Bab 13

174 6 0
                                    

Rizuan dan Haqiem mendiamkan diri.

"Kau nak apa jumpa aku ni Riz? Macam serius je" Haqiem bersuara.

"Memang serius pun."

"Apa kau dah buat dengan Aqilah sampai dia makan pil tidur secara berlebihan lepastu masuk hospital? Disebabkan kau Ayu pun dah jauhkan diri dari aku. Kau nak kahwin? Dengan Aisyah? Bukan ke Aisyah tu dah lama meninggal dunia?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Rizuan.

"What! Aqilah masuk hospital? Kenapa kau tak cakap awal-awal? Patut hati aku rasa tak sedap hati je. Dia kat hospital mana?" Haqiem membalas.

"Sebelum aku bagitahu, kau jawab duku soalan-soalan aku. Betul ke kau nak kahwin dengan Aisyah? Lepastu kau suruh Aqilah cuba pulak cincin yang kau akan sarungkan dekat jari Aisyah nanti?" Rizuan bengang.

"Ye memang aku nak kahwin tapi bukan dengan Aisyah. Aku nak kahwin dengan Aqilah. Aisyah dah lama meninggal. Kau sendiri nampak kan yang dia kena tembak dengan perompak waktu kita cuba nak selamatkan dia?"

"Habistu macam mana Aqilah boleh tau pasal Aisyah?" Tanya Rizuan.

"Haritu sepupu aku yang Furqan pergi tanya aku dengan Aisyah dah kahwin ke belum. Dia pun tak tahu tentang kematian Aisyah sebab dia dekat luar negara."

"Sekarang kau kena tolong aku selesaikan masalah ni. Aku tau sebab ego dengan cinta semua ni berlaku. Aku betul-betul cintakan Aqilah."

"Kau pun kena tolong aku jelaskan semuanya dekat Dalisa. Jom aku bawak kau jumpa Aqilah."

- - - - - - - - - - -

Pintu wad Ellissa dikuak. Haqiem masuk ke dalam wad itu dengan membawa bunga.

Ellissa yang melihat Haqiem masuk ke dalam wadnya memalingkan muka ke arah lain. Dia tidak mahu lagi melihat wajah orang yang amat dia sayangi.

"Aqilah.." Panggil Haqiem lembut.

Ellissa masih lagi memandang ke arah lain dan mendiamkan diri.

"Ellissa Arina Aqilah..sudikah awak menjadi isteri saya hingga ke Syurga?" Haqiem memandang Ellissa sambil menghulurkan sejambak bunga.

"Bukan awak nak kahwin dengan Aisyah?" Tanya Ellissa lemah tanpa memandang muka Haqiem.

"Aisyah dah lama meninggalkan saya dan dunia ni. Sejak dari kita berjumpa saya dah jatuh hati pada awak. Untuk jadikan awak seorang isteri, saya mesti mengubah awak terlebih dahulu and now you change. Sudi tak awak jadi isteri saya?" Haqiem tersenyum.

"Boleh bagi saya masa?" Ellissa memandang wajah suci milik Haqiem.

"Emm..boleh"

"Sekarang ambil cincin ni dulu. Kalau awak sudi pakai cincin tu tapi kalau awak tak sudi awak boleh pulangkan semula cincin tu pada saya." Haqiem menghulurkan sekotak cincin kepada Ellissa.

"Okay"

"Hey apa kau buat kat sini?" Marah Ayu.

"Ayu..its okay. Dia dah cerita semuanya. Aku yang salah faham" Ellissa bersuara.

"Awak dengan Riz balik lah dulu, saya nak luangkan masa dengan Ayu." Senyuman nipis diberikan kepada Haqiem.

"Okay. Awak rehatlah dan fikirkan jawapan" Haqiem dan Rizuan keluar dari wad untuk pulang.

"He give me this. Aisyah tu dah lama meninggal. Sebenarnya dia nak kahwin dengan aku." Ellissa tersenyum lebar.

"So kau terima tak?" Tanya Ayu teruja.

"Yes. Memang ini pun yang aku tunggu."

"Yeay kita boleh kahwin sama-sama nanti." Ayu memeluk tubuh kecil milik Ellissa.

- - - - - - - - -

"Sekarang masalah kita dah selesai." Kata Haqiem.

"Betul tu. Sekarang kau kena tunggu jawapan dari Aqilah je. Aku dengan Dalisa pun akan kahwin tak lama lagi." Balas Rizuan.

- - - - - - -

"Furqan mana ummi?" Tanya Haqiem.

"Dia dah gerak pergi airport. Katanya nak balik dah." Jawab Puan Khadijah

"Ummi..walid..Haqiem nak cakap sesuatu ni."

"Cakap je lah" Jawab Encik Yusuf.

"Haqiem...Haqiem nak kahwin."

"Alhamdulillah baguslah tu. Dah ada calon? Bawak lah bakal menantu ummi tu datang sini." Puan Khadijah teruja apabila bercakap tentang kahwin.

"Kalau macam tu, bila nak masuk minang? Calonnya tu okay ke tidak?" Encik Yusuf bertanya.

"Haqiem masih tunggu jawapan lagi daripada dia. Orangnya cantik, bertudung. Sopan santun dengan orang tua." Jawab Haqiem.

"Baguslah kalau macam tu."

- - - - - - -

"Yeay! Akhirnya dapat jugak aku keluar dari tempat ni"

Ellissa menuju ke kereta milik Ayu.

"Jom gi makan. Aku bosan asyik makan bubur. Jom makan char kuey teow" Ajak Ellissa.

"Jom! Aku pun dah lama tak makan char kuey teow." Ayu memulakan perjalanan ke kedai char kuey teow berhampiran kawasan perumahan mereka.

"Kau dah bagitahu ke Haqiem jawapan kau apa?" Tanya Ayu.

"Belum." Ellissa begitu selera menikmati makanannya. Mana tidaknya, tiga hari di hospital asyik makan bubur je.

"Bila kau nak bagitahu?" Tanya Ayu lagi.

"Hehe..aku ada idea nakal" Kata Ellissa sambil tersenyum sinis.

Bla bla bla bla bla~~

"Gempak gila idea kau. Tapi tak takut ke kalau dia betul-betul kecewa?" Tanya Ayu.

"Kalau dia boleh kenakan aku, takkan aku tak boleh nak kenakan dia" Ellissa membayar makanannya lalu beredar ke kereta Ayu.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now