Bab 10

1.8K 23 0
                                    

Seronok melihat bumbung rumah kecil papa tu dah siap pasang. Kat dalam tengah siapkan pendawaian, esok mesti dah boleh cat. Lepas tu papa dah boleh pindah!

Dinding kosong tak cantik...

Saya ingat nak buat sesuatu untuk papa. Saya nak gantungkan gambar saya, papa dan mami di dinding. Buat macam wall of fame. Jadi, papa tak akan terasa asing walaupun saya dok kat rumah sebelah!

So, aktiviti saya malam ni ialah...

Selongkar album!

"Dah siap kerja sekolah, Addie?"

"Dah. Papa dah tengokkan kerja sekolah Addie tadi sebelum mami balik."

"Good. Ni dok punggah apa? Dok cari apa?"

"Gambar. Addie ingat nak surprise papa dengan gambar-gambar kita kat wall rumah dia. Mana gambar Addie kecil-kecil dulu, mami? Mami letak kat mana?"

"Cari kat situ, sepuluh tahun pun tak berjumpa. Kat bilik bacaan la, sayang. Simpan balik kotak-kotak tu. Tu semua barang nak buang."

"Okey..."

Patutlah tak berjumpa. Penat aje punggah. Rupa-rupanya, tak ada kat dalam ni. Mami pun satu, kalau dah benda nak buang, kenapa simpan dalam almari? Buat semak aje.

Cepat-cepat saya ke bilik bacaan.

Mami tolong saya keluarkan beberapa album gambar. Mami pun teruja nak tolong saya. Sambil saya memilih, sambil mami cerita peristiwa di dalam setiap gambar dalam album tu.

Sekali...

Saya nampak gambar seekor kucing.

"Is this Lucy, mami?"

Mami memandang saya. Pelik. Yalah, lama tak cakap pasal Lucy... Tiba-tiba saya ingat Lucy. Heh... Memang tak ingat pun! Tak sangka saya sebenarnya ada kucing!

"Addie masih ingat, Lucy? Mami ingat Addie tak ingat dah. Lama Addie tak cakap pasal Lucy pun."

"Memang Addie tak ingat pun."

"Habis tu, mana Addie tahu ni Lucy?"

Kucing berwarna oren, bermata biru, berbadan besar dan berbulu agak lebat... Berada di dalam pelukan papa. Saya saja agak itu Lucy. Mana tahu, betul. Papa cakap, Lucy merupakan baka Maine Coon, antara baka yang terbaik yang boleh menjadi sahabat yang baik.

"Papa cerita tadi."

"Ohhh... Patutlah Addie tahu pasal Lucy. Sebab dah lama kita tak cakap pasal Lucy. Tiba-tiba Addie tanya pasal tu. Terkejut mami."

Saya tersenyum.

"Lama tak cakap pasal Uncle Haha juga kan?

Dan mami, tersentak juga.

"Papa cerita pasal Uncle Haha juga ke?"

"Uncle Haha mengajar matematik kat kelas Addie."

"Mana Cikgu Lee?"

"Jatuh bilik air dan patah tangan."

"Laaa, ya ke? Kesiannya dia."

"Tu la, mungkin Uncle Haha atau kami panggil dia Cikgu Ku kat sekolah... Akan mengajar lebih lama. Sebab dia cikgu baru kat situ dan cikgu baru selalu kena buli."

Mami ketawa.

"Pandailah hang..."

Saya tersengih.

"Tapi Addie pelik la, mami..."

"Pelik kenapa pula?"

"Uncle Haha kenal Addie tapi Addie tak kenal dia pun. Dia siap tanya, how's mami and papa? Like he knows all. Bila tanya papa... Papa cakap, dia tu kawan baik papa dan selalu jaga Addie. Lima tahun di London, he so close to us. Kenapa enam tahun kita balik sini, baru hari ini Addie dengar nama dia? Papa kata tu best friend dia, tapi tak macam best friend pun."

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMIWhere stories live. Discover now