Bab 6

292 6 0
                                    

*Time Square Mall*

"Saya nak cakap sesuatu ni" kata Ellissa perlahan.

"Ha? Tak dengar lah...cakap kuat lah sikit. Kat sini ramai orang so tak dengar" balas Haqiem.

"I said....I want to tell you something noob!" Jerit Ellissa.

"Saya dengar lah tak payah lah cakap kuat sangat. One more, language behave please. I don't like the word that you said just now." kata Haqiem sambil berjalan perlahan.

"Tadi tak dengar sangat..sekarang dah jerit marah-marah pulak. Okay saya tak cakap awak noob." bebel Ellissa.

"Stop nagging at me. Jom pergi KFC tu and then awak boleh bagitahu apa yang awak nak sangat bagitahu tu ye Aqilah." balas Haqiem dengan nada lembut.

"Okay fine.." Ellissa menurut.

- - - - - - - - -

Tiba dia KFC mereka beratur untuk memesan makanan.

"Pergi lah cari tempat nanti dah order takde tempat nak makan atas ape? Lantai?" arah Haqiem.

"I want that set. With that burger..yummy! Sedap giler nampak" pinta Ellissa.

"No! Benda tu tak kenyang so saya akan order yang ada nasi tu ye. I will pay for you. Now cari tempat!" Haqiem memberi arahan kepada Ellissa seperti memberi arahan kepada ahli anggota polis mahu berkawad! Laju langkah Ellissa mencari tempat untuk mereka duduk.

"Here you food. Nah set yang ada burger awak nak tadi" Haqiem menghulurkan sepinggan nasi berserta ayam dan sebungkus plastik.

Sewaktu Ellissa mencari tempat untuk mereka, Haqiem telah memesan set burger siap bungkus. Dia juga telah membeli set ayam dan nasi untuk dirinya sendiri dan Ellissa.

"Thanks." Ellissa membalas sepatah.

"Makan dulu or bagitahu perkara yang awak nak sangat cakap tu?" Tanya Haqiem.

"Tak kisah. Kalau awak lapar kita makan dulu." balas Ellissa apabila melihat Haqiem seperti kelaparan.

"Tak lapar pun. Now tell me what 'something' do you want to tell me?" Balas Haqiem.

Selepas membalas percakapan Ellissa tiba-tiba perut Haqiem berbunyi. Kali terakhir dia makan waktu bersarapan bersama keluarganya.

"Okay now kita makan dulu ye Emir. Your stomach want food. Hahaha." Ellissa mentertawakan Haqiem.

"Okay" balas Haqiem.

"Ehem." Haqiem berdehem.

"What?" balas Ellissa dengan muka pelik. Apa salah dia? Tiba-tiba je berdehem pandang aku ni.

"Doa mana doa? Takkan doa makan pun tak hafal? Sekurang-kurangnya baca lah Bismillah dulu. Dekat 'sana' minum 'air kencing syaitan' sekarang nak kongsi makanan dengan syaitan pulak ke?" kata Haqiem yang mula menadah tangan untuk membaca doa makan.

Semasa makan masing-masing mendiamkan diri. Ellissa sungguh terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Haqiem. Perkataan 'air kencing syaitan' yang dimaksudkan ialah minuman keras. Jijik sangat ke Ellissa dimata Haqiem sampai dia cakap macam tu?

Ellissa dan Haqiem sudah selesai mengisi perut yang kosong. Haqiem menuju ke singki yang disediakan untuk mencuci tangan.

"Now awak nak bagitahu saya apa?" Haqiem bersuara.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now