Bab 13

1.5K 24 0
                                    

"Tak berpeluh..."

"Maknanya?"

"Papa tak ada penyakit tu la, Kae!"

"Tapi kita bukan doktor untuk mengesahkan..."

"Kita juga bukan Tuhan, Kae."

"Hmmm... Make sense then!"

Termenung kami berdua...

Tak tahu apa nak fikir lagi.

Melainkan...

Tanya saja pada Cikgu Ku!

"Tanya sendiri sajalah pada Cikgu Ku tu..."

Terus saya pandang Mikaela. Macam tahu-tahu saja apa yang saya fikirkan!

"Nak tahu tak kenapa kita berdua kawan baik?"

"Kenapa?"

"Sebab awak selalu tahu apa yang saya fikirkan!"

Mikaela tersengih. Dia fikir hal yang sama, saya pun fikir perkara yang sama. Tiba-tiba saja sama pula. Tapi memang selalu sama aje apa yang saya fikir dengan Mikaela. Lagipun, lojik la kalau tanya terus pada Cikgu Ku.

Yalah... Punca sebenarnya datang dari Cikgu Ku sendiri. Kalau Cikgu Ku tak muncul bertanyakan tentang saya, saya tak akan cari cerita tentang dia. Kalau Cikgu Ku tak mesej mami... Saya pun tak akan pelik. Jadi, Cikgu Ku la yang ada jawapannya!

"Tapi... Macam mana nak tanya Cikgu Ku?"

"Sebenarnya kan..."

"Sebenarnya apa?"

"Kenapa kita nak sibuk-sibuk pasal mereka bertiga ni, eh? Papa dan mami awak dah bercerai. Jadi, apa salahnya kalau Cikgu Ku tu jadi pengganti papa awak? Sebab kan kita berdua dah tahu yang papa dan mami awak tak akan kembali bersama semula. Right?"

Terus saya...

Terdiam.

"Kata dah tak kesah. Kata tak nak selfish... So be it la, kan? Tak perlulah kita sibuk hal orang tua."

Terdiam lagi.

Betul juga kata Mikaela. Kenapa pula saya nak sibuk-sibuk? Kalau betul papa sakit, dia akan beritahu. Kalau betul Cikgu Ku ada rasa cinta pada mami... Apa masalahnya? Mami kan dah single!

"Lagipun kalau mami awak sukakan seseorang, she will let you know, kan? Sekarang ni pun, dia sibuk. Tak ada masa. Dia tak pun pergi jumpa Cikgu Ku tu, kan? Sepanjang masa dengan awak, kan? Kalau perempuan tak layan tu tandanya..."

"Cikgu Ku means nothing to her..."

"Haaa... Tahu pun. So, tak perlulah kita nak fikir. Kita fikir nak jawab soalan matematik ni lebih baik. Nanti kelas Cikgu Ku. Unless kita dapat clue lain."

Pandailah Mikaela ni...

Banyak makan kismis Mekah kot!

Mesti tujuh biji setiap hari!

Ini kot rahsia dia ni... Heh.

"Cikgu Ku kan dok di London. Kenapa tak duduk saja di London? Lagipun, sepanjang enam tahun saya kat sini, Cikgu Ku tak pernah muncul pun. Kenapa selepas enam bulan mami dan papa bercerai, dia baru muncul? Sesuatu sangat tau."

Haah...

Sebelum ni...

Tak pernah pula saya nampak Cikgu Ku tu. Mungkin sebab berlainan sesi dan saya tak rajin nak melepak di bilik guru. Mikaela yang rajin melepak pun, tak pernah jumpa!

"Kata Cikgu Ainan... Cikgu Ku sebenarnya dah mengajar kat sekolah ni sebulan yang lepas. Mami dan papa awak bercerai, enam bulan yang lepas. Awak ingat, jadi cikgu boleh jadi macam tu aje ke? Nak jadi cikgu mesti ada prosedur... Kemudian nak mengajar, boleh pilih-pilih sekolah ke? Then, Cikgu Lee jatuh bilik air sehingga Cikgu Ku boleh mengajar kat kelas kita... Takkan plan pula, kan? Betul tak?"

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMIWhere stories live. Discover now