik mami, kadang-kadang mami mengusik papa. Macam dulu. Macam sebelum mereka lost each other. Apa yang menyebabkan mereka berdua hilang rasa cinta?
"Mami kena pi KL juga sebab meeting ni urgent. Mami dah tak boleh nak put on hold."
"Okey, mami." Saya mengangguk-angguk. Kasihan pula mami. Gara-gara saya kena masuk hospital, dia terpaksa tangguhkan kerjanya di Kuala Lumpur tu.
"Abang boleh kan jaga Addie sementara Zea pi KL? Sat saja, lepaih settle Zea balik. Zea panggil mak teman abang, eh?"
"Eh, tak payah panggil mak..."
"Papa takutlah tu!" sampuk saya.
"Bukan takut, tapi papa respect."
Saya tergelak. Yalah tu, respect la sangat!
"Zea drive ke?"
"Haah. Drive cepat sikit."
"Ajaklah mak dan ayah teman. Zea tu kalau drive suka mengantuk. Abang risau kalau Zea drive sorang."
"Tengoklah. So, boleh ke ni?"
"Boleh. Tak ada masalah. Dengan syarat ajak mak dan ayah teman Zea. Kalau apa-apa, abang panggil mama dan daddy teman abang. Zea buat kerja dulu, jangan risau. Take your time."
"Boleh kot discharge. Demam Addie pun tak ada dah ni."
"Nanti abang tanyakan doktor."
"Thanks, abang."
YOU ARE READING
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI
Fiksi UmumTajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.