Bab 18

147 5 5
                                    

"Haqiem rehat dulu. Ummi ada kerja nak buat." Kata Puan Khadijah.

"erm..ummi.." Panggil Emir Haqiem.

Puan Khadijah menoleh ke arah Emir Haqiem.

"Siapa perempuan haritu? Betul ke Haqiem melamar dia?" Tanya Emir Haqiem.

"Dia Ellissa. Ellissa Arina Aqilah yang Haqiem bantu dulu."

"Tapi, kenapa Haqiem langsung tak ingat dia? Haqiem hanya ingat dekat seorang perempuan tapi tak pakai tudung, seksi dan Haqiem jumoa dia dekat kelab malam semasa operasi." Cerita Emir Haqiem dengan riak wajah serius.

"Tu la Ellissa."

"Arghh!" Emir Haqiem memegang kepalanya.

"Tipu! Ummi tipu! Kenapa Ellissa yang Haqiem jumpa haritu pakai tudung? Kenapa dia lemah lembut? Sempurna!"

"Arghh!"

Emir Haqiem memukul kepalanya berkali-kali.

"Ya Allah Haqiem...jangan la macam ni."

"Haqiem rehat dulu..jangan paksa diri Haqiem untuk ingat semuanya."  Air mata seorang ibu menitis melihat keadaan anaknya.

Puan Khadijah mula beristighfar bagi menenangkan Haqiem.

Keadaan Haqiem semakin reda.

"Ummi..maafkan Haqiem. Ummi tinggalkan lah Haqiem dulu, Haqiem nak rehat." Kata Emir Haqiem.

Puan Khadijah keluar dari bilik Haqiem dengan berat hati.

"Ya Allah..kau pulihkan la ingatan ku."

- - - - -

Keadaan Ellissa pula semakin pulih.

"Kau nak makan tak?" Tanya Ayu Dalisa.

"Takpelah. Perut aku sakit ni...kau makanlah dulu." Balas Ellissa Arina Aqilah.

"Betul ni?" Tanya Ayu Dalisa lagi.

"Ye!"

"Ok."

Ellissa menuju ke biliknya.

"Ya Allah kenapa sakit sangat ni perut aku?"

"Dah 2 bulan aku tak datang bulan."

"Aku pregnant ke?"

"Ya Allah..betul ke ni? Apa aku nak buat ni?"

"Arghh! Sakitnya Ya Allah."

Ellissa mengambil pil tahan sakit. Pil tahan sakit itu ditelan. Berharap supaya rasa sakit akan berkurangan.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi.

"Hello Assalamualaikum." Panggilan diangkat.

"Waalaikummussalam. Ni Ellissa kan? Ni acik nak bagitau yang Haqiem dah balik rumah harini. Kalau nak melawat datang la rumah ye."

"Ouh..nanti saya datang melawat. Makcik bagi je alamat rumah bila-bila nanti saya datang." Balas Ellissa Arina Aqilah.

"Nanti acik hantar alamat rumah ye. Ni acik ada kerja ni. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." Talian dimatikan.

Ellissa termenung seketika.

"Ya Allah..kau pulihkanlah ingatan Emir secepat yang mungkin ya Allah."

- - - - -

Emir Haqiem POV

"Aku..aku mimpi tentang dia?"

"Ya Allah adakah ini petunjuk darimu Ya Allah?"

"Mimpi yang aku mimpi tadi serupa dengan apa yang ummi ceritakan."

Aku meraup wajahku.

Kaki dihayun menuju ke dapur.

Air kosong ku teguk perlahan memikirkan mimpi tadi.

"Aku perlu berusaha untuk ingat dia semula demi Allah."

"Aku perlu pulihkan semula ingatan aku."

Renungan terhenti.

"Haqiem, termenung je. Sakit ke? Kalau sakit ummi boleh ambikkan ubat." Tanya Ummi.

"Eh tak. Haqiem okay ummi." Balas aku

"Lapar tak? Ni ummi ada masak."

Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Kalau nak makan, makan je la. Lauk ada bawah tudung saji tu."

"Okay ummi." aku tersenyum.

Selepas mimpi itu datang, aku sudah mampu tersenyum.

Kini, wajah wanita itu kian bermain di fikiranku walaupun banyak persoalan yang muncul.

Walaupun aku tidak ingat akan kewujudan wanita itu.

"Aku akan cuba sedaya upaya aku."

End of Emir Haqiem POV

- - - - -

Agak-agak knp ek Ellissa? Haha nantikan part seterusnya! Sis rasa bersemangat nk smbung citer ni hahhaha.

Lorong HitamWhere stories live. Discover now