Bab 3

424 6 0
                                    

Hujan turun renyai-renyai.

Malam ini Ellissa dan Ayu hanya duduk dirumah sewa mereka. Nak keluar ke kelab malam tetapi diluar masih hujan dari petang sehingga sekarang.

"Weh Ayu..aku lapar lah. Dekat dapur tu takde apa-apa yang boleh dimakan" kata Ellissa kepada ayu sambil memuncungkan bibirnya. Kalah itik!

"hm..habistu kau nak aku buat apa?" balas ayu.

"Kau pergi lah belikan makanan. Please..." Ellissa memujuk Ayu sambil membuat muka comelnya.

"Ha yelah..aku pergi." Ayu terus mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah.

Setelah beberapa saat, kereta Ayu lenyap dari rumah sewa mereka. Mereka ini tidak lah beberapa kaya jadi mereka hanya mampu untuk menyewa sebuah rumah teres dua tingkat.

Hujan diluar semakin lebat. Sudah setengah jam masa berlalu tetapi Ayu masih tidak pulang.

"Ayu mana kau ni..aku dah lah lapar lepastu hujan makin lebat" Ellissa bermonolog di dalam hati.

Semakin lama hujan menjadi begitu lebat dan ditambah dengan bunyi guruh yang berdentam-dentum.

"Arghhh!"

- - - - - - - - - - - - -

"Abang..Jannah takut lah dengan bunyi guruh dekat luar tu" Jannah memeluk Haqiem dengan erat.

"Firdaus pun takut lah abang, hari ni hujan lebat sangat guruh pun kuat" kata Firdaus lalu berlari ke arah Haqiem apabila terdengar bunyi guruh.

"Adik-adik abang...walid pernah cakap kan kalau dengar bunyi guruh cakap apa?" Kata Haqiem dengan suara yang begitu lembut. Siapa yang dengar pasti cair.

"Subhanallah" kata Jannah dan Firdaus serentak.

"Bagus adik-adik abang. Sekarang jom ikut abang pergi mengaji nak?" balas Haqiem.

"Nak!" jerit Firdaus dan Jannah.

Mereka naik ke atas menuju ke bilik khas untuk solat dan membaca Al-quran.

Walaupun umur Firdaus dan Jannah baru mencapai 5 tahun tetapi mereka dapat membaca Al-quran dengan lancar.

Haqiem pula bacaan Al-quran nya sungguh sempurna dan ditambah pula dengan taranum, sungguh indah bacaannya.

- - - - - - - - - - -

"Argh!" Ellissa menjerit di ruang tamu sambil mukanya diletakkan pada lutut.

Ayu yang baru balik terkejut dengan perubahan Ellissa. Dia terus berlari ke arah Ellissa dan memeluknya.

"Weh Ellissa..ni aku ada dengan kau. Dah jangan lah nangis macam ni." pujuk Ayu.

"A...aku...ta..ta...kut..." jawab Ellissa tergagap-gagap.

"Jangan risau..aku ada ni denga kau" pujuk Ayu lagi.

Selepas beberapa minit ayu memujuk akhirnya Ellissa terlena di dalam dakapan Ayu kerana terlalu banyak menangis.

- - - - - - - - - - - - -

Ting!

Iphone 7plus berwarna merah yang diberi oleh Zulfa kepada Ellissa dicapai.

Sayang💓
Hai baby! Busy tak? Jom hangout.😍 i belanja you

You
Hai sayang😄sorry i tak sihat lah

Lorong HitamWhere stories live. Discover now