Bab 14

167 6 0
                                    

Ting!

Aqilah💕- Assalamualaikum. Saya nak jumpa awak dekat tempat biasa.

Haqiem- Waalaikummussalam. Okay saya ambik awak.

Aqilah💕- No. Saya naik kereta Ayu je. Pukul 4 dekat tempat biasa ye. Bye

Haqiem- hmm..okay.

Seen.

- - - - - - - - - - -

"Kenapa awak nak jumpa saya Aqilah?" Tanya Haqiem.

Ellissa masih mendiamkan diri. Dia menghulurkan sekotak cincin yang Haqiem berikan kepadanya di hospital tiga hari lepas.

"Saya faham. Kalau macam tu, saya pergi dulu." Haqiem sebak.

Selepas beberapa saat kereta Haqiem hilang dari pandamgan Ellissa dan Ayu.

"Hahahah..aku tengok dia macam nak nangis je. Tapi aku rasa kalau dia bukak kotak cincin tu mesti dia gembira gila"

- - - - - - - - -

"Kenapa awak buat saya macam ni? Saya dah janji dalam diri saya lepas ubah awak saya akan kahwin dengan awak tapi semuanya berubah."

Haqiem tidak mampu untuk fokus dengan pemanduannya. Kotak cincin yang berada ditepinya dipandang beberapa kali. Kali ini kereta dibawa dengan amat berbahaya.

Emosi Haqiem tidak lagi mampu dikawal. Kerana seorang wanita dia mampu menjadi seperti ini.

Ketika Haqiem sedang memandang kotak cincin itu tiba-tiba kotak cincin itu terjatuh ke bawah.

Haqiem cuba untuk mencapai kotak cincin yang terjatuh itu. Tanpa diduga  kereta Haqiem tidak mampu dikawal. Haqiem cuba untuk memusingkan sterengnya tapi masih tidak mampu dikawal.

Bush!

- - - - - - - - -

Emir!

"Woi-woi. Kau pahal? Takkan rindu kot." Sergah Ayu.

"Aku mimpi Emir kemalangan." Kata Ellissa sambil meraup mukanya.

"Mengarut lah kau ni. Tulah siapa suruh tidur lepas Asar? Kan dah cakap tak elok tidur lepas Asar." Balas Ayu.

"Aku tertidur je. Penat sangat lah"

"Dah lah pergi basuh muka kau tu. Aku ada masak mee goreng tadi. Pergilah makan."

"Ha ok." Ellissa menuju ke singki untuk mencuci muka.

- - - - - - - - - -

Orang ramai berkumpul di kawasan kemalangan. Seorang lelaki telah mendail pihak hospital.

Ninonino!

Selepas beberapa minit, Ambulans tiba di tempat kemalangan. Haqiem di bawa ke hospital dengan menaiki Ambulans.

Selepas kejadian keretanya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok yang besar, Haqiem tidak sedarkan diri. Kepalanya berdarah.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now