Bab 26

243 8 4
                                    

Emir diberi masa 5 minit untuk menjenguk Ellissa sebelum dia dibedah.

"Doakan pembedahan ni berjaya.." Kata Ellissa lemah.

"Saya nak awak berjuang..sentiasa ingat Allah. Masa-masa sekarang ni awak banyakkan berzikir...saya sayang awak sebagai seorang isteri saya yang sah."

Dalam keadaan itu, Ellissa masih mampu tersenyum. Bibirnya pucat dan kering.

Dia perlu berpuasa sebelum melakukan pembedahan.

"Encik Emir..kami perlu melakukan pembedahan sekarang." Kata salah seorang jururawat.

Emir hanya mengangguk. Ciuman singgah didahi Ellissa sebelum nergerak memberi laluan kepada jururawat tersebut.

Katil Ellissa ditolak masuk ke bilik bedah. Sebelum masuk, Ellissa sempat menghadiahkan senyuman kepada Emir.

"Ya Allah semoga pembedahan ini berjalan lancar.."

Puan Khadijah hanya menggosok belakang Emir supaya tenang dan bersabar.

Encik Yusuf duduk dikerusi sambil memerhati anaknya itu. Risau mukanya.

1 jam berlalu.

Lampu berwarna merah itu tiada langsung ingin menandakan akan bertukar hijau.

Mulut Emir terkumat-kamit sedang berzikir. Memohon daripada Yang Maha Esa.

Lampu dibilik bedah itu bertukar hijau. Emir hanya mampu berharap isterinya selamat.

"Encik Emir?" Panggil doktor tersebut.

"Macam mana dengan isteri saya?" Tanya Emir ingin tahu.

"Alhamdulillah..pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu berjaya. Pesakit sekarang masih belum sedarkan diri tapi pesakit dalam keadaan yang stabil." Terang doktor itu panjang.

Syukur. Hanya itu yang Emir mampu melakukan.

"Terima kasih doktor. Boleh saya jumpa dia?"

"Boleh tapi hanya encik sahaja dibenarkan memandangkan pesakit masih belum sedar."

Emir mengangguk tanda faham. Kaki diatur menuju kearah ummi dan walidnya.

"Alhamdulillah..Aqilah berjaya jalani pembedahan tu."

Semua tersenyum termasuk Ayu dan Aliff yang baru sampai sebentar tadi.

"Sorry kitaorang lambat..ada hal tadi."

"Takpe..sekarang ni Aqilah dah selamat."

"Aku tumpang gembira bro." Bahu Emir ditepuk perlahan.

Nampaknya semua gembira dan tidak lagi risau apabila keadaan Ellissa semuanya okay. Ketumbuhan juga berjaya dibuang.

Emir masuk ke dalam wad Ellissa.

"Aqilah..terima kasih sebab berjuang dengan sepenuh tenaga awak." Dahi Ellissa dicium.

- - - - -

"Jom aku bawak kau pergi hospital. Keadaan kau makin teruk ni." Kata lelaki upahan Zulfa.

"Aku tak sakit! Aku sihat! Kau tak nampak ke ni?!" Badan lelaki itu ditolak.

"Ellissa selamat jalani pembedahan." Lelaki itu berkata lagi.

"Diam!"

"Aku cakap aku taknak dengar pasal dia lagi kan? Senyap boleh tak! Aku benci!"

"Berambus!"

Lelaki itu akur. Kaki melangkah keluar.

"Mati kau! Mati!" Gambar Emir dipotong-potong.

"Mati! kau tak layak hidup dengan Ellissa!"

- - - - -

Jari Ellissa bergerak sedikit.

"Aqilah?" Panggil Emir.

Mata cuba dibuka. Kemudian ditutup kembali. Cuba membiasakan dengan cahaya yang menerjah masuk ke matanya.

Setelah beberapa saat, matanya telah terbuka dengan sempurna.

"Okay tak?"

Ellissa tersenyum nipis. Bersyukur kerana masih mampu melihat dunia.

"Erm.." Rengek Ellissa sambil memgang perutnya.

Emir yang cemas terus memanggil doktor.

"Doktor! Doktor!" Laung Emir.

Doktor berlari ke wad Ellissa.

"Encik tunggu diluar."

Tanpa berlengah, Emir keluar dari wad Ellissa. Meninggalkan doktor untuk melakukan tugasnya.

"Kenapa?" Tanya Ayu cemas.

"Aqilah dah sedar..tapi tadi tiba-tiba dia sakit." Balas Emir sayu.

"Sabar ye Emir..Ummi tau Ellissa tu kuat." Puan Khadijah cuba menenangkan anaknya.

Kerana seorang wanita yang disayangi, air mata lelaki Emir akhirnya tumpah membasahi pipi.

"Ya Allah..kau selamatkan lah isteriku.."

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Huh..penat menaip😂saya target citer ni habis bab 35.😗Target je😛and ada special chapter!😋Tunggu sampai story ni habis okay?🍭bye2 readers sweety!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lorong HitamWhere stories live. Discover now