Bab 10

210 6 0
                                    

"Aqilah?"

"Emir?"

Masing-masing terkejut apabila bersua muka di bilik Ayu. Namun suara itu hanya mampu bersuara di dalam hati mereka.

"Pahal muka korang macam terkejut je" Tanya Rizuan apabila melihat muka sahabatnya seperti nampak hantu.

"Mana ada. Kau salah tengok kot" Jawab Haqiem.

"Eh kita pernah jumpa kan sebelum ni? Dekat stesen minyak? Awak Emir kan?" Ellissa bersuara.

"Ouh ya! Ye saya Emir. You Aqilah right?" Tanya Haqiem.

"Ya saya Aqilah. Ellissa Arina Aqilah."

"Amboi..berkenalan nampak. Nasib tadi aku dah berkenalan dengan Dalisa." Rizuan mencuit pinggang Haqiem.

"Kau semua nak test." Balas Haqiem.

Flashback

Ketika Haqiem menghantar adik kembarnya ke bilik ibu bapanya, Ayu dan Rizuan saling berkenalan.

"Saya Ayu. Nurul Ayu Dalisa" Ayu tersenyum mesra.

"Saya Ahmad Rizuan. Panggil Rizuan je." Rizuan membalas senyuman Ayu.

"I know right. Btw, Nice to meet you Rizuan."

"Nice to meet you to Dalisa" Balas Rizuan.

Sesi pengenalan antara mereka berdua terhenti di situ sahaja apabila Haqiem tiba.

End of flashback

"Shower cik ni memang dah rosak ni. Cik boleh kemas semua barang cik, saya bagi bilik baru." Kata Rizuan setelah memeriksa shower di bilik Ayu.

"Err..okay."

"Saya dengan Haqiem pergi ambil kunci, jadi awak boleh lah kemas-kemas dulu."

Kemudian susuk tubuh Rizuan dan Jaqiem yang sasa itu mula hilang dari pandangan.

"Jom tolong aku kemas baju ni." Ayu mula mengangkat beg bagasinya ke atas tilam.

"Weh."

"Pahal?"

"Kau tak nak try Rizuan tu ke? Nampak gaya macam baik dan kaya" Ellissa mengankat kening.

"Dia pemilik resort ni. Aku tak nak lah try dia. Malas nak kejar orang yang taknak dekat kita. Sia-sia je nanti." balas Ayu dengan nada sedih.

"Siapa cakap dia tak suka kau? Dari mata dia aku tahu yang di suka dekat kau" Balas Ellissa.

"Kalau macam tu, kau tolong aku? Boleh?" Tanya Ayu.

"Mestilah boleh!" Kata Ellissa lalu menyumbat pakaian milik Ayu ke dalam beg bagasi berwarna merah jambu itu.

Selepas selesai mengemas, Ayu dan Ellissa menunggu kehadiran Haqiem dan Rizuan.

"Ini kunci bilik awak yang baru." Rizuan menghulurkan sebentuk kunci kepada Ayu.

"Thanks"

"My pleasure"

- - - - - - - - -

"Dah dapat bilik baru kan? Semua okay kan? Jom?" Pelbagai soalan keluar dari mulut Ellissa.

"Jom gi mana?" Ayu pelik.

"Wahai kawanku yang cerdik lagi bijaksana, kan aku dah cakap petang nak pergi jalan-jalan dekat pantai. Now dah pukul 5, Jom lah cepat!" Ellissa menarik tangan Ayu yang sedang barung di atas katil.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now